Power Of Compounding Dalam Pelaburan Unit Trust

Jika anda membuat pelaburan dan selepas itu anda mendapat dividen, kemudian setiap tahun anda mengambil duit dividen tersebut dia biarkan pelaburan pokok disitu.

Disini, anda TIDAK akan menikmati COMPOUNDING EFFECT.

Compounding effect dalam erti kata yang lain adalah anda membuat keuntungan dan keuntungan yang lepas. Anda dapat dividen, tetapi anda tidak mengambil dividen tersebut sebaliknya anda melabur balik dividen tersebut daripada jumlah pokok sedia ada.

Tidak salah jika anda mengambil duit dividen tersebut, tetapi anda tidak akan mendapat gandaan dan amaun kepada pelaburan anda sebagaimana yang anda harapkan. Ini bergantung juga kepada matlamat pelaburan anda yang mana ada kemungkinan matlamat tidak akan dapat dicapai. Jika strategi anda sedemikian, teruskan sahaja tidak ada masalah.

Rata-rata orang yang membuat pelaburan tertama kepada unit trust, akan mendapat keuntungan dari compounding effect ini.

Sebenarnya, compounding effect ini telah diperbahaskan sejak sekian lama sebab itu lah Albert Einstein mengatakan bahawa:

Compounding effect ini dalah benda ajaib didunia yang ke lapan – Albert Einstein

Gambarajah dibawah amatlah menarik dan ia adalah kajian menegenai compounding effect maksimum sebanyak 27 bulan bagi tempoh yang paling sesuai untuk anda menunggu bagi melihat sama ada pelaburan anda berbaloi atau tidak. Ini juga dapat disamakan dengan tempoh perhubungan bagi seseorang sebagaimana yang ditulis dalam buku The Compound Effect oleh Darren Hardy.

Manakala dibawah ini adalah tabiat berbelanja secara berhemah berbanding individu yang berbelanja secara boros. Kesan nya adalah sama tetapi yang berhemah akan mendapat manfaat yang semakin tinggi hasil dari compounding manakala yang berbelanja boros akan mengalami kerugian berganda jugak selama beberapa tahun.

 

Rule of 72

Jika anda melabur sebanyak RM100k, brapa masa yang diperlukan bagi double up kepada RM200k? Jawapan nya adalah 6 tahun, jika return tahunan nya adalah sebanyak 12%.

Dibawah ini adalah illustrasi bagi pulangan diberikan oleh setiap institusi pelaburan.

Rate of Return Institusi Rule of 72
1% Perbankan 72 Years
3% Bond, FD 24 Years
5% Bond, FD 14.4 Years
6% Tabung Haji, KWSP 12 Years
7% ASB 10.28 Years
8% Tabung Haji 9 Years
10% Unit Trust (Islamic) 7.2 Years
12% Unit Trust (Islamic) 6 Years
15% Unit Trust (Konvensional) 4.8 Years

 

Jika anda melabur di ASB, masa yang diperlukan untuk double up pelaburan anda adalah 10.28 tahun. Begitu juga nilai Rate of return yang lain seperti diatas.

Rule of 72 adalah salah satu result dari compounding effect. Formula nya adalah 72/return maka hasil yang diperolehi adalah tahun cukup untuk pelaburan anda digandakan sekali.

Ada asas nya jika orang kata menabung awal adalah yang terbaik. Jom kita lihat compounding effect pada gambar diatas.

Bayang kan jika anda mempunyai modal RM50k (tiada tambahan selepas itu), kemudian anda membuat pelaburan kepada unit amanah yang memberikan annaual return sebanyak 10%, dalam masa sepuluh tahun anda akan memperolehi RM129,687.00 hasil dari compounding effect.

Bagaimana jika return sebanyak 12%? 15%. Return return ini adalah realistik dan wujud, jika anda tahu akan dana-dana yang ada.

Saya ingin tunjukkan lengkuk graf bagi compouding effect. Kalau anda faham, compounding di awal nya nampak plain sahaja. Tetapi dihujung graf dapat kita lihat kenaikan terlalu cepat tinggi dan ini menunjukkan bahawa semakin lama anda menyimpan/melabur, semakin tinggi gandaan nya.

Kesimpulan

Bermula awal untuk membuat pelaburan adalah yang terbaik sekali. Anda akan memperolehi banyak, dengan jumlah yang sedikit.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

× Pertanyaan? Whatsapp je!