Strategi Pelaburan Terbaik Semasa Covid19 2020

Survival Adalah Paling Utama Buat Masa Ini

Covid19 punya pasal, ramai pihak yang suffer – baik individu mahupun syarikat. Syarikat besar pun sakit seperti Genting Bhd. Hotel besar di Malaysia seperti Four Point Sheraton Sandakan ditutup dan syarikat penerbangan AirAsia terpaksa memberhentikan sebanyak 333 pekerjanya.

Kat paper, diramalkan rakyat Malaysia bakal kehilangan pekerjaan seramai 100 ribu orang kesan ekonomi dari Covid19 dan silap haribulan boleh meningkat dua kali ganda beb!

Jadi cash dalam tangan amatlah penting disaat ini untuk survival.
Sebab tu jika ada moratorium, iLestari, Bantuan Prihatin Nasional, Geran Khas Perihatin dan apa sahaja peluang – grab je.

Itu pun kita tengok lah selepas moratorium ni tamat iatu pada bulan 10 ni. Tengok apa yang bakal akan berlaku nanti.

Jadi pada mereka yang kene survive boleh pakai duit tersebut untuk kegunaan harian. Itu pun tak pasti lagi boleh bertahan sampai bila.

Pada mereka yang tak terdesak, apply juga lah dan cash tu boleh lah dilaburkan pada tempat2 yang bagi pulangan yang lebih tinggi dari:

1. Kadar interest bank – dalam 3.5% – 4% 

2. Kadar inflasi – 4% – 5%

Atau pun guna duit itu untuk hapuskan hutang yang mempunyai interest yang tinggi seperti:

  1. Kredit kad (18% setahun)
  2. Pinjaman peribadi (7-10% setahun) 
  3. Dan lain-lain lagi yang pinjaman mempunyai interest yang tinggi

Selain tu harga emas juga sedang meningkat tinggi dan ramai mengambil peluang untuk mencairkan nya untuk ditukar dalam bentuk cash demi kelangsungan hidup.

Dalam pada itu terdapat juga mereka yang tidak terjejas dengan Covid19 ini, alhamdulillah dan mereka ini merebut peluang yang ada seperti membeli saham terutama yang terlibat secara langsung dengan Covid19 seperti industri sarung tangan, perubatan, farmaseutikal, alatan-alatan dan banyak lagi.

Waalau bagaimana pun, tahu kah masing-masing akan risiko membuat investment tersebut?

Dalam apa-apa pun keadaan, pelaburan yang terbaik adalah pelaburan ilmu terlebih dahulu. Di sini saya garis kan strategi yang harus semua lakukan sebelum membuat sebarang pelaburan. Semoga ilmu ini bermanfaat.

 

1. Risk Profile – Benda Pertama Yang Kita Harus Tahu

Nak melabur? Tahu tak tahap penerimaan risiko pelaburan korang?

 “Aku nak pelaburan yang untung tinggi”. Persoalan nya, tinggi tu tinggi mana? 

Lain orang lain definisi tinggi nya.

Ade orang 50% tu tinggi dan ini tak realistic langsugn. Ada potensi masuk lubang scam cepat kaya kerana high risk adalah high return. Low risk, low return.

Ada orang 15% tinggi lah kerana benchmark yang mereka ambil adalah dari dividen koperasi yang biasa nya dalam 15%.

Ada orang kalau 8-10% dah cukup tinggi asalkan lebih sikit dari ASB.

Apa sebenarnya high return, high risk dan low return low risk.

Contoh nya macam ni lah, bila set 50% untuk return potensi untuk jatuh sebanyak 50% juga adalah tinggi. 

Bila naik tu best lah tapi bila jatuh 50%, boleh sakit jantung jadi nya beb! Dan mula lah marah pada produk dan salesman. Padahal masa mula nak invest tak tahu pun risk profile.

Begitu juga dengan low return low risk. 

Kalau dah tahu tahap risiko, baru senang hati sikit nak buat investment. Bukan boleh pukul rata dan asal kan dapat invest je.

Sebab tu setiap kali kalau saya jumpa client, bila sampai bab investment, saya akan dapatkan risk profile client.

Cara saya dapatkan risk profile client ada lah dengan mengisi survey kat bawah ni:

Create your own user feedback survey
Cuba anda jawab survey dan lihat score anda.

70 ke atas – Aggressive

41 hingga 69 – Moderate

40 ke bawah – Konservatif

Dan dari score kat atas ni lah baru saya design portfolio pelaburan sebagaimana saya tuliskan pada point nombor 2. 

Tetapi ada beberapa faktor lain yang saya perlu ambil kira selain dari score survey kat atas seperti:

1. Umur – Jika 50 keatas saya kategori kan mereka sebagai berisiko tinggi dan dalam pelabur moderate dan konservatif. Begitu jugak jika seseorang itu sudah pencen.

2. Percentage dana yang di laburkan – Kalau 100% yang nak dilaburkan, maka mereka ini juga saya kategori risiko tinggi dan saya akan advise client lagi dengan mendapatkan maklumat terperinci seperti cash flow dan networth beliau.

3. Duration of investment – Berapa lama anda mahu hold pelaburan anda. Jika short term ia adalah kategori high risk manakala long term ia adalah kategori low risk.

Untuk mereka yang mahu medapatkan risk profile yang lebih detail dan accurate lagi tak perlu malu untuk mendapatkan bantuan saya dan perkhidmatan ini saya sediakan secara PERCUMA tetapi berserta dengan beberapa syarat.

*Tanggungjawab ni harus dilakukan oleh sales person yang menjual produk pelaburan dan juga pelabur.

Cerita mengenai risiko ini telah pun saya catatkan di dalam post saya yang lepas seperti di link di bawah

Risiko Pelaburan Unit Amanah – Perkara yang perlu diambil tahu

 

 

2. Cipta Portfolio Pelaburan Berdasarkan Kepada Risk Profile

Design portfolio pelaburan adalah berdasarkan kepada point numbor 1.

Bila seseorang kehilangan pekerjaan, dia akan terdesak. Seringkali mereka yang dapat duit vss atau apa-apa jenis pampasan kehilangan pekerjaan, terjebak dalam skim cepat kaya dan yang paling latest ‘Macau Scam’.

Scam-scam ni pulak macam tahu je siapa banyak duit.

Ini adalah kerana mereka tak tahu nak allocate asset mereka dalam menciptak portfolio pelaburan

Ada seorang rakan berkata “Saya dah ada sikit pelaburan unit trust short term, long term, ASB. Tabung Haji sikit. Saya mempunyai ETF dan juga main saham sedikit” 

Adakah portfolio pelaburan ini dah cukup bagus?

Daripada statement di atas, saya assume pelaburan yang dia ambil adalah high risk dan saya amat risau jika realiti nya beliau adalah seornag pelabur konservatif.  

Tanpa mengetahui profile risiko, portfolio pelaburan yang dicipta tak akan tepat. 

Jika konservatif, allocation pada fund low risk dilebihkan sebagai contoh 50% – 70% sebaliknya untuk aggressive, fund high risk dilebihkan sebagai contoh 50% – 70%  dan 30% – 50% medium/low risk.

Di atas ini adalah kerja saya, jadikan pelaburan dari non diversified kepada diversified.
Maka untuk satu portfolio pelaburan yang power, kene ada dua iatu secara geografi dan asset class dan kedua-dua nya ini diversified.

Tetapi untuk unit trust private mandate, tugas-tugas diversify dilakukan secara terus oleh fund manager.

 

3. Pilih Platform Pelaburan Yang Sesuai Berdasarkan Kepada Portfolio Pelaburan

Asas kepada platform pelaburan yang konservatif adalah ASB, Tabung Haji, Bond atau Money Market.
Begitu juga asas kepada platform pelaburan aggressive adalah ekuiti, saham atau senang kata selain dari platform pelaburan konservatif di atas.

Bagi mengelakkan salah faham, tulisan saya di atas hanya lah sebagai general references dan ia perlu diperhalusi lagi lebih-lebih lagi oleh seorang financial planner.

Oleh kerana platform ASB atau TH terlalu ‘common’ dan ramai yang tahu maka saya nak tekankan pada pelaburan selain dari ASB atau TH ini kerana platform ini ramai lagi yang masih blur dan sering mendapat pendapat yang kurang baik padahal jika didesign dengan lebih proper maka ia tidk menjadi masalah.

Musim Covid19 ni kita menyaksikan banyak krisis termasuk juga kaunter saham yang merudum. 

Albert Einstein said, “in the midst of every crisis, lies great opportunity

Bagi mereka yang mahukan pelaburan mereka dijaga oleh dedicated fund manager, maka PMA (Phillip Managed Account) adalah yang terbaik. Fund manager ini seolah-olah menjaga pelaburan anda secara personally. 

PMA ini merupakan private mandate juga tetapi untuk pelabur cash. Untuk epf, private mandate nya dikenali sebagai PMART.

Saya ada terangkan private mandate ini dipost saya yang lepas seperti di bawah ini.

Dana Terbaik Pelaburan Tahun 2020 – Private Mandate – PMART

Fund manager ini lah yang akan secara aktif membuat pembelian, switching and juga membuat jualan kepada pelaburan anda jika dirasakan tidak lagi sesuai.

Perbezaan UT Dan Managed Account.png

Di atas ini adalah perbezaan dari segi cara kerja fund manager kepada unit trust dan fund manager Managed Account.

Benefits Of PMA.png

PMA – Pelaburan Saham untuk mereka yang malas, tak ada masa dan tak pakdai main saham. Kalau beli satu2 saham mahal. beli dua dah berapa. Nak complete kene beli 5 jika nak money management. Silap2 menelan belanja RM20k. Dan ada yang main saham sampai habis duit akibrat rugi harga menurun.

Jadi ambik PMA je – unutk cash. tentu arah nye…ada dedicated fund manager yang acatively manage dana. Jika nak juga main saham apa kada dana tu letak skit kat PMA shares, boleh la kalau nak imitate kaunter2 yang di ambil oleh fund manager.

 

4. Dapatkan khidmat nasihat Licensed Financial Planner

Untuk kesemua perkara di atas, ia hanyalah boleh dijadikan sebagai reference secara am. Untuk lebih lanjut lagi ada baik nya jika dapatkan khidmat financial planner bagi membuat perancangan yang holistik, paling tidak pun spesifik kepada beberapa perkara sahaja.

Satu perkara yang selalu saya dengar. 

“Saya boleh manage kewangan saya so saya tak risau sangat”

Bagi saya ia tak jadi masalah. Persoalannya, sebagus mana kita manage kewangan?

Cuba tengok Ronaldinho bagaimana orang sehebat dan sekaya dia, akhirnya kecundang juga.

“ Apa susah kalau kita pencen nanti makan aje lah apa yang ada, insyaallah ada rezki. Anak-anak dah tak kerja, belanja pun dah kurang, mungkin anak-anak bagi kita serba sedikit”

Sebenarnya konsep takawakkal adalah selepas kita berusaha. Dan perancangan adalah salah satu usaha.
Jika kita usaha, insyallah Allah akan bagi ganjaran atas usaha kita. Tak salah.

Apa salahnya kan dengan sedikit fee sahaja harta dan kakayaan dapat diselamatkan dengan cara yang holistik iatu secara menyeluruh. 

Saya sebagai financial planner ni tak ada apa cuma:
1. Fp ni ada ilmu dan pengalaman. Lebih dari 6 tahun untuk saya cukup untuk saya memberi khidmat nasihat yang sebaik mungkin.

2. Ada access platfrom. Platform pelaburan yang sangat luas dan juga platform “Wealth Protection” yang banyak. Oleh kerana pilihan yang banyak maka hanya yang terbaik sahaja yang diberikan kepada client.

Platform ini tidak ada pada orang selain licensed financial planner. yang mana seseorang itu hanya menasihati pada satu bidang sahaja.

Advise orang isuran pada insuran je, faraid utk faradi je. Tax ada tax je. Unit Trust Consultant untuk product pelaburan je. Jadi apa dimanakah tempat untuk consolidate semua ni berdasarkan kemampuan kita yang sebenarnya kalau tak bukan dari Financial Planner

 

Azmarnizam Omar
Licensed Financial Planner
eCMSRL/B8401/2018
013 3330595
azmarnizam@gmail.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

× Pertanyaan? Whatsapp je!