Banyak Dapat Duit, Banyak Juga Keluar Duit. 9 Strategi Kewangan Buat Youtuber dan Influencer

Pada pandangan saya, bukan sahaja youtuber @ influencer, yang lama mahu pun yang baru.
Juga kepada usahawan tak kira lama atau juga boleh praktik kan apa yang saya kongsikan di sini.

Saya kongsikan 9 strategi urus kewangan untuk mereka di atas, supaya tak kerugian.

Kata orang tua, kita harus belajar dari yang berpengalaman jadi kita tak lah ulangi kesilapan yang dilalui oleh mereka.

Semua strategi yang saya ceritakan di atas adlah berkait rapat dengan cara untuk kita merancang, menjaga dan melindungi kewangan diri kita.

Ramai youtubers atau instafamous menjana pendapatan yg agak luamayan tetapi bagaimana pula cara mereka uruskan kewangan mereka?

Walaubagaimana pun, dengan jumlah pendapatan yang banyak ni,  mereka juga perlu tahu bagaimana nak manage setiap sen pendapatan yang diperolehi dari media tersebut.
 

Sebanyak mana pun pendapatan kita jika kebocoran berlaku, ia amat merugikan dalam jangka masa yang panjang kerana displin kewangan dan pandai menjana pendapatan ada disiplin yang berbeza.

Ilmu ni jika kita ada dan praktik dalam dalam hidup kita, kita boleh apply pada bila2 masa dan keadaaan tanpa kira risau akan musibah yang bakal melanda.

Oleh sebab itu saya kongsikan 9 strategi kewangan yang perlu ada bagi influencer youtuber, instafamous dan juga lain2 usahawan media sosial yang boleh dijadikan rujukan.

Di bawah ini adalah video mengenai perkongsian saya juga sebagai alternatif kepada material bentuk pembacaan.
  1. Jaga cash flow kita supaya sentiasa positive.
    Mungkin kita sudah ada cara kita untuk urus duit tetapi sebagus manakan sistem anda itu.
    Bayak kaedah2 yang kita boleh garap idea mereka dan sesuai kan kepada diri.
    T Harv Eker sebagi contoh nya dengan idea 6 tabungan nya iatu:
    55/10/10/1010/5
    55% Necessities. Necessities ini dikatakan untuk keperluan seperti kos2 bayaran ansuran kereta, sewa rumah, bil elektrik, internet, dan lain2 lagi, Sebagai contohnya, jika nak beli kereta, kena pastikan itu termasuk dalam 55% necessities tu.  Kene make sure bayaran ansuran kereta tu dalam kadar 55% itu sahaja.
     
    10% Education. Ini adalah tabungan untuk pelabagai kursus untuk tujuan peningkatan perniagaan. Sebagai contoh, kursus internet marketing, kursus cukai pendapatan, kelas personal coaching dan macam2 lagi kursus yang menjurus kepada peningkatan jualan perniagaan.
     
    10% Play. Ini adalah tabungan Self rewards. Tabung ini dikira ramai orang tak praktikkan kerana tabungan ini sangat lah penting. Kita reward diri kita atas apa yang kita telah pun usahakan. Ini adalah pentinng untuk motivate diri kita supaya diri kita juga dihargai. Orang lain takkan menghargai diri kita selain dari diri kita sendiri. Beli game, beli laptop, beli gadget, beli kemera, beli gopro, beli insta360, pergi melancong, vacation, hiking dan macam2 lagi termasuklah berkatain dengan hobi kita.
     
    10% LTSS – Long term saving and spend. Ini adalah tabungan untuk jangka masa panjang untuk kita belanjakan seperti target nak beli kereta, laptop, PS5 etc. 
     
    10% Financial Freedom. Ini adalah tabungan pelaburan jangka panjang yang takkan kita keluarkan melainkan selepas pencen. Ini adalah tabungan yang dinamakan golden goose yang mana ia akan beranakkan duit kita. Tabungan jenis ini adalah untuk pelaburan kepada ASB, Tabung Haji, boleh jugak untuk caruman kepada EPF, pelaburan kepada unit trust dan private mandate, pelaburan emas dan macam2 lagi yang dikira dapat jana wang dari tabungan ini.
     
    5% pula adalah tabungan Charity/Give/ Kalau dalam islam Zakat. Kita allocate 5% untuk zakat, sebagai satu cara untuk kita berbakti selain dapat mensucikan pendapatan kita semoga diberkati.
     
    6 tabungan diatas adalah salah satu cara nya sahaja dan kita boleh adjust kadar bersesuaian dengan keadaan semasa kita.

2. Adaptasi diri kita untuk cukai pendapatan

Kita harus ambil tahu pasal tax bahawa pendapatan yg kurang RM34k (selepas potongan KWSP) setahun tidak perlu daftar fail cukai pendapatan.
Kita declare tak semestinya kita bayar tax kerana terdapat relief dan rebat juga di dalam nya.
Satu hari nanti pendapatan kita juga akan berkembang dan mungkin sudah mempunyai syarikat dan pekerja.
Strategi ini sebenarnya adalah untuk kita follow apa yang tax kene kan terhadap individu yang berkelayakan di negara kita ni. Dengan cara ini, kita terasa kita dipaksa untuk buat sesuatu yang baik sebenarnya.
Kalau kita nak kurang kan tax kita kena ambil perlidungan takaful hayat, takaful perubatan.
Ia akan buat kita saving kepada SSPN untuk anak2 kita, dengan tax ia akan buat kita bayar zakat.

 

3. Patent atau trademark kan karya atau produk kita
2 kepentingan untuk kita patent kan atau trademark kan karya atau produk kita :
  1. Yang pertama adalah untuk memastikan usaha titik peluh karya atau produk kita mendapat pulangan yang sewajarnya. Malah jika ada sesiapa yang menggunakan karya atau produk patent kita ini, kita boleh dapatkan sedikit imbuhan iatu komisyen dari situ bergantung dengan syarat2 yang diletakkan oleh kita.
  2. Yang kedua adalah untuk menghalang seseorang menggunakan karya atau produk kita bagi mengelakkan kita  kerugian. Patentkan hak pada setiap karya anda pada mana2 product atau konten yang perlu dari diguna atau diciplak oleh indiditu tertentu untuk mereka mendapatkan hasil. Untuk patent karya atau produk ini, kita boleh pergi ke website myipo dan minta khidmat nasihat mereka.
4. Lindungi diri kita dengan insuran atau takaful
Perlindungan seperti perlindungan travelincome proctection sebagai contohnya adalah penting untuk youtuber atau lain2 influencer yang membuat konten daripada travel atau luar lapangan. Ambil lah perlindungan travel ini kerana jika berlaku kemalangan samada di dalam negara atau diluar negara, kita dah ada protection.
Contoh nya, jika kita buat content diluar negara, kita amik plan perlindungan takaful jika musibah berlaku dan masuk hospital, bill hospital ditanggung oleh pihak syarikat takaful tanpa kita pening. Jika meninggal dunia, jasad juga boleh dibawa balik ke negara dengan ada nya perlindungan ini.
5. Saving sekurang-kurangnya 6 bulan pendapatan
Kita tak tahu sampai bile kita boleh buat income dari media sosial ini kerana teknologi dan keperluan yang berubah2 mengikut perubahan zaman.
Siapa sangka zaman sekarnag ni kita boleh jana pendapatan dari hobi kita yang mana pada zaman dulu tak terfikir hal ini boleh wujud. Dan pada masa akan datang tak mustahil peluaang begini sudah tidak ada lagi.
Dengan saving selama 6 bulan pendapatan ini, sekurang2 nya Jika apa2 berlaku pada diri kita dari segi kewangan, at least kita ada saving.
6. Zakat jangan kita lupa
Sucikan pendapatan kita dengan zakat, kerana dalam rezki kita ada juga rezki orang lain.
Kita kene banyak memberi dengan itu insyallah kita ada dapat melipat ganda kan rezki kita lagi atas keberkatan rezki yang kita perolehi.
Kalau orang belum muslim mereka akan buat charity malah mereka nampak lebih banyak buat charitiy cuma dalam islam ni kita dah ada platform iatu zakat
7. Tulis wasiat
Harta kita kalau tak banyak mana pun, kena juga buat wasiat kerana wasiat adalah untuk kesenangan waris kita jika kita tiada kelak dan untuk memastikan hak waris kita dapat diperolehi.
Kita tidak hanya wariskan apa yang kita ada tetapi dengan wasiat ini memudahkan pengurusan harta-harta yang kita ada.
Seboleh nya kan kita nak apa yang kita usaha ini dapat pada orang yang kita cinta.
Nak buat wasiat bukan susah pun. Sekeping kertas dah mejcukupi. tetapi ada bagus jika kita buat dengan cara yang rasmi yang diendorse oleh lawyer atau dari syarikat -syarikat pengurusan pusaka
8. Adapt kepada teknologi
Adapt teknologi seperti online banking, payment secara online dengan menggunakan ewallet, DUITNow iatu payment menggunakan QR Code sahaja.
Saya cakap ini kerana saya dapati terdapat lagi masih pakai cara manual dalam membuat pembayaran.
Cloud – google drive, dropbox, gunakan NAS seperti Synology.
Hire freelancer dari fiverr. Terdapat ramai jenis freelancer disana. Buat satu akaun bank yang khas untuk satu2 tujuan contoh nye Maybank MAE allocate untuk fleet kenderaan seperti petrol, parking, tol, maintenance dan juga perbelanjaan yang sepatut nya.
9. Engage financial planner
Financial planner akan tengok secara keseluruhan 360 degree. Ia bermula dengan cash flow, liabiiti dan a
Kalau nak invest ada  consultant, kalau nak buat tax ada consultant, kalau nak buat wasiat ada consultant, tapi siapa
nak consolidate semua untuk untuk streamlines kan semua nya jadi satu supaya lagi mantap?
sset.

Perkongsian saya di atas adalah untuk rujukan semata-mata. Bergantung pada individu untuk menerima atau adjust dengan keadaan dan kesusuaian semasa individu tersebut.

Semoga perkongsian saya ini bermanfaat.

Azmarnizam Omar
013 3330595
Licensed Financial Planner
eCMSRL/B8401/2018

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

× Pertanyaan? Whatsapp je!