Unit Amanah telah bertapak ni negara kita sejak sekian lama lagi. Iatu sejak tahun 50an lagi.
Unit Amanah yang paling lama dan masih lagi aktif sehiangga sekarang ialah dari syarikat Pelaburan Mara Berhad, telah dilancarkan sejak tahun 70an.
Tetapi sejak dari tahun 2000 keatas, pelaburan ke atas unit amanah semakin banyak dan ia semakin rancak sejak KWSP membenarkan pencarum melabur ke unit amanah melalui akaun 1.
Selepas itu , ramai yang mengalami keutungan dan ramai jugak yang mengalami kerugian.
Pokok nya, anda harus tahu dan faham dengan apa itu unit amanah ini dan bagaimana ia berkerja. Orang yang mengalami kerugian kebanyakkannya tidak tahu malah tidak ambil tahu mengenai apa yang mereka laburkan. Tidak semua unit amanah yang memberikan keuntungan. Semua risiko-risiko ini boleh telah diterangkan di sini.
Unit amanah (bahasa Malaysia)/Unit Trust (Bahasa Inggeris) – biasa dia guna pakai oleh agen atau penasihat kewangan swasta (Kenanga, CIMB, Eastspring, Public Mutual)
Amanah Saham – Biasa dia gunapakai oleh agensi pelaburan dari kerajaan seperti ASB, ASN, ASW
Jika di US, dia dikenali sebagai Mutual Trust.
Semua terms2 di refer kepada perkara yang sama.
Fund=Dana
Unit amanah atau Unit Trust adalah satu bentuk pelaburan yang terkawal, merupakan kolektif duit pelabur dan diuruskan oleh seorang fund manager (pengurus dana) yang professional dan duit2 tersebut dilaburkan oleh fund manager tersebut ke syarikat2 yang difikirkan oleh fund manager tersebut boleh mendapat kan keuntungan bagi sesebuah fund tersebut.
Secara indirectnya, anda sebagai pelabur juga boleh dikatakan merupakan pemegang saham kepada TNB, Sime Darby etc, jika fund yang anda labur mempunyai asset allocation kepada syarikat2 tersebut.
Dengan keuntungan tersebut maka dapat lah ia diagihkan kepada pelabur2 dalam bentuk distrubution atau agihan atau dalam bahasa common nya dalah divident.
Kebiasaan nya, fund manager adalah orang yang mempunyai pengalaman yang luas, mempunyai rangkaian nya yang tersebdiri dalam memilih syarikat2 yang mantap.
Dengan itu, fund-fund tersebut dapat dikekalkan prestasi nya seterusnya memberi keuntungan kepada pelabur.
Senang kata, penentu kepada prestasi atau performance fund adalah bergantung kepada siapa fund manager kepada fund tersebut.
Fund manager adalah Ibarat pemandu kereta Formula One, jika pemandu dia hebat maka team dia akan juara! – Azmarnizam Visikewangan
Unit trust mempunyai harga per unit atau apa yang orang kata NAV. Sebagai contohnya RM0.50 – semasa baru dilancarkan ia dipanggil Initial Offering Period (IOP)
.Kalau share/stock sesuatu syarikat Berhad yang baru dilancarkan dipanggil Initial Public Offering (IPO).
Dan harga RM0.50 ni akan menaik dan menurun dan jika menaik maka pelabur akan mendapat keuntungan. Ini dinamakan capital appreciation.
Keuntungan kepada unit trust ini – samada kenaikan harga NAV mahupun income distribution, ia dinikmati semua pelabur unit trust – ia sama macam amanah saham.
KATEGORI DANA
Dana yang mempunyai saham kepada syarikat-syarikat besar yang popular seperti TNB, Sime Darby, Telekom, Axiata dan lain2 lagi lebih dikenali sebagai Dana Blue Chip, (bergantung kepada mandat sesebuah fund house/UTMC tersebut)
Saham syarikat kategori blue chip atau saham mewah (Capital Value >100mil) yang fund ini invest merupakan sebahagian daripada 30 syarikat blue chip besar yang membentuk kepada indeks KLCI.
Saham syarikat blue chip ini sememangnya menjadi salah satu kategori pelaburan yang paling disukai (favourite) dalam kalangan fund manager profesional biasanya akan dijadikan BASE atau PASAK kepada sesebuah fund. Kemudian, fund manager akan memilih juga syarikat2 kecil yang lain yang manjadi penentu juga kepada prestasi sesebuah fund tersebut.
Dengan pemilihan syarikat2 ini, prestasi dana2 ini akan kekal melebihi penanda aras (Benchmark)
Gambar di atas adalah satu contoh dana blue chip yang mempunyai saham kepada syarikat2 seperti TNB, Telekom, Axiata dan lain2. Lihat fund ini mempunyai lebihan tunai (Cash is King) sebanyak 18% yang membolehkan fund manager membeli apa sahaja saham syarikat lain dengan lebih cepat dan mudah.
Terdapat juga dana yang mempunyai pelaburan kepada saham syarikat medium cap atau small cap. Dana2 ini dikenali sebagai Dana Small Medium Cap.
Gambar di atas adalah satu contoh dana small cap yang mempunyai saham kepada syarikat2 seperti United U-Li, Berjaya Auto Bhd, Inari Amerton Berhad, Kerjaya Prospek Group Berhad dan Hup Seng Industries Berhad. Terdapat saham syarikat yang lain tetapi tidak disenaraikan di sini kerana hanya diambil top 5 sahaja.
Berikut adalah senarai unit amanah Malaysia yang didaftarkan dalam FIMM (As of 2016):
- ABERDEEN ISLAMIC ASSET MANAGEMENT SDN BHD
- AFFIN HWANG ASSET MANAGEMENT BERHAD
- AMANAH MUTUAL BERHAD
- AMANAH SAHAM NASIONAL BERHAD
- AMANAH SAHAM SARAWAK BERHAD
- AMANAHRAYA INVESTMENT MANAGEMENT SDN BHD
- AMFUNDS MANAGEMENT BERHAD
- APEX INVESTMENT SERVICES BERHAD
- ARECA CAPITAL SDN BHD
- BIMB INVESTMENT MANAGEMENT BERHAD
- CIMB-PRINCIPAL ASSET MANAGEMENT BERHAD
- EASTSPRING INVESTMENTS BERHAD
- FRANKLIN TEMPLETON GSC ASSET MANAGEMENT SDN BHD
- HONG LEONG ASSET MANAGEMENT BHD
- INTER-PACIFIC ASSET MANAGEMENT SDN BHD
- KAF INVESTMENT FUNDS BERHAD
- KEDAH ISLAMIC ASSET MANAGEMENT BERHAD
- KENANGA INVESTORS BHD
- LIBRA INVEST BERHAD
- MANULIFE ASSET MANAGEMENT SERVICES BERHAD
- MAYBANK ASSET MANAGEMENT SDN BHD
- MIDF AMANAH ASSET MANAGEMENT BERHAD
- PACIFIC MUTUAL FUND BERHAD
- PENGURUSAN KUMIPA BERHAD
- PERMODALAN BSN BERHAD
- PHEIM UNIT TRUSTS BERHAD
- PHILLIP MUTUAL BERHAD
- PMB INVESTMENT BERHAD (formerly known as ASM INVESTMENT SERVICES BERHAD)
- PTB UNIT TRUST BERHAD
- PUBLIC MUTUAL BERHAD
- RHB ASSET MANAGEMENT SDN BHD (formerly known as RHB INVESTMENT MANAGEMENT SDN BHD)
- RHB ISLAMIC INTERNATIONAL ASSET MANAGEMENT BERHAD (formerly known as OSK-UOB ISLAMIC FUND MANAGEMENT BERHAD)
- SAHAM SABAH BERHAD
- SATURNA SDN BHD
- TA INVESTMENT MANAGEMENT BERHAD
- UOB Asset Management (Malaysia) Berhad
Berikut adalah senarai unit amanah yang didaftar dan dibenarkan melabur melalui KWSP (As of 2016):
- MAYBAN ASSET MANAGEMENT SDN BHD (IPD001)
- PUBLIC MUTUAL BERHAD (IPD 003)
- AMANAH SAHAM SARAWAK (IPD 004)
- HONG LEONG ASSET MANAGEMENT BERHAD (IPD 009)
- MIDF AMANAH ASSET MANAGEMENT BERHAD (IPD 012)
- TA INVESTMENT MANAGEMENT BERHAD (IPD 014)
- AMFUNDS MANAGEMENT BERHAD (IPD 019)
- PMB INVESTMENT BERHAD (IPD 020)
- PACIFIC MUTUAL FUND BERHAD (IPD 022)
- PERMODALAN BSN BERHAD (IPD 025)
- RHB ASSET MANAGEMENT SDN BHD (IPD 026)
- AMANAH MUTUAL BERHAD (IPD 032)
- APEX INVESTMENT SERVICES BERHAD (IPD 033)
- CIMB-PRINCIPAL ASSET MANAGEMENT (IPD 034)
- AMANAH SAHAM NASIONAL BERHAD (IPD 035)
- AMANAHRAYA INVESTMENT MANAGEMENT SDN BHD (IPD 038)
- LIBRA INVEST BERHAD (IPD 042)
- EASTSPRING INVESTMENTS BERHAD (IPD 046)
- BIMB INVESTMENT MANAGEMENT BERHAD (IPD 049)
- KAF INVESTMENT FUNDS BERHAD(IPD 052)
- PHEIM UNIT TRUST BERHAD (IPD 053)
- AFFIN HWANG ASSET MANAGEMENT BERHAD (IPD 055)
- KENANGA INVESTORS BERHAD (IPD 056)
- MANULIFE ASSET MANAGEMENT (IPD 057)
Boleh lihat di halaman KWSP, klik
***Update setakat 15August2020**
“Kembar” kepada unit trust adalah private mandate. Ia hampir serupa tetapi tidak sama. Private mandate ini mempunyai kelebihan dia tersendiri berbanding unit trust.
Pada saya ini amatlah bagus kepada pelabur dan kepentingan nya.
Private Mandate ini saya terangkan di post saya dibawah ini.
Diharap dengan sedikit perkongsian ini bermanfaat untuk sesiapa yang nak membuat pelaburan kepada unit trust.
Azmarnizam Omar
Licensed Financial Planner
eCMSRL/B8401/2018
013 3330595