Di sini saya listkan 10 perbezaan antara ejen dan financial planner. Mungkin terdapat lagi perbezaan tetapi ini adalah yang saya terfikir setakat ini.
Ini hanyalah pandangan peribadi saya sahaja dan pembaca digalakkan untuk mendapatkan dari sumber yang lain juga.
(Minta maaf saya tidak gunakan nama perancang kewangan kerana saya lebih suka financial planner)
Di bawah ini adalah ringkasan nya yang saya rasa sudah mencukupi untuk kita memahami. Walaubagaimanapun saya akan cuba terangkan secara terperinci dibawah.
1. Wages – Bentuk Upah atau Pendapatan.
Ejen medapat KOMISYEN dari product yang dijual samada produk takaful , insuran atau unit trust dan lain-lain lagi produk berkaitan kewangan seperti wasiat.
Financial Planner memperolehi FEE berdasarkan kepada khidmat nasihat yang diberi. Kadar yang diperolehi bergantung kepada berapa besar atau kompleks kes tersebut. Terdapat juga komisyen kepada produk jika disertakan dan diambil oleh client didalam perancangan kewangan tersebut.
2. Advisory – Skop Khidmat nasihat
Ejen. Skop khidmat nasihat ejen tidak meluas, ia terhad kepada satu-satu produk sahaja. Jika banyak pun, engagement juga akan banyak seperti ejen takaful juga menjadi ejen unit trust dan mereka akan terikat kepada dua operator yang berlainan.
Financial Planner mempunyai skop khimat nasihat yang luas seperti menganaslisa cash flow, mendapatkan nilai networth client, plan kan retirement, plan kan tax dan lain-lain yang menjurus kepada “financial freedom”. Walaubagaimana pun, memandangkan skop financial planner ini luas, maka mereka juga berhadapan dengan risiko seperti tindakan undang-undang jika tersalah beri nasihat. Yang mana ini memerlukan perlindungan indemnity.
3. Product – Skop Produk
Skop produk juga terhad kepada produk masing-masing. Jika ejen membawa produk takaful maka skop hanya lah pada perlindungan risiko manakala jika unit trust maka skop hanya lah pada investment.
Financial Planner mempunyai skop yang luas iatu life takaful, medical takaful, general takaful dan melibatkan pelbagai operator seperti Zurich, AIA, Takaful Ikhlas, Hong Leong Takaful, Prudential, Alliance dan banyak lagi untuk hayat dan kesihatan dan jugak general takaful seperti Etiqa, Takaful Malaysia dan lain-lain. Ini belum lagi offshore insurance, pelaburan seperti Unit Trust, pengurusan harta dan juga pusaka seperti wasiat, faraid, hibah,
4. Approach – Pendekatan
Ejen selalunya bagi pihak operator produk maka akan bias pada produk yang mereka bawa.
Financial Planner akan bagi pihak client. Tiada bias dalam memilih produk yang terbaik hanya untuk client.
5. CPD
Ejen. CPD untuk ejen insuran adalah 30jam manakala untuk UTC pula adalah 18jam. Terdapat mereka yang mengambil kedua-dua lesen maka jumlah kedua-dua nya adalah 48jam.
Financial Planner tertakluk kepada 20 jam untuk FPR dan juga FAR. Terdapat seminar atau kursus yang membolehkan FP medapat CPD serentak untuk FPR dan FAR. 20 jam ini adalah rendah berbanding CPD untuk ejen.
6. Working Flow.
Saya akan terang kan dengan lebih lanjut mengenai ini.
7. Benefits and Incentive.
Ejen mempunyai insentif dan benefit yang sangat tinggi yang dapat direct dari prinsipal operator masing-masing. Insentif seperti trip, barang-barangan dan juga cenderahati sememang nya tersangat banyak dah meriah.
Financial planner kebiasaan nya memperolehi insentif dan benefit yang rendah berbanding ejen. Ini adalah disebabkan oleh priority dari operator atau penyedia produk.
8. Exam – Periksaan
Untuk peperiksaan, ejen bergantung kepada satu bidang yang diambil. Untuk takaful maka bakal ejen perlukan peperiksaan TBE manakala unit trust, peperiksaan yang perlu adalah CUTE.
Financial planner mempunyai dua kategori peperiksaan samada by module atau pun shortcut seperti challenge status untuk CFP/IFP atau Capstone untuk Shariah RFP/RFP.
9. Supervised – Pengawal Selia
Untuk ejen, mereka dibawah tanggung jawab operator dan kawal selia oleh SC atau BNM
Manakala untuk financial planner meraka dibawah tanggung jawab firma FA/FP dan dibawah kawal selia oleh SC dan BNM.
10. Target Prospect – Prospek
Prospek bagi ejen adalah di dalam market yang besar tak kira sesiapa pun.
Untuk financial planner prospek lebih kepada segment iatu dikalangan high networth dan jugak sektor corporate.
macam mana sy nak dapatkan lesen IFP
Lesen dan IFP adalah dua perkara yang berlainan.
IFP, CFP, RFP dan Shariah RFP adalah professional certification.
Nak ambil cert di atas kena ada kelayakan seperti ijazah dan pengalaman.
Selepas dapat cert baru lah lesenkan diri anda dengan SC dan BNM.
Baru lah boleh bergelar Licensed Financial Planner (FPR dan FAR)
Boleh lihat perkongsian saya pada video di bawah ni
https://www.youtube.com/watch?v=CyGCPhYu0RU&t=49s
Pingback: Kerjaya Sebagai Financial Planner (Licensed Financial Planner) - Visikewangan
Macamana kiraan komisyen kpd financial planner?