Cerita ni hanya selingan sahaja yang saya rasa bagus dijadikan panduan dan iktibar.
Teringat saya pada tahun lepas rasa nya masa semasa saya sedang berehat, tiba-tiba saya dihubungi oleh seorang kawan saya masa saya diploma dulu.
Kata dia nak minta khidmat nasihat mengenai income tax then saya kata ok no problem lah memandangkan ia adalah sebahagian dari kerja saya dalam mambut perancangan kewangan.
Selepas tu saya buat perjumpaan dengan dia rupa2 nya isteri dia yang sebenarnya nak tahu mengenai tax dan isteri dia tak pernah declare tax dari awal lagi.
Isteri beliau masih bekerja tetapi dalam masa yang sama mempunyai pendapatan dari saham syarikat yang diletakkan oleh ayah nya. Pendapatan luar ni lebih banyak berbanding pendapatan bekerja, kalau ikutkan boleh berhenti saja kerja dan fokus pada bisness ayah nya.
Berbalik kepada tax isteri beliau, beliau dan isteri terlah pun berjumpa dengan pegawai lhdn sebelum itu dan selepas mendapat nasihat, beliau telah diberikan borang sebanyak 6 tahun kebelakangan itu.
Kebetulan pula pada masa tu ada program khas pengakuan sukarela (PKPS) kepada sesiapa yang tak pernah isytiharkan pendapatan mereka.
Kalau nak tahu detail cuba baca dalam link kat bawah ni.
http://www.hasil.gov.my/bt_goindex.php?bt_kump=4&bt_skum=1&bt_posi=1&bt_unit=1&bt_sequ=1
Jadi beliau nak ambil lah kesempatan ini untuk settle kan tax dia yang masih lagi understanding dan nak mengelakkan dari dikenakan tindakan.
Jadi bila beliau dah ada borang tu maka senang sedikit saya nak tengokkan, sebab nya borang dah ada kan. Cuma beliau tak tahu macam mana je isi aje.
Selepas 2 jam lebih kurang macam tu, perkara tu semua settle semua then beliau dan isteri kelihatan happy sangat bila semua dah settle.
“Berapa ringgit ni nak bayar untuk khidmat nasihat ni?” kata beliau.
“Tak payah lah, lagi pun banyak sebenarnya yang kau dah settle kan sendiri. Cuma submission tax tu kene settle kan cecepat” Kata saya.
Ikutkan khidmat nasihat saya sebagai Licensed Financial Planner ini berbayar tetapi memandangkan beliau kawan, saya tak kira fee tu.
Kami berpisah lah selepas tu.
Walau bagaimana pun seminggu selepas tu, beliau call nak jumpa balik.
Bula jumpa je beliau telah mendapat satu lagi surat dari lhdn yang mana beliau didapati oleh lhdn anak kepada seorang yang telah meninggal dunia yang masih lagi tidak melunaskan cukai yang dikenakan oleh lhdn. Jadi isteri beliau dikehendaki membayar cukai tertunggak yang dikenakan kepada arwah ayah isteri beliau. Malang betul lah!
Jumlah tu bukan sedikit pulak tu iatu lebih kurang RM40k dan dikehendaki membayar berperingkat selama 6 bulan. Bayangkan 6 bulan bahagi RM40k berapa tu? Jumlah tu sebenarnya adalah cukai dikenakan oleh arwah ayahnya atas penjualan asset. Tak pasti pula asset apa kah tu.
Beluau kata macam agak menyesal juga lah pada mula nya declare income tax ni LOL. Tetapi nak buat macam mana kan, dah itu lah tanggungjawab kita.
Dari situ bermulalah cerita sedih yang berlaku kepada keluarga beliau, selepas sahaja ayah beliau meningggal dunia. Arwah ayah beliau merupakan seorang usahawan yang berjaya dan memiliki banyak syarikat. Tetapi selepas arwah ayah beliau meninggal.
1. Rumah yang mereka duduki nak kena lelong disebabkan outstandin bank loan yang dah terlalu lama. Rumah beliau adalah banglo dan bayaran bulanan mahal dan tak akan mampu untuk membayarnya. Lebih malang lagi insuran MRTA tak ada sebagai coverage in case kematian disebabkan banglo tu tersebut tiada CF menyebabkan tak cukup syarat buat insuran MRTA.
2. Syarikat arwah ayah beliau satu persatu kehilangan pegangan kecuali satu sahaja. Itu pun selepas 5 tahun turun naik court baru lah dapat pegangan dalam syaraikat tersebut.
Jadi, dari sini ada beberapa perkara yang saya pelajari dan penting hendak saya sharekan kat sini.
- Hutang yang tak akan terhapus walau pun selepas kita mati adalah hutang cukai pendapatan. Jika tidak kita lunaskan maka anak-anak kita yang bakal menanggungnya.
- Seseorang tu bila dah mempunyai perniagaan, harus kan membuat peracangan untuk membayar cukai pendapatan. Jika tak tahu nak buat atau tak nak buang masa, upah sahaja tax consultant.
- Rumah kita seboleh-bolehnya ambil lah MRTA atau MRTT. Jika tidak MRTT, ambil lah takaful hayat yang setara dengan nilai loan rumah.
- Buatlah perancangan harta seperti wasiat, hibah dan sebagainya jadi tidak lah terbeban waris menanggungnya.
- Yang dah meninggal tu tak boleh kita buat apa, cuma kita yang masih hidup ni buat lah perancangan kewangan iatu merangkumi perancangan harta dan perlindungan harta benda. Jika tidak tahu boleh consult financial planner seperti saya.
- Jika kita mempunyai bisness partnership, pastikan ada perlindngan shareholder. Selain dari dapat teruskan kelangsungan syarikat ia dapat juga wariskan saham kepada waris.
Sekian.
Azmarnizam Omar
Licensed Financial Planner