Sebelum anda baca lanjut berkenaan dengan perancangan kewangan, sila lihat video di bawah ini sebagai alternatif kepada medium pembacaan.
Kerjaya Perancang Kewangan Berlesen – Carrier As a Licensed Financial Planner di Malaysia.
Saya sendiri pun tidak tahu dan tidak tahu adanya financial planner ini sehinggalah selepas saya mengambil keputusan untuk menceburkan diri dalam bidang pelaburan Unit Trust – Single License Investment.
Saya juga yakin ramai terutama rakyat Malaysia tidak tahu mengenai financial planner ni, persoalannya dari segi:
- Apakah fungsi dan peranannya?
- Apakah kelebihan dan kepentingannya?
- Apakah masa depannya?
- Apakah perbezaan antara financial planner dengan agen atau konsultan kewangan.
- Bagaimana mahu mendapatkan perkhidmatan?
- Berapa bayarannya?
- Bagaimana cara untuk mendapatkan license financial planner?
- Apakah kelayakkan Yang Diperlukan Untuk Enrol CFP/IFP/Shariah RFP/IFP?
- Apakah perbezaan Licensed Financial Planner dengan Non Financial Planner
- Berapa CPD yang diperlukan dalam setahun?
- Berapakah membership fee untuk FPAM dan MFPC?
- Mana best, CFP ke IFP? atau Shariah RFP?
Sebenarnya financial planner ni telah dilaksanakan oleh kerajaan melalui Securities Commission Malaysia di bawah Securities Industry Act 2003 untuk mengawal selia financial planning dan penggunaan title financial planning dan segala aktiviti nya.
Jika ikutkan, negara mahu melaksanakan purely advisory based melalui financial planner dan tidak kepada product based yang selama ini diamalkan bertahun-tahun dinegara kita ini. Jika disebut product based, ia lebih menjurus kepada komisyen diraih oleh ejen berbanding fee based yang diraih oleh financial planner. Negara seperti Australia, Singapura dan banyak lagi negara telah pun mengamalkan financial planner sepenuh nya.
Terdapat dua kategori iatu Shariah dan konvensional dalam mendapatkan sijil professional ini.
1. Certified Financial Planner (CFP) dan Registered Financial Planner (RFP) adalah konvensional
2. Shariah RFP (Shariah RFP) dan Islamic Financial Planner (IFP) adalah syariah.
Apakah fungsi dan peranannya?
Fungsi atau peranan financial planner adalah memberikan solusi yang holistik kepada plan-plan yang dikehendaki. Contohnya jika mereka hendak merancang persaraan (retirement planning), maka mereka dinasihatkan mengenai jumlah tabungan yang sepatutnya mereka ada dan mencukupi untuk menampung sepanjang hayat persaraan mereka. Jika tidak, ada kemungkinan mereka terpaksa bekerja diusia senja.
Tak kira jika anda mempunyai kewangan yang kukuh atau tidak, amatlah penting untuk anda memberikan perhatian bagi menganalisa bahagian-bahagian kewangan ini:
- Self financial analysis – analisa kedudukan kewangan seperti cash flow dan networth dan dari situ financial planner akan memperolehi financial ratio bagi tindakan selanjutnya.
- Personal Financial Planning – Apakah financial statement anda sekarang ni? Dan bagaimana mahu mengira financial statement pada masa akan datang? Brapa nisbah (financial ratio) hutang berbanding pendapatan anda?
- Retirement Planning – Berapa amaun yang patut ada yang mencukupi di usia persaraan anda? Disaat anda tidak lagi mempunyai active income? Bagaimana jika anda tidak boleh lagi bersara pada umur 55 disebabkan ketidakcukupan dana?
- Investment Planning – Apakah platform pelaburan yang sesuai untuk anda berdasaran kepada tahap penerimaan risiko anda? Adakah Unit Trust sesuai untuk anda? Bagaimana pula dengan Sukuk/Bond, Money Market dan lain-lain? Bagaimana pula dengan asset class dan regional equity fund?
- Risk Planning – Insuran/Takaful. Licensed Financial Planner melalui firma tertentu mempunyai access kepada banyak syarikat insuran (macam broker insuran). Life insuran – 11 syarikat, general – 12 syarikat dan takaful – 6 syarikat. Banyak nya syarikat ini kelebihannya adalah pilihan, iatu pilihan yang sesuai untuk diberikan kepada client based on apa yang client kehendaki. Sebagaimana yang diketahui, perlidungan risiko jika ada mati, cacat atau terkena penyakit yang mana kos rawatan semua nya tinggi dan ini akan menghakis duit anda sehingga anda terpaksa meminta bantuan orang lain dan bekerja. Penting untuk FP untuk fikirkan perlindungan takaful/insuran untuk mengelakkan kebocoran kewangan.
- Estate Planning – Merancang Wasiat, Hibah, Pusaka dan lain-lain. Ini termasuk lah wakaf. Nampak tidak penting tetapi jika tidak dirancang maka harta dan kekayaan tidak dapat diturunkan atau diwariskan kepada waris.
- Education Planning – Bagaimana mahu mengira jumlah yang sepatut nya anda sediakan untuk anak anda tanpa mengganggu cash flow anda pada masa anak-anak anda melanjutkan pelajaran ke peringkat Universiti.
- Tax Planning – Ini related kepada cukat pendapatan biasanya. Bagaimana untuk pastikan anda rancang cukai pendapatan oleh itu semua tax relief dapat diperolehi seterusnya mengelakkan kebocoran kewangan. Anda tahu bagaimana nak simpat resit-resit yang sepatut nya ada dan juga bagaimana untuk gunakan kad kredit sebagai medium bagi trace resit anda.
- Dan berbagai-bagai lagi planning yang dikehendaki seperti perancangan haji, income replacement planning dan lain-lain.
Semua jenis planning ini didokumentasi kan dan digunakan sebagai rujukan kepada client pada masa kini dan yang akan datang.
Apakah kelebihan dan kepentingannya?
Kelebihan yang ada pada financial planner adalah platform. Sokongan platform kepada produk takaful yang banyak, platform pelaburan yang banyak, platform sistem support, endorsement dari BNM dan SC (chargeable advisory – per hour or per session or per project etc) yang menjadikan financial planner special, lain dari lesen yang lain. Ia lebih kepada menyeluruh.
Financial planner memberikan solusi perancangan kewangan yang holistic iatu menyeluruh dan yang penting nya adalah transaparent, tidak bias kepada hanya satu produk (jika terdapat produk yang dicadangkan)
Status kewangan anda dilihat dari segi cash flow, networth dan liabiliti. Apa tindakan yang perlu lakukan untuk memperbetulkan nya, cari mana yang tak perlu atau keperluan untuk tambah pendapatan dan seterusnya dapat melaksanakan mana-mana bahagian planning seperti diatas.
Ia juga dapat mengurangkan kebocoran kewangan dari tax planning dan Retirement planning. Kadangkala, ramai orang pandai mencari duit tetapi kebocoran juga banyak.
Inflasi amatlah penting diambil kira dan memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi amaun yang diperlukan. Sebab itu lah inflasi dikatakan sebagai cabaran besar dalam financial planning ini.
Mana tak nya, jika anda cukup dengan pendapatan RM5000 sebulan pada masa ini, tetapi diwaktu anda pencen nilai RM5000 adalah tidak cukup kerana inflasi – harga barang yang semakin meningkat.
Semua solusi ini didokumentasikan untuk rujukan dan panduan client dari masa ke semasa supaya berjaya dalam perancangan nya.
Apakah masa depannya?
Kerjaya sebagai financial planner masih cerah kerana masih tidak ramai lagi terutama nya Bumiputera Melayu dalam memberikan rundingcara perancangan kewangan.
Ini belum lagi jika dilihat jumlah financial planner yang mempunyai lesen (eCMSRLXXX) kerana dengan hanya Shariah RFP atau IFP ianya tidak mencukup. So dengan lesen ini lah anda layak untuk membuat perancangan kewangan kepada orang ramai.
Berikut adalah jumlah Licensed Financial Planner (As of 30/4/2019)
FPR – 889
FAR – 812
IFAR – 169
Jumlah diatas ini adalah untuk semua bangsa. Dan jika pecahkan ikut bangsa Melayu, ia adalah sedikit. Ini adalah mereka yang berlesen sahaja tidak kira lagi mereka yang ambil CFP/IFP/Shariah RFP/RFP tapi tidak register untuk lesen.
Memandangkan financial planner ini tidak terikat dengan mana-mana penyedia perkhidmatan contohnya daripada takaful (untuk kategori Risk Planning) atau pelaburan unit amanah (bagi investment planning), maka financial planner berhak memilih yang mana sesuai dengan kehendak dan keupayaan pelanggan.
Senangkata, peluang ini amatlah cerah kerana persaingan amat lah rendah, cuma kesedaran orang ramai terhadap kepentingan financial planning amatlah kurang dan kena struggle kat bahagian ini (sebagaimana penerimaan orang terhadap insurang dan takaful suatu ketika dahulu)
Pada pendapat saya, ini adalah masa emas untuk para ejen unit trust atau ejen takaful mengambil lesen financial planning ini kerana kerjaya sebagai ejen unit trust dan ejen takaful nampak semakin mencabar disebabkan oleh kemajuan teknologi seperti online application untuk takaful/insuran dan juga online application bagi unit trust.
Apakah perbezaan antara financial planner dengan agen atau konsultan kewangan.
Financial planner tidak terikat dengan mana-mana penyedia perkhidmatan bagi takaful dan pelaburan sebalik nya ia mengikut keperluan dan kesesuaian pelanggan. Senang kata, financial planner memberikan perkhidmatan advisory yang tidak bersandarkan kepada produk, mereka adalah ‘on behalf of client’ manakala agen pula bersandarkan kepada produk atau ‘on behalf of the product’.
Dari segi fee perkhidmatan pula, untuk agen kebiasaan nya diberikan komisyen manakala financial planner dan bentuk charge kepada perkhidmatan.
Saya mempunyai post yang khas untuk ini. Boleh klik link di bawah:
Bagaimana cara untuk mendapatkan Licensed Financial Planner?
2 cara untuk memperolehi sijil financial planner ini iatu:
1. Cara bypass module – hanya ambil sekali sahaja iatu tiada modul. Ini boleh di buat pada program Capstone untuk RFP atau Shariah RFP atau Challenge Status bagi IFP dan CFP. Anggaran kos bagi program Capstone atau Challenge status adalah lebih kurang RM2500.
Setakat apa yang saya tahu, Capstone atau Challenge Status dibuka bagi mereka yang mempunyai ijazah berserta dengan 3 tahun pengalaman (jika bukan dalam bidang kewangan)
2. Program modular – perlu mengikuti program secara module iatu Module 1 – 6. Ini boleh dibuat pagi program RFP, Shariah RFP, IFP dan CFP. Anggran kos bagi program modular adalah lebih kurang RM2000/module. Jadi jika complete semua memakan kos lebih RM10k.
Bagi program modular, ia dibuka untuk mereka yang mempunyai diploma berserta 5 tahun pengalaman
3 Institusi yang mengeluarkan Certification Financial Planner:
1. Certified Financial Planner (CFP) – Dari Financial Planning Association of Malaysia (FPAM). CFP ini berstatus international kerana di luar negara mereka memakai certification ini bagi financial planner. CFP adalah ber sistem kan konvensional iatu tidak diajarkan Islamic Finance dalam syllabus CFP. Kalau ada hanya lah overview sahaja.
2. Islamic Financial Planner (IFP) – Kerjasama antara IBFIM dan FPAM. Certification ini adalah berbentuk Islamic dan keseluruhan syllabus nya adalah berteraskan Islamic.
Kelas bagi CFP/IFP biasa nya diadakan pada hujung minggu – Weekend.
3, Registered Financial Planner (RFP)/Shariah Registered Financial Planner (ShRFP) dari Malaysian Financial Planning Council (MFPC). Jika FPAM mempunyai CFP bagi konvensional dan IFP bagi Islamic, MFPC pula mempunyai RFP untuk konvensional dan Sh RFP pula untuk Islamic.
Kebiasaannya kelas Shariah RFP/RFP diadakan pada weekdays (selalu nya hari bekerja Isnin-Jumaat).
Update as of 20/7/2020, kelas RFP/Shariah RFP dijalankan waktu weekend.
Soalan mengenai samada ambil CFP/IFP atau RFP/Shariah RFP yang mana paling bagus adalah bergantung kepada kesesuaian jadual anda. Jika anda suka weekend boleh ambil CFP/IFP dan jika anda lebih memilih kelas pada weekdays, anda boleh memilih RFP/Shariah RFP. In general, CFP/IFP dan RFP/Shariah RFP sikit lebih kurang sama.
Azmarnizam FPR FAR Tweet
Jika anda mempunyai pengalaman dalam industri kewangan, pelaburan dan insurans/takaful, anda boleh mengambil program skip/bypass module seperti:
- Program Capstone untuk RFP/Shariah RFP dan
- “Challenge Status” untuk IFP.
Di bawah ini adalah brochure untuk program Capstone Shariah RFP
Manakala untuk CFP pula adalah dari FPAM. Anda boleh memperolehi nya dengan register dan ikuti kelas di KMDC iatu KDU Management Development Centre. Banyak lagi tempat yang anda boleh ikuti pengajian selain dari KMDC. Boleh refer kepada website CFP.
Update: KMDC tidak lagi menjalankan kelas untuk CFP. Boleh lihat di website KMDC untuk hal ini.
Semua ini adalah hasil dari pencarian saya sebelum saya register sebagai RFP. Saya hampir mahu enrol CFP sebenar nya sebelum mendapat offer biasiswa dari MOF untuk RFP.
CFP ini adalah lesen sebagai Planner yang konvensional. Jika anda mahu dapatkan yang Shariah dari FPAM juga, boleh register sebagai IFP. IFP adalah hasil kerjasama antara FPAM dan juga IBFIM.
Sepanjang pengalaman saya, jika anda mempunyai CFP, anda tidak dibenarkan mambawa produk syariah seperti Takaful disebabkan oleh syllabus CFP adalah konvensional maka diwajibkan untuk mengambil cert FP seperti IFP atau Shariah RFP.
Saya ada jelas kan pada post saya di sini:
Jika anda mempunyai Shariah RFP atau pun IFP, tiada masalah untuk itu.
Untuk Islamic Financial Planner (IFP) pula, anda boleh register dan mengikuti kelas pengajian nya di IBFIM.
Anda boleh pergi ke website IBFIM untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut seperti dibawah.
http://ibfimonline.com/programmes/qualification/islamic-financial-planner-ifp/
Apakah kelayakkan Yang Diperlukan Untuk Enrol CFP/IFP/Shariah RFP/IFP?
1. Ijazah Dalam Bidang Kewangan – Seperti Accountancy, Banking, Actuarial Science, Business Study etc yang diiktiraf.
– Kalau ada ijazah dalam bidang kewangan boleh ambil program challenge status untuk CFP/IFP atau Program Capstone untuk Shariah RFP/RFP. Program ini adalah program bypass, tanpa perlu ikutti modul 1 hingga 6.
2. Ijazah Bukan Dalam Bidang Kewangan berserta 3 tahun pengalaman bekerja dalam bidang kewangan.
– 3 tahun pengalaman adalah seperti UTC, ejen takaful, kerja bank. Boleh ambil program bypass, sama seperti nombor 1.
3. Diploma Berserta 5 Tahun Pengalaman dalam bidang kewangan.
– Tiada program bypass tetapi modular 1 hingga 6. Sila lihat brochure MFPC yang saya paparkan untuk detail modul 1 hingga 6.
Maklumat diatas adalah secara general dan setakat yang saya tahu jika tiada perubahan. Untuk maklumat lanjut dan terkini, boleh call direct ke MFPC atau FPAM atau whatsapp saya directly.
Apakah perbezaan Licensed Financial Planner dengan Non Financial Planner
Selepas anda berjaya memperolehi CFP/IFP atau RFP, anda boleh memohon lesen MELALUI syarikat financial planning – Firma FA/Firma FP.
Perlu ingat, untuk mendapatkan Lesen Financial Planner, anda harus register dulu dengan firma FP/FA dan selepas itu baru lah lesen anda dikeluarkan oleh BNM (untuk FAR) dan SC (untuk FPR).
Lesen ini adalah untuk membolehkan anda mempraktikkan financial planning kepada orang ramai kerana CFP/IFP atau Shriah RFP/RFP hanya lah certification. Lesen ini disediakan oleh Bank Negara Malaysia bagi Financial Advisor Representatives (FAR) dan Securities Commissions bagi lesen Financial Planning Representatives (FPR).
Selepas anda berjaya dapat kan lesen FPR, anda akan diberikan kod. Bentuk KOD adalah macam ini – eCMSRL/B8401/2018. Ini adalah lesen saya.
Di website SC, nama anda akan tertera sebagai financial planner. Ini lah dikatakan Licensed Financial Planner.
Boleh lihat di link ini –
FAR untuk risk planing iatu melibatkan insurans dan takaful dibawah kawal selia Bank Negara Malaysia. Bila disebut insurans atau takaful, ia meliputi semua jenis insuran atau takaful termasuk medical (individu, group), life (individu, group) , general (motor takaful, public liabiliti, workman compensation), offshore insurance dan lain-lain.
Untuk menyemak individu yang mempunyai FAR, boleh lihat di link ini:
https://www.bnm.gov.my/index.php?ch=relatedlink&pg=related_link&ac=269&fbclid=IwAR0TNwZorOVdQTaWfuDZW-XJdO4eXW0xzK8iNrqaUgHLvk1SLUZcQmhvwB0
Berbalik kepada FPR, ia adalah untuk investment planning yang melibatkan unit trust, Bon, Money Market dan juga planning yang lain seperti Estate Planning dan lain-lain.
Setakat dari artikel ini ditulis, terdapat 20 syarikat financial planning (Firma FAFP) yang beroperasi di Malaysia. Sebanyak 281 individu yang mempunyai lesen FAR dan untuk FPR.
Satu yang perlu anda tahu, terdapat individu yang mengambil hanya lesen FAR sahaja disebabkan oleh firma FA hanya mempunyai lesen FAR sahaja. Jadi untuk perancangan kewangan yang konprehensif, tidak disediakan disini.
Begitu juga dengan FPR, tetapi kebanyakkan firma FPR mempunyai FAR juga jadi perancangan kewangan yang konprehensif, ada disediakan.
=== UPDATE ===
Ini adalah jumlah financial planner berdasarkan kepada FPR dan FAR.
As at 30/4/2019
FPR – 889
FAR – 812
IFAR – 169
Boleh check di link bawah ini:
https://ers.seccom.com.my/public/Default.aspx?menu=1&formname=frmSearchRep&field=licencetype&personname=&licencenumber=&icnumber=&passportnumber=&licencetype=6%2cfinancial+planning&licencerestype=0&sortcolumn=status&sortorder=desc&pagesize=25&pageno=1
Organisasi yang terlibat dalam industri Financial Planner di Malaysia:
SC
AFA
MTA
BNM
MFPC
FPAM
IBFIM
Di Malaysia, terdapat persatuan bagi finacial planning iatu Association Financial Advisory. Dibawah ini adalah digital flyer acara tahunan yang dianjurkan oleh AFA.
Kesimpulan nya, masa depan bagi financial planning ini amatlah cerah kerana ia menyediakan satu penyelesaian kepada keperluan pelanggan, tanpa bias kepada satu-satu produk. Contoh nya adalah seperti Takaful, pelanggan akan diberikan sebanyak minimum 3 quotation dari 3 syarikat Takaful berbanding kepada satu sahaja iatu dari agen-agen takaful yang based on product yang dibawa oleh mereka.
Kelebihan yang paling ketara bagi Licensed Financial Planner, yang tidak ada pada lain-lain lesen kewangan adalah PLATFORM – Azmarnizam Omar
Walaubagaimana pun, ramai yang masih memilih kepada agen based iatu tidak kepada licensed financial planner (LFP) disebabkan oleh komisyen sedia ada yang sudah pun banyak dengan downline yang ramai. Walaubagaimanpun, perlu diingat juga bahawa komisyen dari ejensi boleh ditransfer ke dalam firma FA (kecuali trailer komisyen). Senang kata ia tidaklah seperti ‘start from scratch’.
Dari segi ganjaran pula, insentif yang amat menarik yang diberikan kepada firma FA/FP tertentu kepada LFP ini seperti pejek percutian, pekej-pekej seperti bonus dan sebagainya yang telah meet target dan requirement.
Bergantung kapada masa dan juga usaha dari pihak-pihak tertentu seperti MTA, AFA, BNM, SC dan yang lain-lain bagi meningkatkan dan memartabatkan masa depan industri financial planning demi kepentingan pelanggan iatu hak-hak sebagai pengguna dalam memilih yang terbaik juga untuk mereka.
Berapa CPD yang diperlukan dalam setahun?
Berikut adalah jumlah CPD yang diperlukan bagi seseorang Licensed Financial Planner bagi FPR dan FAR.
1. FPR- 20 CPE per year
Endorsed from: SIDC
Cara untuk check: http://ers.seccom.com.my/cpepublic/SearchLicensee.aspx
Period: Setahun dari tarikh register sebagai FAR
2. FAR- 20 CPD or CE
Endorsed from: MFPC or FPAM
Cara untuk check: Tiada system untuk check, FA Firm akan compile secara manual
Period: Calendar Year (Jan-Dec setiap tahun)
Terdapat training atau seminar yang dapat serentak untuk CPD dan CPE. Contohnya jika anda menghadiri “Phillip Capital Annual Investment Conference”, anda akan memperolehi point seperti dibawah:
SIDC – 10 CPE Points
FIMM – 8 CPD Points
MFPC – 7 CPD Points
FPAM – 5 CE Points
Maknanya dengan satu conference di atas, anda telah memperolehi 10poit untuk FPR, 7 point untuk FAR jika anda graduate dari MFPC dan 5 point untuk FAR jika anda graduate dari FPAM dan 8 point jika anda mempunyai lesen unit trust consultant.
Just nak bagitahu, kebanyakkan training yang terdapat CPD bagi industri financial planning adalah berbayar, terutama yang point nya besar iatu lebih dari 5 point. Cuma ada beberapa saja yang percuma dan terdapat CPD.
Untung tak jika anda menjadi seorang Licensed Financial Planner? Kerana unit trust consultant memerlukan 18 CPD dan jika mempunyai takaful – another 30 CPD, maka jumlah keseluruhan adalah 48 CPD untuk unit trust dan takaful.
Berapakah membership fee untuk FPAM dan MFPC
– Certification CFP atau IFP atau kedua-duanya (FPAM) – RM400 untuk ahli regular setahun.
– Certification RFP atau Shariah RFP atau kedua-duanya (MFPC) – RM200 untuk ahli regular setahun.
Jika anda dua contoh nya CFP dan Shariah RFP, maka anda kena membayar kedua-dua nya sekali iat FPAM RM400 dan MFPC RM200. Total RM600 setahun.
Jadi jika anda tidak mahu terbeban dengan fee membership ini, ambil satu sahaja ia Shariah RFP sudah memadai.
Mana best, CFP ke IFP? atau Shariah RFP?
CFP recognized internationally maka CFP nampak best. Tapi secara personally saya tak nampak keperluannya kerana akhirnya SC dan BNM akan keluarkan lesen tak kira mana-mana certification pun. Untuk orang Islam saya minta ambil lah IFP atau pun Shariah RFP. Mungkin jika membership fee adalah penting bagi anda, maka Shariah RFP hanya RM200 setahun manakala IFP adalah RM400.
* CFP/IFP adalah dari FPAM maka fee lebih disebabkan oleh CFP right, lebih kurang macam tu lah.
Contoh Sistem Yang Digunapakai Oleh Financial Planner
Di bawah ini adalah satu post saya contoh mini sistem (Beta) atau app oleh financial planner bagi mengira “Retirement Plan”. Boleh klik di post tersebut.
Saya Berminat Nak Tahu Dengan Lebih Lanjut
Boleh join discussion telegram Financial Planner Malaysia <– Sila klik
So macam mana?
Jika anda mempunyai soalan dan berminat untuk menjadi Licensed Financial Planner, boleh hubungi nomber tertera atau WhatsApp sahaja.
Azmarnizam Bin Omar
Licensed Financial Planner
License Number: eCMSRL/B8401/2018
013 333 0595
azmarnizam@gmail.com
Assalamualaikum… Boleh saya bertanya…Menjadi LFP adakah anda berkerja sendiri atau di bawah syarikat.
Waalaikumsalam Anwar, lesen diberi oleh SC bawah syarikat yang kita daftarkan.
Syarikat tersebut mempunyai platform produk dan servis yang digariskan oleh SC.