Perbezaan Unit Trust Dan Private Mandate

Strategi Pelaburan
Setiap pelaburan memerlukan strategi. Tak kisahlah pelaburan macam mana pun, beli emas ke (emas tengah naik sekarang), pelaburan saham ke (Saham pun tengah galak sekarang ni!), kena ada gak stratergi.

Tapi sebelum membuat pelaburan, kena tahu tahap penerimaan risiko anda. Ini adalah salah satu strategi yang ramai orang terlepas pandang.
Mulut kata lain, realiti kata lain.
Mulut kata “Saya adalah pelabur aggressif” tapi bila rugi 10% dah nak tarik pelaburan.
– Letak duit 100% duit pada satu2 pelaburan sahaja juga satu risiko.
– Bila dah pencen dan nak buat satu pelaburan, juga satu risiko.

Jadi bagaimana nak tahu anda dalam kategori yang jenis macam mana? Cuba baca post saya yang sebelum ni yang bertajuk “Strategi Pelaburan Terbaik Semasa Covid19 2020”

Unit Trust vs Private Mandate
Ok back to tajuk, unit trust yang orang selalu kata Amanah Saham dan Private Mandate adalah satu perkara yang hampir sama tetapi ia berlainan.

Dan Private Mandate ni adalah tidak baru dalam industri pelaburan.

Pelaburan kepada dua-dua platform ni memerlukan strategi kerana setiap satu ada kekuatan dan kelemahan dia sendiri. Dan strategi inilah yang saya nak jelaskan kat sini.

Unit Trust (UT)
Unit trust atau dana amanah adalah pool of investor money dan membentuk dana.
Dengan dana ini, fund manager akan membuat pelaburan kepada saham-saham yang berkenaan.
Di bawah ini adalah contoh secara gambarajah mengenai UT.

Dana ini mempunyai harga untuk satu unit, atau apa yang orang kata NAV.
Nilai NAV yang sama dikongsi oleh kesemua pelabur tersebut.
Begitu juga dengan return atau income distribution.

Saya bagi contoh,
Kat bawah ini adalah snapshot contoh pelaburan unit trust dari fund fact sheet.
Unit trust ini bernama Dana sekian-sekian (kalau islamik biasa ada perkataan shariah atau nama keIslaman sikit)
Dana unit trust datang dari duit pelaburan orang ramai. Dan orang ramai akan berkongsi keuntungan pada setiap keuntungan dana ini.
Maka keuntungan yang diperolehi oleh setiap orang adalah sama berdasarkan pada nilai seunit dana tersebut atau apa yang dinamakan NAV iatu sebanyak RM0.625.
Nilai NAV ni sentiasa berubah-ubah dan jika syarikat yang dilabur mendapat keuntungan makan ni NAV ini akan naik. Begitu juga sebaliknya.

Fund Manager manage dana ini dan membuat pelaburan di syarikat seperti di dalam gambar “TOP HOLDINGS” disenarai kan 5 syarikat terbesar bermula dengan Tenaga Nasional Berhad, Top Glove Corporation Berhad dan seterusnya. Dan syarikat-syarikat ini mewakili dana unit trust tersebut.

Private Mandate
Kalau unit trust adalah pool of investor money, private mandate pula adalah individual (private) money yang dikendalikan oleh seorang atau lebih fund manager.
Jadi fund manager akan tailor made atau custom made profile pelaburan untuk individu secara discretionary. Discretionary adalah bermaksud kita serahkan 100% kepada fund manager untuk uruskan.

Ia seolah2 seorang individu mempunyai dana unit trust sendiri.
Contoh di bawah adalah private mandate yang dipunyai oleh individu yang bernama Karim

Private mandate yang ada di Malaysia adalah seperti:
1. Private Mandate Shares – Invest kepada shares atau stock
   – Share Global – Shares antarabangsa US, europe etc.
   – Shares Blue Chip – Shares Blue chip Local (Malaysia)
   – Shares Dividend – Shares dividend Malaysia
2. Private mandate unit trust (UT)
3. Private mandate ETF

Jadi untuk tujuan perbandingan dengan Unit Trust dalam tajuk post kali ini, saya fokus pada private mandate Shares – Blue Chip sebagai contohnya.

Untuk private mandate blue chip, ia tidak ada nama dana kerana pelaburan adalah KHAS untuk individu tersebut dan saham yang dilaburkan juga KHAS untuk individu (PRIVATE) tersebut.
Ia seolah-olah ada satu dana dicipta untuk pelabur tersebut – bukan untuk public.
Saham yang dilaburkan juga lebih kurang sama dengan unit trust iatu ada Top Glove, Dialog sebagai contoh nya. Sila rujuk pada gambar dibawah. Ini adalah untuk share atau saham tempatan.
Kalau private mandate global pula, ia menjurus kepada saham antarabangsa.
Kebanyakkan saham global ini adalah 

Fund manager pula secara aktif juga ‘manage’ saham ni seperti sell ke, cut loss ke dan sebagainya untuk pelabur mendapat pulangan yang maksimum.
Maka keutungan bagi private mandate adalah berbeza bagi setiap individu sebab sifat private mandate tu juga iatu fokus pada individu tu saja (timing masuk lain, saham pun mungkin sama dan mungkin tak sama)

Walaubagaimanapun, setiap share yang dipilih dan dilabur, pihak pelabur tidak boleh memilih saham pilihannya sendiri kerana private mandate ni bersifat discretionary, terutama nya pelabur yang menggunakan epf.

Disebabkan itu lah maka pelabur terutama nya pelabur cash saya beri option mix (diversify) unit trust dan private mandate (perbandingan dengan private mandate UT). Yang mana saya boleh control sendiri dana yang saya nak buy, switch atau sell.

Perkara yang sama juga dilakukan untuk private mandate shares global.

Private Mandate DDNK
Private mandate DDNK ni special skit, sebab orang ramai tahu private mandate pun kebanyakkan nya dari private mandate ni.
Private mandate ini adalah boleh dikatakan nama umum dan private mandate DDNK pula adalah nama produk.
Private Mandate DDNK termasuk dalam kategori private mandate global.
Saya explain Private Mandate DDNK ni dalam post saya di sini.

Syarikat Penyedia Private Mandate di Malaysia.
Disenaraikan oleh saya penyedia dana private mandate yang ada dalam senarai access saya.

1. SYARIKAT PENYEDIA PRIVATE MANDATE Phillip Capital
Fee
Service Fee:3% for every capital injection
Annual Management Fee (Cash): 
– First RM500k 1.5%
– RM500k – RM2mil 1.25%
– Above RM2mil 0.75%
Withdrawal Charges: 2.5% on amount of investment for withdrawal within 12 month of injection
Performance Fee: 10% of the excess return (provided that the fund return is more than 4% per annum)
Initial Investment
Minimum RM50k for Cash
RM5k – RM10k for EPF
List of Private Mandate
1. Private Mandate Shares – Blue Chip (Cash/EPF)
2. Private Mandate ETF (Cash)
3. Private Mandate UT (Cash/EPF)
4. Private Mandate Shares – Opportunity (Cash/EPF)
5. Private Mandate Shares – Dividend (Cash/EPF)
6. Private Mandate Shares – Global (Cash)

2. SYARIKAT PENYEDIA PRIVATE MANDATE IPAM (Klik SINI untuk detail)
Fee
Service Fee:5% for every capital injection
Annual Management Fee: 1.5%
Performance Fee: 20% on the profit
Initial Investment
Minimum RM50k Cash. No max
List of Private Mandate
1. D**K US Private Mandate Fund

3. SYARIKAT PENYEDIA PRIVATE MANDATE Quant (Klik SINI untuk detail)
Fee
Service Fee: 3% for every capital injection
Annual Wrap Fee: 
– First RM50k 1.5%
– RM50k – RM500k 1.25%
– RM500k – RM5mil 1%
– Above RM5mil 0.75%
Performance Fee: 10% of the excess return (provided that the fund return is more than 4% per annum)
Initial Investment
Minimum RM100k
List of Private Mandate
1. Private Mandate Quant  Global (Syariah)
2. Private Mandate Quant Asia Pacific (Syariah)

Berapakah Return Private Mandate?
Saya menerima banyak pertanyaan mengenai return private mandate ini.
Memandangkan pelaburan private mandate adalah bersifat individu, maka keuntungan yang diperolehi setiap individu juga berbeza-beza dan bergantung juga kepada jenis private mandate tersebut samada share blue chip, share dividend yield, private mandate UT dan sebagainya.
Based on record saya setakat August 2020,idea return nya seperti di bawah:
– Private mandate UT yang profitnya 20.04% dalam 8 bulan,
– Private mandate Dividend yield, 11.96% dalam 5 bulan dan -5.06% dalam 3 bulan
– Private mandate blue chip 10.37% dalam masa 5 bulan dan 0.96% dalam masa sebulan.
Untuk gambaran yang lebih jelas, boleh berjumpa dengan saya secara face to face.

Tak seperti unit trust, kadar keuntungan yang diperolehi oleh semua pelabur adalah sama, berdasarkan kepada income distribution yang diumumkan oleh dana tersebut.

Walaubagaimana pun, terdapat juga summary- macam fund fact sheet juga untuk private mandate ini dan biasa nya akan saya share kepada client saya sahaja.

Private mandate ni telah pun saya terangkan di post saya yang sebelum ni seperti dibawah.
https://www.visikewangan.com/teknik-terbaik-melabur-ke-unit-trust-2019/

Di bawah ini saya ringkas kan perbezaan antara unit trust dan private mandate. Setakat yang saya ingat sahaja buat masa ini.

UNIT TRUST

1. Pelaburan dan keuntungan terhadap dana. Maka pelabur dana adalah orang ramai (public)

2. Return dinikmati semua pelabur dana.
3. Keuntungan diperolehi oleh setiap pelabur adalah sama.

4. Fund manager mengurus dana secara aktif terhadap dana tetapi diperingkat pelabur, tiada urus setiap jenis dana dilakukan secara aktif.

5. Bersifat discretionary dan advisory

6. Pelaburan kepada syarikat – Hanya top 5 atau top 10 yang akan dilistkan oleh sesuatu dana melalui fund fact sheet.

PRIVATE MANDATE

1. Pelaburan dan keuntungan terhadap pelabur individu (Private)

2.  Return dinikmati oleh individu sahaja.
3. Keuntungan diperolehi adalah berbeza bagi setiap individu.

4. Untuk private mandate, terdapat satu atau dua fund manager yang menguruskan secara aktif bagi setiap individu. 

5. Bersifat discretionary.

6. Pelaburan kepada syarikat – Kesemua syarikat akan dilistkan secara detail dan transparent oleh seseorang pelabur

Ringkasan
Pelaburan untuk unit trust dan juga private mandate mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing dan sememangnya memerlukan strategi. Ia sebenarnya tidak terhad kepada ini sahaja kerana terdapat banyak lagi platform pelaburan lain yang harus diambil kira.

Ini tidak termasuk lagi jika saya buat advisory investment planning yang menjurus kepada pelan persaraan.

Walaubagaimana pun, ntuk private mandate ini, kita tak perlu risau dengan segala perubahan ekonomi secara local kerana terdapatnya fund manager yang secara aktif menjaga pelaburan.

Dan jika ingat mendapatkan khidmat nasihat pelaburan, boleh hubungi melalui whatsapp tertera.

Azmarnizam Omar
eCMSRL/B8401/2018
Licensed Financial Planner

Disclaimer
Pandangan ini adalah bersifat peribadi dan mengikut pengetahuan yang ada pada masa artikel ini ditulis.
Bakal pelabur digalakkan untuk mendapatkan juga maklumat dari sumber secara direct kepada pusat pengurusan dana yang ingin dilabur.
Return yang dipaparkan tertakluk kepada “Past performance is not indicative future results”.

4 thoughts on “Perbezaan Unit Trust Dan Private Mandate”

    1. Azmarnizam Omar

      Private mandate sama dengan unit trust.
      Waris hanya perlu pergi ke pusat pelaburan tersebut dengan membawa dokumen yang sepatutnya.
      Jika ada trust akan penama maka duit itu akan terus ke penama.
      Jika tidak maka ia akan jatuh pada faraid.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

× Pertanyaan? Whatsapp je!