Apakah Hala Tuju Seseorang Selepas Memperolehi Cert CFP/IFP/Shariah RFP?

Tujuan saya menulis artikel kali ini adalah kerana saya mahu memberikan sedikit tips dan pencerahan mengenai hala tuju dan juga kepada jenis firma apakah yang bakal di join oleh mereka yang berminat nak menceburkan dalam bidang financial planning ni,

Berdasarkan pengalaman saya, terdapat perbezaaan dari segi aktiviti firma FA/FP ini. Yang mana bersesuaian dengan anda?

Saya juga mendapaati bahawa terdapat ramai yang sudah pun mengambil sijil fp ini tetapi mereka tidak pun attach kepada mana-manapun firma FA mahu pun firma FP.

Tidak pasti apakah tujuan untuk mereka mengambil sijil tersebut. Ramai yang mengatakan bahawa boss mereka suruh mereka ambil, jadi nampak lebih gak lah jika ada CFP, IFP atau pun Shariah RFP print pada biness kad mereka. Tetapi dari segi kerja, ia tidak membawa sedikit pun perubahan.

Ini adalah kerana mereka still attach kepada syarikat tersebut. Jika mereka attach dengan syarikat takaful, mereka masih dengan syarikat takaful. Jika mereka mempunyai sijil financial planner dari syarikat unit trust, mereka masih lagi membuat sales dengan syarikat unit trust tersebut.

Dan pada pendapat saya faktor utama yang ramai dari agensi tidak mahu mencebur dalam bidang financial planning adalah kerana tiada komisyen terutama overiding (trailing) komisyen yang boleh dipindahkan so ini akan menjejaskan pendapatan terutama pada mereka yang dah pun established ke peringkat ranking yang tinggi dalam agensi.

Walaubagaimana pun, saya ada cara bagi mengatasi masalah ni.

Apa kelebihan certificate FP ni?

Untuk mendapatkan sijil fp, anda kena struggle, wang dan masa yang banyak dihabiskan hanya kerana nak memiliki sijil ni.

Kalau begitu lebih baik anda tak perlu ada sijil tersebut. Kerana anda tak gunakan sijil tersebut untuk menjana duit yang lebih, pada realitinya ia mempunyai kapasiti yang lebih besar.

Pada saya, ini amatlah merugikan jika anda tidak terjun dibidang financial planning. Ini adalah kerana, sijil tersebut boleh buat apa-apa sahaja sebagaimana yang digariskan oleh BNM dan SC.

 

Perlukah Lesen kan sijil FP anda? Certified dan Licensed adalah dua perkara yang berlainan.

Jika anda sudah pun mempunyai sijil FP, saya amatlah menggalakan anda lesen kan diri anda. Ini adalah kerana banyak nya produk dan peluang yang ada jika anda lesen kan fp anda.

Nak lesenkan bukannya susah, just isi form dan hantar ke SC dan juga ke BNM tanpa ada sebarang kos!

Analogi nya adalah senjata dan peluru atau doktor dan ubat. Jika anda hanya ada certification sahaja tetapi tidak sebagai Licensed Financial Planner (LFP) maka anda seolah-olah ada senjata saja tetapi tak ada peluru untuk memanfaatkan fungsi senjata tu. Tetapi anda masih boleh bergaya dengan senjaya tersebut!

Sama juga analogi doktor dengan ubatan.

 

Nak lesenkan kena ada firma yang anda perlu attached.

Sebelum nak lesenkan, anda harus memilih FA/FP mana yang anda nak join. Yang bersesuaian dengan skill atau’ forte’ anda dan juga berdasarkan kepada bidang anda yang sekarang ni. Ini adalah kerana, tidak semua firma sama. Ini adalah firma-firma yang ada di negara kita, yang dominan terhadap expertise satu-satu skill (attach dengan firma ini sebelum anda lesenkan dengan BNM untuk FAR dan SC untuk FPR) :

1. Firma FA – Firma yang major bisnessnya dan expertise kepada bidang protection planning – Insuran dan Takaful. Anda pilih firma yang lebih dominan dan expertise kepada insuran atau takaful, jika anda mempunyai kapasiti dalam bidang tersebut.

2. Firma Comprehensive FP – Firma yang major bisnessnya dan expertise kepada bidang comprehensive financial planning – fokus kepada pelaburan. Anda pilih firma jenis ini jika anda berminat sangat dengan perancangan kewangan secara menyeluruh, buat

3. Firma FA/FP – Firma yang dominan kepada dua-dua FA dan FP. Firma ini mempunyai kedua-dua FA dan FP. Iatu takaful, investment dan juga comprehensive financial planning dipraktikkan di firma ini.

Tetapi seperti saya, saya sudah pun mempunyai firma pilihan sebelum memilih yang bersesuaian dengan kita. Dan ini juga tidak menjadi masalah dan terus sahaja register untuk dilesenkan dari BNM dan juga SC.

Untuk saya, saya attach kepada firma nombor 3 iatu ada kedua-dua nya sekali. Ini adalah yang terbaik buat diri saya.

Bolehkah lesen kan untuk FAR sahaja tanpa FPR atau sebaliknya?

Jawapannya adalah boleh. Mereka yang part timer selalu membuat demikian. Tetapi setiap firma mempunyai requiment nya sendiri mereka akan memberi tempoh untuk lesenkan sepenuhnya.

Jika anda lesen kan untuk FAR, anda terhad kepada produk insuran/takaful sahaja (kerana ia register kepada BNM). Dan jika anda lesenkan FPR sahaja, ia lebih kepada khidmat plan untuk pelaburan (kerana ia register kepada SC).

Sebagai contoh nya adalah kawan saya, dia mempuyai sijil fp dan register FAR dengan satu firma yang aktivitinya hanya pada insurang/takaful. Memandangkan firma kawan saya ini tidak ada produk pelaburan, makan kawan saya register sebagai MR di firma FP yang mempunyai produk pelaburan. Maka, dia mempunyai dua produk untuk ditawarkan kepada client-client dia.

Apa Lagi Info Yang Anda Perlukan?

Secara ikhlas, saya share kan ini adalah mengikut pengetahuan dan pengalaman saya dan saya amatlah memerlukan input atau persoalan-persoalan dari tuan-tuan dan puan-puan semua supaya dapat saya share kan di sini juga.

Untuk sesi face to face saya akan kenakan charge consultancy ya!
Sebab itu saya galakkan tuan/puan baca dan fahami artikel yang saya share kan ini.

 Semoga bermanfaat.

Azmarnizam Omar
Licensed Financial Planner
eCMSRL/B8401/2018
013 3330595

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

× Pertanyaan? Whatsapp je!