Saya menerima banyak pertanyan mengenai preferred trust ini dan hasil dari pertanyaan saya dari mereka ini saya mendapati bahawa syarikat yang menawarkan skim preferred trust ini beroperasi dari negara jiran.
Tambahan lagi keuntungan yang diberikan amat tinggi dan sangat menarik.
Kita sedia maklum dan tahu mengenai unit trust tetapi preferred trust ini jarang kita dengar.
Preferred trust ini mungkin hanya nama sahaja yang berbeza tetapi benda yang sama iatu pelaburan dari orang secara beramai-ramai terhadap satu-satu entiti (Private)
Tetapi nak samakan dengan private mandate pula, tidak lah pula sama kerana pelaburan private mandate tidak kepada satu sahaja tempat.
Mungkin juga ia adalah salah satu daripada preference share tapi investment dia pula berebentuk dana.
Saya tak mahu komen lebih mengenai syarikat tersebut tetapi saya nak orang ramai faham akan basic awareness mengenai apa2 jenis pelaburan scam, telah sebutkan di post saya sebelum ini seperti link di bawah ini.
Jika faham mengenai basic information dan awareness ini, maka insyallah kita selamat.
Senang kata lah:
1. Jika mana pelaburan tidak daftar ni negara malaysia, maknanya ia tak tertakluk dibawah kawalan undang negara kita iatu Malaysia. Ini bermakna pelaburan kita itu terdedah kepada risiko sepertu fraud dan juga money laundering.
2. Fund manager nya pula sudah tentu bukan yang berlesen dari Malaysia dan kita tak tahu dan tak dapat semak siapa fund manager yang jaga pelaburan kita. At least kalau berdaftar bawah SC, kita boleh semak latar belakang dan kelayakkan nya.
3. Tidak dinyatakan dengan clear apa kah bentuk pelaburannya, syarikat mana dan negara mana pelaburan tersebut dibuat. Adakah prospektus nya, fund fact sheet nya sebagaimana yang di buat pada syarikat pelaburan di Malaysia.
4. Pelaburan scam biasa nya highlightkan pulangan yang tinggi dan tak masuk akal dan biasa nya tak legit. Pelaburan yang legit biasanya berikan keuntungan yang reasonable dan memerlukan jangka masa sederhana dan panjang.
5. Kita boleh semak mana-mana syarikat pelaburan yang termasuk dalam “Investor Alert List” ini di portal SC.
Seorang telah bertanya saya apakah Investor Alert List ini?
Di bawah ini adalah jawapan dari website SC.
INVESTOR ALERT LIST
This section contains the list of unauthorised websites, investment products, companies and individuals.
This list includes:
Persons carrying on or hold himself out as carrying on the following regulated activities without a licence from the SC:
Dealing in securities;
Dealing in derivatives;
Fund management;
Advising on corporate finance;
Investment advice;
Financial planning; and
Dealing in private retirement schemes
Persons operating a recognised market without authorisation.
Persons issuing or offering securities without approval, authorisation or recognition.
Persons misusing SC’s logo and misrepresenting the SC.
Saya share kan link nya pada post facebook seperti dibawah:
6. Jangan tamak, banyakkan buat kajian dan bertanya sebelum membuat pelaburan.

Kepada mereka yang mahu membuat pelaburan saya nasihatkan masuk lah kedalam pelaburan yang legit dan yang berdaftar di dalam negara kita yang terjamin akan keselamatannya.
Terdapat banyak sebenarnya platform pelaburan yang ada kat Malaysia ni yang banyak orang ramai tidak tahu dan yang pasti duit kita tidak hangus selain dapat memberi pulangan yang munasabah tinggi nya dalam jangka masa sederhana dan panjang seperti:
– Private Mandate (sila lawat by ketegori https://www.visikewangan.com/category/private-mandate/)
Apa-apa pun ini terpulang pada masing-masing untuk menerima risiko pelaburan tersebut.
Jika pelaburan anda tu mewakili 0.1% dari simpanan cash anda, tiada masalah jika ia nya lebur begitu saja.
Dan jika pelaburan tersebut mewakili 50% atau lebih, maka anda termasuk dalam kategori high risk dan letakkan lah pelaburan ke tempat yang stabil dan selamat.
Semoga apa yang saya kongsikan ini bermanfaat.
Sila komen di ruangan komen di bawah ini jika terdapat pertanyaan.
Azmarnizam Omar
Licensed Financial Planner
013 3330595
skrg scam byk guna ayat investment skrg
Memang scam towards investment so boleh dapat duit.
Kalau scam buat insuran atau takaful, tak leh untung.
Saya dah join company ni 16 bulan dah. So far so good. Performance company maintain malah ada kenaikan dari segi harga saham dorang. Dulu saya x yakin sangat dgn investment2 ni sbb prnah kena scam dah sblum ni. Tp sya tengok kwn2 yg dah join awal2 smpai tamat kontrak maintain je performance. Tambahan pulak company slalu anjurkan seminar atau kursus pemahaman ttg investment. Dan company ni ada centre kat k.l. Dia memang berasal dari negara jiran, cuma bertapak kat msia ni sjak 2013.kalau soal risiko, mana2 investment pun ada risk yg beza tu high risk or low risk. Masing2 kena buat research sndiri ablum buat apa2 investment.
Kalau betul biarlah syarikat tersebut ikut undang2 negara Malaysia dan daftar dengan pihak yang berkenaan di negara Malaysia.
Selagi tak daftarkan dan lesen kan dengan SC dan BNM, maka syarikat tersebut tak tertakluk pada undang2 negara Malaysia.
dia macam ko berniaga tepi jalan jual air buah,dorang tak berdaftar ssm tapi berniaga dan tetap menjual macam biasa, lebih kurang gitu konsepnya,maka support lah orang jual air demi kelangsungan hidup dan ko suruh lagi berdaftar SSM demi negara yang mempunyai undang-undang.
Mna boleh buat perumpamaan gitu. Kau ambil modal orang sampai 138k . X kan nk samakan org jual air tepi jalan.
Betul3
All the best, Dh cukup 24bln keluarkan lah duit tu sebelum acc kene freeeze dgn BNM n SC.. 🤣
Memang withdrawal setiap bulan dah bro. Selamat masuk bank sendiri dah pun selama 22bulan. RM6,840 setiap bulan masuk account sendiri siapa tak happy. Lagi 2 bulan tamat lah saya punya kontrak. Dah boleh jual balik modal.
Feb 2022 ni dah cukup 24 bln/2 thn. Dah dapat balik ke duit modal?
Dah dapat ke duit modal? Tengok sikit kereta bmw/porsche/rollsroyce/bentley
Kalau dah tamat kontark 24 buln tu betul ke dapat bonus dan pulangan yang lebih banyk
Setakat ni duit after 2years invest dpt balik dah? U invest dlm PT Andalan ke?
Pt andalan pun skrg scamm . Tipu je smua . Baru join 4 bulan pastu company bankrap dgn org yg join skali bankrap . Modal malayang mcm tu je .
boleh saya tahu nama syarikat ni? dan di mana syarikat ni
Tahun 2023 sekarang Alhamdulillah kami dibayar dividen bulanan oleh PT tanpa gagal. Sebelum join PT baca juga yang ni. Tapi saya baca komen² dr investor PT.. So far so good..
Dengar kata dah hilang PT tu..betul ke?..lesap sekali dgn duit pelabur..
U invest dalam pt andalan trusti global ka?
sy sndri pon invest dlm pt stakat ni ok je.. bjalan lncar.. ada seminar dkt kl..
Tahniah la bro. Tapi beringat sebelum terkena. Kalau dah pulang modal, keluarkan dulu modal. At least modal asal dah protect.
Apa2 yang tak berlesen bawah SC kalau kena scam memang byebye la duit tu.
Boleh tanya apa nma company yang kmu join tu?
macam mana ? masih melabur lagi ke ? boleh bagi feedback pada saya . saya baru baru nak try
Boleh tahu nama company tu ? Sebab sy pun ada dapat recommend from kawan juga.
Pt andalan trusti global ni scam yg akan terbenam sikit Masa lg..depa target mereka yg boleh buat personal loan seperti bekerja sbgai doktor, pegawai kerajaan Dan lain2 yg senang buat loan bank.. investment plan 2 tahun..bila dah cukup capital yg mereka nk kumpul akan terus lesap..memang nampk ramai yg join dan dpt duit bulan2..tp sedara tu memang duit hangpa buat loan dibayar secara ansuran pada hangpa😅😋..Lepas 2 tahun modal x boleh dapat lumpsump..dibayar berperingkat supaya company ada modal nak rolling..haha..warga berpendidikan ramai tertipu😂 terutama yg baru keje..hehe
Terima kasih Shah atas perkongsian.
Saya jugak terima banyak pertanyaan dari golongan professional dan penjawat awam.
Betul tu, modus operandi mereka akan cari mereka yang mudah untuk buat loan.
Sebenarnya, buat pelaburan dengan buat pinjaman amat lah tidak digallakan dan jika ada ejen2 yang menggalakkan membuat pinjaman, ini nbukan ejen yg sebenar nya dan sudah tentu tak di lesenkan oleh SC.
Sedih dengan orang ramai yang terpaksa berhutang untuk membuat pelaburan yang tidak disahkan oleh SC ni.
Bila buat loan, ia akan effect untuk kita buat loan terutama loan rumah yang mana ia lebih penting.
yuhuuuu bulan 8 baru ni dikatakan pt mengalami kerugian yg amat teruk katanya mungkin disabotaj dan segala withdrawal duit declined tk masuk dlm bank.. huhuhu walaupun acc dh matang 2021 tp sampai skrg modal tk dpt semua lagi baru dpt dlm 10k-15k je modal dr 69k. kita tgk bulan 9 ni mcmmn pula.. katanya no new registration lagi then segala dividen client yg tertunggak diorg akan byr juga.. how can company dh rugi nak byr semua tu.. ????
Dengar cerita sekarang ni dah berbulan company tu dah hilangkan diri? Cuba jelaskan
Ye saya pun da buat saving disini 6 bulan.setakat ini alhamdulillah tiada masalah,ada rakan saya yang da habis term 2tahun pun. Tidak berdaftar di malaysia tidak bermakna dia scam, ramai je org ternama yg buat pelaburan di luar negara. Kita la kena buat research betul-betul di mana tempat yang kita nak laburkan. mana2 pun ada risk nya. Kalau buat kenyataan cam ni xrasa ke menjejaskan reputasi syarikat dan rezeki org lain untuk buat saving.
Saya tak cakap syarikat tersebut scam.
Cuma syarikat yang own product preferred trust ni tak berlesen di Malaysia.
Based on SC, satu2 syarikat yang tak berlesen bawah SC ia tak dilindungi pada undang-undang Malaysia, ia berpotensi ke arah fraud, money laundering etc.
Kalau check di website sc, produk preferred trusts ini termasuk dalam investor alert list.
Suka saya ingatkan kat sini, saya sharekan pandangan saya mengenai ciri2 scam in general.
Sebab akan datang terdapat banyak lagi syarikat baru dan teknik baru untuk scam manusia.
Akhir sekali terpulang pada masing2.
Duit masing2.
Alhamdulillah setakat ini saya da hampir setahun lebih di simpanan nie dividend dapat dan tiada apa apa penipuan atau scam.. sebab tak semestinya tidak berdaftar bermaksud scam tuan.. saya rasa lebih baik tuan kaji dengan baik..bukan nya tuan terus cakap sebab nak jual produk tuan 😊😊
Terpulang pada masing2.
Duit masing2.
Saya tak pernah halang.
Preferred trusts masuk dalam investor alert list.
https://www.sc.com.my/regulation/enforcement/investor-alerts/sc-investor-alerts/investor-alert-list
Preferred Trusts “Carrying on capital market activities of fund management without licence”
Mungkin ramai yang komen kat sini merupakan Ejen kepada preferred trusts?
Kalau kamu ejen, tak ada peperiksaan ke?
Kat Malaysia kalau nak jadi ejen, kena ada kelayakan dan juga peperiksaan.
Kalau ejen tanpa peperiksaan, apa kredibiliti?
Saya dh join 2 online class/pitch dri team preferred thrust dari KL dan Penang. Hanyalah pendapat saya, slide yg diaorg present agak selekeh dan sambil lewa. Typo x repair dan presentation so n so sja. Mostly highlight return dividen bulanan. Dan yg Penang pula, kawan sorg ni dia cerita team preferred thrust buat dinner meeting dkt kedai, bawa2 kereta mahal contoh audi bmw dll. Mostly cerita nya lebih highlight benda2 mcm tu.
Scheme ponzi dah lama wujud, tapi ramai masih x thu apa itu ponzi. Saya sejujurnya x boleh nak nilai preferred thrust itu syarikat pelabutan yg mcm mna sbb bnyk benda just vocally disclosed( pakai air liur dan kertas slide print then laminate). Even that pon typo x betulkan. Klu syarikat ni boleh buat 4% monthly, x boleh invest rm 50-200 untuk quality control slide?.
Saya sebagai umat islam yg ada kemampuan akal, fikiran dan masa untuk menyelidikan berkenaan pelaburan syaa. Saya kena buat tau, sumber kewangan tu masuk dalam jdi darah daging saya. Org lain x thu la mcm mna.
Jgn sekadar menerima sebuta2 itu sja apa ejen2 tu cakap pasai pelaburan syarikat tu.
Diaorg tu ada kepentingan kewangan terhadap korang.. setiap org yg di bawa masok melabur. Diaorg ada percentage dia.
Saya faham kegembiraan dalam pulangan bulanan itu dan saya yakin dah ramai dapat tamat kotrak dan keluarkan duit pokok.
Market pelaburan masih luas di malaysia, bnyk lgi uncle2 aunty2 yg ingin melabur. Selagi tractions dri pelabur baru ada. Selagi itu liquidity itu x ada masalah.
Sekarang pejabat ada isi ada org sbb masih ada tractions.
Apa2 pon, moga Allah pelihara kita dari benda2 yg x elok untuk kita di dunia dan akhirat. Dan dekat2 kan benda2 baik tuk kita di dunia dan akhirat.
Terima kasih Aida atas perkongsian.
Standard umpan dia adalah return.
Makin besar return makin terasa macam nak join sangat2.
Psikologi bermain dengan number adalah yang terbaik.
Tak fikir dengan siapa kita deal, ejen tu ada tauliah ke tak, ada lesen apa atau tak.
Kalau follow SC, dari penyedia dan yang promote semua kena ada lesen dan ejen kena masuk exam.
Kalau financial planner kena ada ijazah.
Pelabur nak melabur duit kena tahu siapa ejen dan detail pelaburan tersebut (inception date, panel syariah, fund size, level of risk, jenis pelaburan, kat mana pelaburan dibuat etc)
Akhir sekali saya nak cakap, up to you lah nak buat pelaburan.
Duit you all.
Maaf saya just nak kongsikan yang beberpa sedara mara saya ada masuk preferred Trust ni melebihi 2 tahun dan masih menerima komisen dan mmg nampak la DUIT MASYUK DAN KAYO SEGERA duit mmg masuk bulan² cuma saya tak masuk sbb risau scmmer duit melayang.. tu hak mereka dan cara mereka cuma tak faham jika scammer kenapa BNM senyap je… join sekali kot..
PT Andalan ni syarikat luar negara dan nama preferred trust ni dah masuk dalam alert list BNM.
Bukan BNM senyap je.
Better baut laporan polis kalau nampak scam. Tapi kalau tiada laporan polis, tamne nak buat tindakan.
PT lesap dah tuan ..org yg saya kenal pun terkena…saya nyaris nk masuk..
Nak tanya u all yang dah buat pelaburan ke preferred trusts ni, pelaburan ni patuh syariah ke tak?
Jika patuh siapa yang endorse dan siapa panel syariah nya?
Confirm tak patuh syariah. Memang takda panel syariah. Diorang ni main sebat je asal boleh buat duit. Sama macam trade Forex la. Memang la legit tapi Harommm.
Duit No.1 pada diorang ni. Duit masuk. Ada return. Terus on. Risiko pun takda cerita. Tunggu masa je kena scam.
Kawan kawan saya di tempat kerja saya semua dah kena dengan Preffered Trust siap ada yang mengambil personal loan lagi
Masih dapat dividen belum kena lagi “rug pull” dari ponzi scheme ini, jadi sahabat dan kenalan turut di pancing
Semestinya adalah lebih mudah untuk scam orang daripada meyakinkan seseorang yang dia telah di scam
Semoga pelaburan anda tidak bertukar dari menjadi peleburan
Tamak haloba adalah umpan terbaik scammer.
Ada kawan ajak melabur dekat sini jugak. Saranan dia buat personal loan bank. Bab penjualan balik unit kita tu, syarikat akan beli sikit-sikit. Bukan lepas 2 tahun, syarikat terus beli keseluruhan unit kita. Ada potensi bila syarikat ni ranap, dia tak dapat pun beli unit kita tu. Lepas tu dia pun blah sbb dia tk dibwh undang2 Malaysia. Akhirnya buta2 je bayar personal loan kat bank 10 tahun.
I dah fund in 4 tahun , selama ni okay jer. Xpernah lambat pun dividen , modal pun dpt jual saham.
dia masuk list SC , tapi xde org yg ada bukti kata dia scam, yg kata scam ni ramai yg x fund in. saja nk buat hal.
Hi, memang still invest kt PT andalan tu lagi ke?
Dah dpt 2 tahun dividen tu?
Dah dapat jual unit trust tu ke? Unit trust dapat jual berapa lama? Sbb xpernah nmpk result yg jual unit trust tu..
Thanks.
Apa cerita preferd trust ni…. Hidup lg ka?
Alhamdulillah, dividen still dpt n company still wujud.. nk buat pelaburan kat mne2 pon ad risiko, so nk dpt untung kena ambil risiko dlu
trusted ke..? saya baru nak join tapi risau
Semalam baru sahaja ada orang approach saya untuk join Preferred Trust Andalan yang beroperasi dari Indonesia. Katanya dividen diberi setiap bulan dan tak pernah miss. Terus red flag saya. Sepanjang perjalanan saya dalam dunia pelaburan tak pernah jumpa dividen setiap bulan tanpa miss, tinggi pulak tu rate nya, 4% minimum sebulan, setahun dah 48%. Memang too good to be true.
saya merupakan salah seorang investor di company ni. Lama dah tahu pasal company ni dari bertahun2 yg lepas cuma itulah masa tu x berani lg kan.. so masih dul research2, monitor performance company ni TERUTAMA sekali during covid melanda.. tp masa covid tu langsung tak terjejas performance malah dividen dpt few days lebih awal lg monthly.. so akhirnya selepas 5-6 tahun saya monitor company ni saya akhirnya join.. skrg dah nak 2 tahun dah lg few months habis contract.. monthly dpt dividen x pernah ada masalah.. lepas tamat contract ni mmg dpt balik modal.. tp bukannya terus dpt ye sbb company akan beli sikit2 saham tu.. so maybe ada jugak lah dlm tempoh 6-8 bulan baru dpt balik modal.. dan.. kita x akan dpt balik modal kita 100% ye.. lepas tolak management dan admin fee tu semua maybe paling sikit dpt balik around 80% dari modal kita lah.. tak semuanya indah pun investment kat sini.. org je lebih2 kata masuk 3k dpt 15k dlm sebulan.. amende tu.. kaji dulu sebelum bg statement. Mmg tak semuanya indah, perlukan pengurusan kewangan dan disiplin yg amat baik utk kita uruskan kewangan sepanjang tempoh dpt balik modal tu.. bukannya terus2 dpt gitu.. easy sgt lah klu mcm tu.. ini realiti.. bukan nak buruk2kan tp nak bgtau pros nya, bukan scam, pulangan keseluruhan hanya sembang untung dan tiada rugi langsung walaupun dgn fee itu fee ini tp bila kira2 balik hujung2 ttp cerita untung tkde rugi. Cons nya pulak, modal besar, tak berdaftar dgn bnm so pelabur tak dilindungi dgn akta pelaburan malaysia (you’re on your own bak kata high risk, high return), proses nk dpt balik modal tu ambil masa bukannnya terus2 dpt (mmg dpt balik tp tempoh dlm 6-8 bulan jugak kot), dan tak dpt 100% modal asal (tp masih x rugi). Dah. Saya dah outline pros n cons nye, yg mana nk join, sediakan diri sendiri tu utk semuanya yg saya dah ckp kat atas. Yg mana yg tak nak join takpe, duit masing2. Satu je nak ckp, pt ni bukan scam. Adakah ianya berdaftar di malaysia? Tidak. Ianya sebuah syarikat milik luar negara. Adakah ianya scam (hanya ambil duit pelabur terus block dan blah?) jawapannya tidak.
Lastly, duit masing2, jangan mudah terpengaruh dgn kata2 org. Kena ckp itu ini apa semua, tgk dulu kemampuan diri tu nak letak modal mcmna. Kalau tak mampu, jgn acah mampu, play safe. Yg tak melabur pun sama, duit masing2, terpulang pada anda. Cuma ubah mindset tu, bukan semua pelaburan adalah scam. Especially this one. Sbb tu pentingnya ada ilmu sblum jump into any actions. Tiada paksaan utk anda melabur disini.
Thanks sharing. Good info.
Keep on sharing.
Boleh tau apa plan yg you ambil?
Yang ada pengalaman ikut investment dgn PT ANDALAN ni boleh citer ke? Trusted ke?
Ramai yang kata dah dapat untung.
Bila dah dapat untung, adakah kita percaya untung tu halalan toyyiban?
Saya mencari sesiapa yang dah dapat untung tu tunjuk kat saya statement keuntungan nya.
Itulah banyak syubhah nya jugak kalau tengok, bila ada kawan ajak join..yg advisor nya pun tak tahu panel syariah ada ke tak then tunjuk one of the investment by giving forex punya link dgn inform this is yg harus punya bukan forex trading yang Haram. Saya pun macam eh biar betul ni. In the end, ianya adalah pilihan.
Ya benerr
Saya hampir nak masuk skim ni. Lepas saya buat research terus batal niat.
Skim ni nama dia Preferred Trust, bawah company PT Andalan Trusti Global, HQ kat Jakarta.
Apa yang buat saya batal niat sebab banyak sangat jumpa red flags.
Antaranya:-
1. Keluar alert list BNM & SC
2. Tak ada website, tak boleh tengok background PT Andalan, BOD, financial report..
3. Ada sistem mlm/pyramid/ network marketing. Kalau introduce orang baru dapat bonus, kalau ada sejumlah sekian2 ‘kaki’ boleh naik rank. Ada upline, downline, group sales semua tu.
4. Pertama, Broker yang PT guna untuk konon nak trade gold, palm oil, petroleum, commodity tu nama dia Asco Global Fx. Boleh cek broker ni broker forex yang unregulated.
5. Bila bukak live trade dalam myfxbook, cari ‘fxbookasco’, bukak ‘preferred trade’, scroll bawah tengok summary trade, akan jumpa yang dorang trade currency. Benda ni difatwakan haram.
6. Kedua, REITs yang dorang claim dorang labur tu ada 2. First kat Mentawai Paradise City, tak jumpa pun website property ni. Dalam google maps pun takda. Bawah REITs apa pun tak tahu.
7. Second dekat property nama dia Villa Bali 11 on Kajeng. Ni ada website. Bila korek2 property ni ada 5 villa je. Stay 1 malam average RM 800. Takda annual report nak tengok cashflow tapi boleh congak2 kalau fully book sebulan boleh cecah RM120,000 je revenue. Belum tolak expenses dengan tax lagi. Investor dapat berapa je?
8. Ketiga dorang claim invest kat company technology nama dia shenzhen shouhong intelligent digital co. Ltd. Boleh try search tak akan jumpa jugak. Sekali dengan produk yang dorang tunjuk dalam presentation, projector smartphone sg800 pun tak jumpa
9. Leader dekat Malaysia nama dia Rizka, pernah terlibat dalam OTM capital. Ada gambar dia dalam IG attend program OTM capital. OTM capital ni nama lama PT Andalan tak silap. Boleh tengok dalam google maps location OTM capital ni sama yang berdaftar dengan PT Andalan iaitu di ‘Landmark Pluit’.
10. Otm capital ni pun dah keluar dalam alert list SC. Lagi teruk pernah keluar dalam alert list DFSA (Denmark Financial Supervisory Authority), macam SC kita tapi kat Denmark.
11. Slide OTM trade ni punya background pun sama je macam slide presentation PT Andalan. Pakej investment pun sama. Dahla location dalam maps sama. Leader kat Malaysia pun terlibat dalam dua2. Kebetulan?
Semua yang saya tulis ni ada bukti saya screenshot.
Terima kasih atas perkongsian.
Harap ia nya bermanfaat untk rujukan pelawat2 di sini.
Buat rugi ie org indon dtg berhijrah cari kerja kat sini..baik masuk PT ni … Buat je loan..Bulan2 goyang telur je duk rumah dapat duit… Boleh jadi saudagar … Buat apa kerja food panda penat2 ..buat je loan.. senang je xpyh nak cedok pagi malam .. cukup bulan dpt dividen …
Kesedaran tu amat penting. Tiada jalan short cut.
Hi En, boleh share ke gambar Rizka yg ade gambar bersama org OTM di Ig?
https://www.instagram.com/p/B1xh3mNBoiw/?igshid=MzRlODBiNWFlZA==
Ni gambar dia dekat program OTM. Tengok background ada logo OTM
Wahh terima kasih for info, sbb sy pon mc tgh usha2 benda ni, sbb member mcm duk tunjuk2 masuk duit setiap bulan. Mcm pelik gak. Bila search knapa xjumpa website. Sbb sblm ni pon dah terkena scam dan bernasib baik sikit je duit. So ambil pengajaran situ, xda website apa dah redflag.
Assalam/ salam sejahtera. Kalau x keberatan mohon tuan share untuk kebaikan bersama sebab ramai sekarang yang diapproach dengan agen terutama bekerja kerajaan. Tq.
Saya nak tanya jer.
Korang invest ni, dapat ke statement untung rugi?
Then ada ke tak portal yg boleh check pergerakan pelaburan korang tu?
Sepatutnya setiap pelaburan ada statement.
Kalau ada portal sistem tu paling canggih la.
Takkan UNTUNG KERAS TAPI masih takde portal sistem yg boleh login then check pelaburan kita…ye tak?
Saya dah terjebak juga tapi lepas join , lagi banyaknred flag yang saya dapat . Fund manager akan memaksa kita cari orang . Modus operandi memang cari client yang berpotensi . Pada mulanya dorang kata ni untuk bantu orang buat saving dengan diversify . Ingatkan diversify macamana . Rupanya diversify kena cari client dan untung dari situ memang berbelas ribu utk satu client . Mana tak orang kelabu matanya nampak duit banyak . And last one pasal cash deposit . Yes , dorang akan CASH DEPOSIT div setiap bulan . Takde pon ditulis dari siapa ke apa ke 😆
Betul ke fund manager?
Kalau fund manager yg mempunyai lesen dari SC, kita boleh check lesen dia.
Dan fund manager terikat dengan SC punya compiance.
Kalau tak follow compliance, lesen kene revoke.
Melainkan kalau dia claim dia adalah Fund Manager.
Saya dah buat loan semua tapi belum transfer lagi. Should I proceed? Sbb kalau ikutkan, mmg mata buta tgk duit. Tp sebenarnya rasa tak sedap hati juga.
Sometimes bila fikir, mmg too good to be true. Investment semua ada risk. Yes faham.. Tp bila kenalan sendiri yg buat PT ni.. rasa mcm legit. Tp tiada ilmu sgt nak nilai bagus ke tak
eh jgn sbb skrg diorg dh stop tkde new registration lagi katanya. modal sy pun tk dpt habis lagi. kesian kat client sy yg invest 23k & 46k tu tk pulang modal lg.. kalau yg 69k & 138k tu oklah dividen dh lebih dr modal.
Better not to proceed lah.
Org dok ckp return stabil/mantap aka selainnya. Investment ni bukan setakat return berapa, tp return dpt dr mana? Ibarat bukak kedai makan tkde org makan mcm mana nk kira return? Kalau return of investment berdasarkan new investment made from new investors then it is not profits attributable to shareholders tp money game. Investment dibuat atas perniagaan, dan hanya bila perniagaan tu mendatangkan keuntungan baru shareholders boleh rasa. Kalau return hanya dpt from deposits, tu dh kira salah sgt2. Jgn risau berapa or duit masuk ke tk, kena tau asal usul duit tu dr mana. Boleh ke disclose p&l tunjuk business yg dilaburkan untung sampai boleh bg dividen mcm tu
Dah lingkup dah korang hahaha. Yg terjebak tu selamat membayar hutang bank anda. Yg tak terjebak tu tahniah anda selamat dri kena scam 🤣🤣
Saya dapat tahu sekarang ni dah 2 bulan dividen tak diperolehi.
Alasan nya adalah syarikat mengalami kerugian.
Setakat ni dah 2 orang mengadu kepada saya.
Jadi sesiapa yang buat loan untuk investment, ia akan effect pada perbelanjaan bulanan dan cash flow.
Saya berpendapat sesiapa yang terkena supaya
1. Cuba buat withdrawal (yg mana saya rasa mustahil) dan
2. Dapatkan khidmat nasihat AKPK untuk structure balik loan.
Dapat balik capital pun dah cukup tapi saya rasa impossible sebab saya rasa syarikat (atau syarikat yg kutip duit) dah mula tarik handbrake dan kutip keuntungan.
Hi saje je nak cakap sekarang tengah try buat akpk tu. “Company” konon kata kene jual semua unit dan semua investor kene tu tunggu aset mencair baru depa boleh beli unit2 investor. Leader team pulak tak habis2 back up “company”. Cakap info sikit, terus melenting. Baik tak payah buat grup investor kat situ. Dia ja boleh cakap kat situ, investor tak boleh bagi info baru. So, nasihat saya untuk investor yang dah tersedar kene scam tu, baik cari jalan camne setel hutang dari tunggu konon “company” bayar balik modal.
Saya tak invest dlm PT ni, tapi ramai rakan sejawat sy yg invest. Malahan sy dah beberapa Kali dipujuk untuk sama-sama invest juga. Sy pernah join sesi Google meet yang mana sy diberitahu untuk tidak screenshot slide presentation. Sy dimaklumkan untuk package A,B dan C , perlu 6 tahun untuk langsaikan hutang bank. Jika hendak selesai loan bank lebih awal, invest package D (138k). Saya tetap rasa tak bersedia dan sy tahu sy akn stress kalau plan investment ni gagal. Bila tengok muka anak2 mmg sy tetap dgn keputusan sy iaitu TAKNAK INVEST. Biarlah tak mewah, asalkan sy dpt tidur Lena tiap malam. Berbalik pada rakan2 sejawat sy, mereka beli bag berjenama dan mereka beri statement yg beg berjenama ni sama nilainya dengan emas. Digalakkan beli untuk reward diri, especially bila dpt bonus drpd syarikat. Syarikat akn beri reward bila buka akaun baru atau bila berjaya bawa masuk investor baru. Mereka ada juga sesi mkn di tempat mewah sampai bill mencecah ribuan ringgit. Memang boleh nampak mereka mewah. Harap2 syarikat dpt lah beri at least modal balik pada investors. Dengar2 ramai penjawat awam yg join.
Awak buat keputusan yg bijak..sbb saya dengar nk lesap dah PT ni…saya nyaris terkena…nasib nk buat pl x lepas..
PT Andalan tu dah lingkup..comfirm scam
yg mana dah terciduk takyah nk membongak lg backup skim tu
terima kasih atas update.
Sekarang mereka dah senyap sunyi sepi.