Dana Terbaik Pelaburan Tahun 2020 – Private Mandate – PMART

Peristiwa kejatuhun ekonomi dan seterusnya memberi impak performance unit trust pada tahun 2018 – 2019 banyak mengajar diri saya akan cara yang terbaik dalam pelaburan unit trust.

Kesan ini tidak hanya kepada saya tetapi ia juga memberi kepada pelabur. Bila saya beralih dari konsultant unit trust kepada licensed financial planner, saya dapat belajar banyak cara yang terbaik untuk client saya membuat pelaburan.

Akibatnya, ramai pelabur menarik diri dari pelaburan sebelum waktu nya, senang kata bukan pada masa yang sesuai. Disebabkan itu, ramai yang mengalami kerugian kerana jual nilai harga unit yang rendah disaat mereka membeli pada kadar yang tinggi – belum lagi breakeven disebabkan oleh sales charge 3% dikenakan kepada pelabur EPF. Mereka yang megalami kerugian ini akan mengatakan bahawa pelaburan unit trust adalah tidak bagus. Padahal masa harga per unit rendah ini lah waktu yang sesuai untuk tambah pelaburan.

Fundamental dan pemikiran rata-rata orang Malaysia yang kerap samakan pelaburan unit trust dengan pelaburan ASB, Tabung Haji dan juga KWSP. Ini amatlah tidak sama kerana bentuk pelaburan mereka adalah lain – Unit trust banyak membuat pelaburan pada ekuiti dan tidak kepada hartanah dan lain-lain lagi.

Hal ini hakikatnya adalah bagus – dan juga tidak bagus.

Jika ramai yang tidak tahu, performance ini berkait rapat dengan apa yang orang katakan sebagai ‘CYCLE’ dimana ia nya adalah ulangan kepada peristiwa yang pernah berlaku iatu pada tahun 2008.

Unit trust berkait rapat dengan ekonomi dan kesan yang teruk terjadi kepada unit trust yang berasaskan kepada ekonomi. Ekonomi teruk ini lah yang menyebabkan syarikat-syarikat di bursa saham blue chip, medium cap dan small cap mengalami kerugian (mereka ini didalam kategori ekuiti). Kesan ini sebenarnya dapat dijangka oleh fund manager melalui pengalaman mereka dalam bidang pelaburan ini. Tetapi dapatkan UTC menjangka apa yang fund manager jangkakan?

Saya nak tanya, sebagai UTC adakah anda manage pelaburan client anda seperti switching, cut loss dan sebagainya? Jika jawapan nya adalah ia mahupun tidak, mahukah jika kerja-kerja ini dilalkukan oleh fund manager yang lebih arif dan berpengelaman jadi anda hanya perlu mencari client sahaja untuk di advise.

Jadi private mandate ini adalah pilihan yang terbaik

UTC sepatut nya mengambil peranan untuk membuat sesuatu kepada pelaburan para client seperti cut loss sebelum mengalami kerugian, switching dana iatu dari dana yang dijangka tidak perform kepada dana yang lebih baik. Tetapi kebanyakkan UTC tidak dapat membuat demikian, kerana:

1. Kurangnya pengetahuan. Terdapat UTC hanya ada penting kan ilmu untuk membuat sales sahaja.

2. Sukar untuk manage client yang banyak. Jadi hanya biarkan sahaja fund manager kepada fund house mereka untuk membuat pelaburan.

Maka disinilah penting nya “dua layer” fund manager “Managed Fund’ dalam menguruskan pelaburan anda. Fund manager yang saya maksudkan nya adalah fund manager bagi private mandate. Secara ringkasnya adalah seperti di bawah:

  1. Fund manager memahami kategori risiko anda. Samada medium atau pun high. Jika medium mereka akan letakkan lebih kepada dana low risk manakala jika high, maka mereka akan letakkan pelaburan anda lebih kepada dana yang
  2.  Pilih financial planner untuk membuat pelaburan anda kepada “Managed Fund” – atas faktor analisis yang telah dilakukan terhadap status kewangan seseorang.
  3.  Fund manager akan design portfolio mengikut kategori risiko pelaburan anda.
  4.  Yang ini adalah yang paling penting. Fund manager akan membuat cut loss, DCA, switching kepada portfolio pelaburan anda jadi kita tak perlu risau jika terjadi nya kejatuhan ekonomi local mahupun luar negara (CYCLE etc). Jika tidak, sebelum ini ia akan dilakukan oleh UTC (unit trust consultant) dalam membuat tindakan cut loss, switching mahupun DCA yang mana ini tak akan terjadi atas beberapa faktor.

Semua ciri-ciri dana diatas ada pada dana yang dinamakan MANAGED FUND atau dikenali juga sebagai PRIVATE MANDATE. Private mandate dari Phillip Capital dipanggil PMART (Phillip Managed For Retirement)

Managed fund atau private mandate ini tidak ada disenaraikan dalam portal KWSP, jadi orang ramai tidak boleh membeli direct dari portal.

Managed fund atau private mandate ini hanya boleh diberi khidmat nasihat oleh licensed financial planner sahaja. Dan PMART adalah dari Phillip Capital.

Dibawah ini adalah rupa sebenar private mandate – PMART secara detailnya. Dengan pelaburan dari EPF minimum RM5000 anda dah boleh dapatkan private mandate ini. Ini lah dana yang dikatakan managed fund iatu pemilihan fund atau dana-dana ini dilakukan oleh fund manager.

Ini bermakna, terdapat DUA LAYER fund manager iatu fund manager dari setiap syarikat pelaburan (dalam contoh dibawah ini adalah Affin Hwang, CIMB etc) dan juga fund manager untuk PMART yang membuat pemilihan dana yang terbaik dari syarikat pelaburan tersebut dan blend kan menjadi dari portfolio pelaburan seseorang. Ini adalah seolah setiap seorang mempunyai fund manager sendiri bagi menguruskan pelaburan. Dalam hal ini, CASH juga ada bagi tujuan simpanan cut loss dan juga DCA (Dollar Cost Averaging).

Dibawah ini adalah contoh dana ini PMART – UT. Dana PMART UT ini adalah untuk unit trust. Hanya single thumb print (RM5000 ke atas) sudah boleh mendapat “diversified” portfolio pelaburan seperti dibawah.

Portfolio pelaburan di bawah adalah sentiasa berubah-ubah, bergantung kepada fund manager untuk membuat switching atau cut loss berdasarkan kepada dana yang difikirkan terbaik bagi fund manager. Inilah dinamakan discretionary dimana pelabur memberikan sepenuhnya kepada fund manager dalam membuat keputusan pemilihan dana.

Di bawah ini pula adalah PMART Shares. Terdapat juga pelaburan private mandate direct kepada shares atau saham.

PMART Shares

Dana ini dinamakan PMART SHARES kerana pelaburan ini menjurus kepada shares, tidak kepada Unit Trust. Pelaburan kepada PMART SHARES ini boleh dilakukan melalui KWSP.

Shares ini akan berubah-ubah juga mengikut kepada fund manager yang mana mereka ini adalah golongan professional dalam mambuat keputusan.

Dana PMART ini adalah discretionary iatu pelabur bergantung sepenuhnya kepada fund manager, iatu tidak boleh membuat pemilihan sendiri.

Terdapat juga dana yang lain selain dari dana PMART di atas, iatu dalam bentuk cash dan juga pelaburan dilakukan kepada unit trust yang berada di luar negara. Walaubagaimana pun saya tidak mempunyai niat untuk menuliskan disini dan se eloknya berjumpa lah dengan saya bagi konsultansi pelaburan.

Masa Yang Diperlukan Untuk Melengkapkan Portfolio Pelaburan – Cara Biasa

Gambar di atas adalah analogi masa yang diperlukan oleh UTC bagi melengkapkan portfolio pelaburan seorang client. Nampak nya ia mengambil masa selama 2 tahun (24 bulan) untuk melengkapkan portfolio seorang client yang mana ia hanya mengambil masa sekali sahaja bagi client yang membuat pelaburan di private mandate iatu PMart.

 

Saya nak tekan kan jugak disini, ini adalah sebahagian dari financial planning saya kepada clisnt2 saya. Ini adalah perkhidmatan investment planning yang merupakan salah satu dari beberapa bentuk planning yang lain. Khidmat nasihat LFP tidak terhad kepada unit trust dan private mandate tetapi kepada yang lain juga yang difikarkan seseuai dengan kehendak client.

 

YOUR TRUSTED FINANCIAL PLANNER

Azmarnizam Omar
eCMSRL/B8401/2018
013 3330595

 

1 thought on “Dana Terbaik Pelaburan Tahun 2020 – Private Mandate – PMART”

  1. Pingback: Preferred Trust Tipu? | Visikewangan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

× Pertanyaan? Whatsapp je!