Terdapat cara bagaimana mahu menguruskan risiko pelaburan unit trust / unit amanah, maka dengan cara ini risiko dapatlah diminimakan.
Bila risiko dapat diminimakan, maka kerugian yang dialami menjadi kecil dan keuntungan menjadi besar.
Berikut adalah 9 cara menguruskan risiko:
1. Diversify – Diversify, diversify, diversify. Don’t put all of your egg into one basket. Pelbagaikan pelaburan anda. Pilih pelbagai fund, pelbagai institusi pelaburan (UTMC). Inilah yang dinamakan pelaburan portfolio. Saya telah terang kan mengenai kepentingan diversify ini dalam pelaburan unit trust (malah apa2 pelaburan pun). Sila rujuk posting saya di SINI.
2. Jangka masa pelaburan – Lagi lama anda melabur, semakin selamat dan semakin untung pelaburan anda. Graf dibawah ini menunjukkan bahawa faedah yang anda perolehi jika anda membuat pelaburan dalam jangka waktu yang lama berbanding jangka pendek. Oleh itu, pelaburan patut dilakukan pada umur muda lagi – Start early (bergantung kepada kemampuan).
3. Compounding effect – Compouding effect ni sangat berkait rapat dengan jangka masa pelaburan. Semakin lama anda menyimpan, semakin banyak duit anda dilipatgandakan. Anda boleh lihat pada gambar dibawah, bagaimana anda dapat idea perbezaan antara compounding dan tiada compounding. Non compouding ini kebiasaan nya terjadi jika anda menyimpan duit anda di dalam bank sebagai contohnya, dimana pulangan amatlah sedikit berbanding anda menyimpan duit secara investment ke dalam unit trust.
4. Asset allocation – Apakah portfolio anda? Adkah anda jenis risk taker? Atau anda jenih tidak boleh terima kerugian? Kategori konservatif (ragu2 dengan pelaburan) atau anda aggressive? Berapakah umur anda sekarang? Semua ini memainkan faktor yang penting dalam menentukan asset allocation.
5. Pilih fund yang untung – Kita lihat rekod prestasi pada tahun2 sebelum nya sebagaimana posting saya yang INI.
6. Dollar cost averaging (DCA) – Simpan secara tiap2 bulan secara konsisten adalah lebih untung berbanding lumpsum.
7. Fahamkan dan ambil tahu pelaburan anda – Anda tak sayang ke duit anda? Kalau anda sayang kan duit anda, anda perlu ambil tahu akan setiap tempat yang anda letakkan duit anda. Di dalam hal ini, jika anda melabur di dalam unit trust anda harus tahu apa prestasi dana-dana yang anda inv
8. Tetapkan objektif pelaburan anda – Jika tiada objektif, kecenderunagan pelaburan anda separuh jalan adalah tinggi. Tambahan pula, anda menarik diri terlalu awal, dikala pelaburan anda belum ada nampak keuntungannya. Fahami apa tujuan kita membuat pelaburan. Tak kira apa jenis pelaburan pun, kita harus tahu apa tujuan atau objektif nya. Bila kita tahu objektif kita, maka kita akan tekad hendak membuat pelaburan dengan lebih lama tanpa mengganggu nya. Contoh objektif yang selalu orang praktikkan adalah seperti persaraan, debt planning, child education planning, pelan mengerjakan haji dan lain-lain lagi.
9. Bermula awal, Diusia Muda – Point ke 9 ini berkait rapat dengan point nombor 2. Jangan jadi pemerhati, bertindak awal. Mulakan membuat pelaburan lebih awal terutama kepada mereka yang masih muda. Ini bukan skim cepat kaya atau jenis yang scam.