Orang Cina buat perancangan pendidian anak
Baru-baru ni saya join satu seminar pasal financial planning. Dalam banyak-banyak topik, satu yang paling lama dibincangkan adalah tentang perancangan pendidikan anak — topik ni betul-betul tarik perhatian, terutamanya peserta kaum Cina.
Mula-mula saya rasa pelik juga. Kenapa topik ni yang buat mereka begitu serius? Bincang punya bincang sampai tak nak move on ke topik lain. Saya tertanya, “Adakah ini untuk anak dia sendiri, atau sebab dia penasihat kewangan yang tolong klien dia?” Tapi satu hal yang saya nampak jelas — mereka sangat ambil berat bab pendidikan anak-anak.
Pengalaman Dengan Tokey Bumbung
Ada satu lagi cerita, masa bumbung rumah saya bocor, saya panggil tokey bumbung datang tengok. Sambil tengok keadaan bumbung, saya sempat berbual sikit pasal anak-anak. Dia kata anak dia sekarang belajar kat universiti. Menariknya, syarikat dia siap ada peruntukan kecil untuk child education bagi staf. Selain tu, dia sendiri pun ada simpanan sikit-sikit.
Tapi dia jujur — semua tu masih tak cukup. Akhirnya dia kena buat loan bank juga untuk tampung kos pengajian anak. Katanya, “Kalau Melayu, anak belajar macam mana ye?” Saya jawab, biasanya kita harapkan bantuan zakat, atau kalau result anak bagus boleh mohon biasiswa.
Tapi saya faham juga — mungkin kaum lain tak terlalu harap biasiswa. Mereka lebih cenderung buat simpanan sendiri atau terus buat pinjaman.
Bila Realiti Menampar
Betul, kalau anak dapat masuk matrikulasi atau Form 6, boleh jimat sikit. Tapi tak semua anak minat atau sesuai laluan tu. Kalau result tak cukup kuat, mungkin boleh masuk TVET macam ILP, IKM, Giat MARA, dan sebagainya.
Saya sendiri lalui pengalaman tu — anak saya dapat 6A+ dan 3A dalam SPM, tapi tetap tak berjaya dapat biasiswa. Persaingan sekarang memang tinggi. Dulu, JPA senang dapat, sekarang sangat susah. MARA pun banyak tawarkan pinjaman boleh ubah (PBU), bukan biasiswa sepenuhnya.
Lepas lalui semua ni, baru saya sedar pentingnya perancangan awal untuk pendidikan anak. Bila anak dah masuk universiti, kos memang tinggi. Nak harapkan duit simpanan lama pun boleh habis juga. Tak plan dari awal, kita sendiri yang pening dan terpaksa buat loan.
Apa Yang Boleh Kita Buat
Kalau korang masih muda dan ada anak kecil — mulalah menabung sekarang. Simpan sikit-sikit pun tak apa. Duit raya anak, masuk je terus dalam SSPN. Nak mudah, hari-hari letak dalam tabung khas. Cukup bulan, simpan ke Tabung Haji (TH), ASB, atau SSPN.
Kenapa SSPN? Sebab ada pelepasan cukai — ni salah satu kelebihan yang ramai orang tak ambil tahu. Lagi awal mula, lagi ringan beban masa depan.
Kesimpulan
Pendidikan anak bukan hal main-main. Bila sampai masanya, kita nak anak dapat belajar dengan tenang — tanpa kita terpaksa korek duit poket, buat loan atau bergantung pada nasib semata-mata. Jadi bosskur, jangan tunggu sampai terpaksa — mula menabung hari ini untuk masa depan anak-anak kita.
Kecil sekarang, besar nanti impaknya.