Mari kita lihat trade war antara US dan China ni dari kaca mata yang lebih luas. Kita lebih tertarik dengan perkara kecil seperti kesan sekatan US terhadap telefon pintar Huawei tetapi tidak kepada keseluruhan.
Kita tidak pula lihat dari sudut ekonomi, sebagaimana yang berlaku sejak bermula lagi perang ekonomi US – China yang mana ia memberi kesan kepada negara kita Malaysia dan juga rantau Asia PAC terutamanya.
Pembuli
Pada hikmat saya, US ni dari dulu dia macam pembuli la baik dari segi peperangan, ekonomi dan juga media massa. Yang paling tepat untuk nya adalah pembuli jalan raya sebab jika ada sesiapa yang nak challenge dia sepanjang larian dia (yang mana tak sekutu dengan dia), awal2 lagi dia akan cantas.
Kalau dalam militari, dia dikira macam preemptive strike lah. Kalau boleh dia nak all time win.
US ni kuat sebab dia tak keseorangan. Ibarat haina lah dia berkumpulan. Dia adalah ahli kepada 5 eyes, 9 eyes dan 14 eyes nation (lihat link di rujukan).
Sekarang ni US sedang berperang dan berusaha untuk mencantas China dari segi ekonomi.
Kalau lihat China adalah pencabar US dari segi ekonomi.
Ini adalah berdasarkan kepada GDP yang diperolehi oleh China dari tahun ke tahun dan boleh lihat pada video di bawah.
Pencabar selepas China adalah India, dan kalau India bukan sekutu US, ia pun akan menerima nasib sama macam China.
Saingan Dalam Bentuk GDP
Kalau ikutkan, US dan British punya GDP selama ini ia naik disebabkan oleh senangnya memperolehi hasil sumber dari negara jajahan dia seperti getah, mineral, sumber asli. Malah British dulu pun meratah sumber dari China.
Dalam kes dengan China ni, US dah dapat predict yang China akan surpass dia masa akan datang. Padahal, sejak dari zaman dahulu lagi China merupakan negara GDP terbesar dunia sebelum ia tercicir ke tangan negara lain.
No wonder la kalau US perang habis-habisan termasuk mengenakan tarif barangan masuk ke US, sekatan terhadap produk-produk china seperti pengeluar telefon pintar Huawei dan surveillance giant – Hickvision.
Tapi US nak kena make sure kepentingan dia, yang mana sekarang ni pun banyak syarikat US terkesan. Ini terbukti bahawa syarikat kasut dari US – Nike telah membuat surat kepada Trump untuk menimbangkan semua tariff yang dikenakan terhadap China ini.
Sekatan Terhadap Huawei
Dan yang terbaru adalah tindakan US untuk senarai hitam kan Huawei dan berikutan itu, Google telah ban Huawei sebagai rakan bisness nya.
Dengan itu Huawei dengan serta merta telah kehilangan akses kepada android update dan untuk pengeluaran fon Huawei yang akan datang, tiada google store dan apps yang lain seperti google mail, maps dan lain-lain lagi.
Huawei yang merupakan pengeluar smart handphone kedua besar didunia sudah pasti akan terkesan dari segi jualan. Buat masa sekarang ini, pengguna fon pintar Huawei dapat menikmati android yang sedia ada tetapi jika android mempunyai update yang besar, maka dengan sedih nya ia tidak di sediakan oleh pengguna sedia ada.
Sebenarnya, OS android adalah ‘Open Source’ dan sepatutnya tiada masalah sesebuah pengeluar fon pintar.
Walaubagaimana pun, google mengenakan charge atau fee kepada syarikat besar seperti Huawei dalam bentuk lesen.
Huawei sudah pun mempunyai plan B untuk menggunakan OS ciptaan nya sendiri yang diberi nama HongMeng (unofficial) jika ‘worst case scenario’ berlaku seperti sekarang ini. Tetapi tidak tahulah sejauh mana perlaksanaanya.
Syarikat pengeluar chip dunia seperti Intel, Broadcom, Qualcomm etc juga memutuskan hubungan dengan Huawei dengan tidak lagi membekalkan chip kepada Huawei. Tetapi Huawei sudah pun mempunyai teknologi chip nya sendiri yang dinamakan HSilicon. Mereka dah ada backup plan ini sejak dua tahun lalu. Walaubagaimana pun chip mereka ini masih diragui akan keupayaan nya.
Ramai penganalisa yang tak nampak akan kesan sekatan ini terhadap China yang mana ia hanya lah memberi kesan besar kepada syarikat Huawei.
Pelan Yang Lebih Besar – Sekatan Teknologi 5G
Tapi saya rasa, tindakan US ni bukan kepada handphone semata2 tetapi besar daripada itu iatu 5G. Ancaman ini telah pun bermula lama.
Umum sudah tahu bahawa Huawei adalah syarikat telekomunisasi yang dah ready untuk teknologi 5G.
Sebenarnya perang terhadap 5G Huawei bukan setakat it sahaja, malah ZTE pun termasuk dalam list.
US takut sebenarnya dengan Huawei 5G ini. Katakan kalau Huawei mendahului 5G berbanding telco yang lain, maknanya Huawei akan dapat dulu keuntungan dari apa juga inovasi teknologi terkini yang memerlukan 5G seperti IoT, driverless car, drone surveillance, panggilan hologram macam cerita Avengers tu dan banyak lagi semua amat memerlukan 5G.
Jika miss peluang ini, telco dari barat terlepas pegangan dan pengaruh kepada pengguna dunia dan segala keuntungan dapat oleh Huawei.
Bila dah dapat pengaruh dan kepercayaan, maka senang lah kalau nak manipulasi – sepertimana yang dibuat oleh US dahulu dan sekarang (FB, Instagram, Google etc)
Sebenarnya ancaman US ni dari dulu lagi iatu dari kisah kebocoran maklumat yang diclaim oleh US (padahal Fb, Amazon, LinkedIn dll leak maklumat pengguna terang-terangan lagi)
Disebalik trade war ini, apa kepentingan nya kat kita yer?
Takkan hanya semata-mata kita tak boleh nak pakai phone Huawei saja?
Ada saja fon pintar China yang lain yang mantap seperti Oppo, Mi dan Vivo.
Sebenarnya perkara penting trade war US-China ni ialah, ia memberi kesan ekonomi serantau terutama nya rantau Asia Pacific.
Negara lain juga akan ada kesan akibat tarif terhadap barangan oleh US mahupun China.
China sekarang ni pun, ramai pelabur sudah mula keluar dari China dan setup kat negara lain seperti Thailand, Vietnam dan lain-lain.
Sebenarnya terlalu banyak negara yang bergantung kepada China dari segi perdagangan dan jika demikian, ia akan mendapat kesannya.
Kesan makro dapat dilihat tetapi tidak pula dari sudut mikro.
Dari sudut makro, pelaburan negara kita kepada China akan memberi sedikit sebanyak kesannya, tetapi mungkin bukan untuk masa yang panjang.
Kita dari sudut mikro tak merasakan sangat kesannya so tak perlu dirisaukan sangat tetapi pergerakan ekonomi serantau off course lah semakin perlahan.
========================================================
Dari video atas, nak tahu penting atau tak GDP ni?
GDP ni penting sebenarnya untuk kita tahu life style sesebuah negara tu berkadaran kepada masa.
GDP memberi kesan kepada kewangan peribadi, pelaburan sesebuah negara dan juga perkembangan pekerjaan.
Pada kaca mata pelabur, terutama pelabur luar, perkara pertama yang mereka lihat adalah GDP sesebuah negara tersebut sebelum mereka membuat pelaburan.
Begitu juga dengan peluang pekerjaan, jika GDP tinggi maka peluang pekerjaan akan banyak dan luas.
Bank Negara juga jika mahu membuat satu-satu polisi, mereka akan lihat pada GDP.
Rujukan:
1. https://www.thebalance.com/what-is-gdp-definition-of-gross-domestic-product-3306038
2. https://www.thebalance.com/real-gdp-per-capita-how-to-calculate-data-since-1946-3306028
3. https://hypebeast.com/2019/5/nike-adidas-footwear-brands-donald-trump-remove-china-tariffs
4. https://www.dailymail.co.uk/news/article-7040589/Huawei-turn-Noahs-Ark-chips-Washington-issued-craziest-ban.html
5. https://www.onlineprivacytips.co/news/google-bans-huawei-access-android/
6. https://www.bestvpn.co/guides/5-9-14-eyes-nation/