Saya menerima banyak pertanyaan mengenai bagaimana mahu mengambil IFP.
Pada artikel saya sebelum ini, tidak saya sentuh secara terperinci syarat-syarat dan bagaimana nak mengambil IFP ini.
Di sini saya sediakan satu artikel berkenaan dengan ini supaya bermanfaat.
Di bawah ini adalah video saya di youtube mengenai IFP ini.
Jika anda nak jalan kan regulated aktivitu perancangan kewangan maka sijil IFP ini adalah diperlukan dan merupakan pra syarat untuk mendapatkan lesen sepert ini:
1. Capital Market Services Representative’s License (CMSRL) oleh Securities Commission (SC) dan
2. Financial Advisers’ Representative License (FAR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM)
Program ini adalah satu bentuk usahasama antara IBFIM dan Financial Planning Association of Malaysia (FPAM) yang dimeterai MOU pada tahun 2008.
Program ini mendapat kelulusan dari SC dan BNM jadi dengan kelulusan ini maka program IFP ini adalah setaraf dengan Certified Financial Planner (CFP), Registered Financial Planner (RFP) dan Chartered Financial Consultant (ChFC)
Saingan atau alternatif kepada IFP adalah Shariah RFP dari MFPC.
Sebelum ini tiada sijil perancangan kewangan Islam yang ada hanyalah iatu konvensional iatu CFP yang dikeluarkan oleh FPAM.
Berikut adalah modul2 untuk IFP,
Kelayakkan nya hanyalah mempunyai ijazah dalam apa2 bidang sahaja.
FEE ATAU KOS
Fee atau kos untuk sijil professional IFP ini adalah seperti berikut:
Challenge Status
Untuk Challenge Status hanya mempunyai satu sahaja modul seperti dibawah ini dan kos nya adalah RM2332 untuk tuisyen fee dan untuk exam adalah sebanyak RM400.
Maka fee keseluruhan nya adalah RM2732. yang mana Harga ini adalah termasuk sales dan services tax sebanyak RM132
Full Fledge.
Memandang kan full fledge melibat kan kesemua 4 modul maka setiap modul mempunyai fee nya sendiri
Modul 1 iatu Shariah and Major compenents of Islamic Financial Planning, yang mempunyai tuition fi berjumlah RM1749 dan peperiksaan fi RM400.
Modul 2 iatu Islamic Risk Management Estate and Waqaf Planning, yang mempunyai tuition fi berjumlah RM2014 dan peperiksaan fi berjumlah RM400.
Modul 3 iatu Islamic Investment, Retirement Zakat and Tax Planning, yang mempunyai tuition fi yang sama dengan modul 2 iatu berjumlah RM2014 dan peperiksaan fi RM400.
Modul 4 iatu Islamic Financial Plan Construction and Professional Responsibilities, yang mempunyai tuition mempunyai fi yang berjumlah RM1802 dan peperiksaan fi berjumlah RM400.
Maka kos keseluruhan untuk 4 modul adalah berjumlah RM9179 untuk fi keseluruhan kedua2 tuisyen dan peperiksaan
Rujukan: https://ibfimonline.com/programmes/qualification/islamic-financial-planner-ifp/#1459420190424-db7c25b4-073c
Modul 2, Tempoh pembelajaran nya adalah 9 hari
Modul 3. Tempoh pembelajaran nya adalah 8 hari
Modul 4. Tempoh pembelajaran nya adalah 4 hari
Berikut adalah pusat pembelajaran dan exam dari maklumat yang saya perolehi.
3. Emzek Associates – Kuantan
Salam ada contoh soalan IPF tak. minta share ya phatmazz@yahoo.com
Salam,
Tiada sis