Pelaburan yang disah dan dilesenkan dari SC mempunyai ciri-ciri jaminan keselamatan kepada pelabur dan setiap syarikat pelaburan yang berdaftar dengan SC harus patuhi.
Kalau tak patuh, mereka akan menghadapi masalah seperti digantung lesen mereka.
Dan kalau ciri-ciri ni kalau takde dalam satu-satu pelaburan, jadi kita harus ragui dan perlu difikirkan mahu terus melabur atau tak. Kerana ada kemungkinan ia adalah scam pelaburan.
Sebab tu pelabur harus diberikan maklumat yang akan saya sebutkan di bawah ini, sebelum satu2 syarikat membuat presentation, bukan kita hanya lihat kat keuntngan saja.
Ciri2 ini lah yang dimasukkan dalam dokumen yang dipanggil fund fact sheet dan prospektus (untuk maklumat lagi detail)
Terdapat banyak ciri-ciri yang digariskan oleh SC tetapi saya nak nyatakan 9 sahaja yang saya kira sudah mencukupi dan maklumat yang saya kongsikan ini adalah berdasarkan pengetahuan saya.
9 ciri tersebut adalah seperti berikut:
1. Fund Volatility
Satu2 dana tu mesti kena ada fund volatility.
Semakin tinggi jumlah nya maka makin tinggi volatity nya.
Jika volatility bawah 10, maka boleh lah dikatakan rendah.
Jika bacaan nya melebihi 15 maka volatility nya tinggi. Kita boleh kurangkan peratusan amaun pelaburan untuk dana ni jika kita punya risk tolerance kita rendah seperti moderate atau konservatif.
2. Trustee
Setiap dana mesti ada trustee, yang diamanahkan untuk menjaga duit pelabur.
Jika apa-apa berlaku kat pengurus dana, maka trustee tak effect dan pelabur boleh mandapatkan duit dari trustee.
Syarikat yang menguruskan dana dan trustee tidak boleh bernaung bawah organisasi yang sama.
Sebagai contohnya, dana dari RHB mempunyai trustee dari HSBC (Malaysia) Trustee Berhad
3. Syariah Advisor
Dana yang patuh syariah mesti mempunyai syariah advisor.
Syariah Advisor ni lah yang tentukan dana yang kita nak laburkan tu menepati syariah atau tak.
kadang2 kita akan ternampak maklumat lagi detail berkenaan percentage unit2 kepada pelaburan syariah dan bukan syariah seperti maklumat ni:
“70% to 98% of Net Asset Value (NAV): Investments in Shariah-compliant equities of companieslisted on the stock exchanges of Developed Markets”
Dan kita sebagai pelabur harus tanya dana yang kita nak labur tu patuh syariah atau tak dan siapakah syariah advisor syarikat tersebut.
4. Senarai Syarikat Pelaburan Terbesar.
Pelaburan yang sah akan menyenaraikan secara terperinci maklumat syarikat yang dilaburkan.
Bukan hanya dengan menyebut sektor mana sahaja seperti perhotelan, perladangan, perlombongan. Sektor ni ada tapi nama syarikat pun harus ada.
Contoh kat bawah ini adalah “Top 5 Holding” untuk salah satu dana ni (dana ni adalah dana global):
MICROSOFT CORP 8.31%
APPLE INC 7.30%
ALPHABET INC – CL A 6.96%
AMAZON.COM INC 5.90%
MASTERCARD INC 3.98%
5. Tarikh Dana Dilancarkan / Launch Date
Satu-satu dana tu mesti ada tarikh dilancarkan
Sebab dari situ kita boleh tahu performance dana “since inception date” iatu performance sejak dari tarikh ia dilancarkan.
6. Sales Charge
Kebanyakkan dana pelaburan terutama yang swasta mempunyai sales charge atau sales fee yang dikenakan terhadap satu2 pelaburan.
Kalau ASB, ia tiada sales charge dikenakan sebaliknya dana pelaburan swasta mempunyai fee.
Fee ni lah yang seharusnya pelabur tahu.
Contoh sales charge adalah seperti 3% atu 5% dari jumlah pelaburan.
Jadi kalau kita nak buat pelaburan, amaun pelaburan adalah ditolak 3% atau 5% bukan nya 100%.
7. Benchmark
Satu-satu pelaburan tu harus mempunyai benhmark bagi mengukur prestasi dana pelaburan tu.
Analogi nya, kalau sesorang athete nak melayakkan diri masuk Olimpik, dia harus mencapat satu-satu standard atau benchmark.
Begitu juga dengan dana pelaburan.
Contoh benchmark pelaburan yang selalu diguna pakai adalah:
– FBM Emas (Untuk Malaysia)
– MSCI AC Asia ex Japan Islamic Index (Utuk Asia Pac Ex Japan)
Kita mesti tanya benhmark satu-satu pelahuran tu dan kalau benda simple macam ni pun tak ada, mungkin ada masalah kat produk tersebut.
Banyak lagi ciri-citi dana pelaburan yang selamat tetapi mencukupi lah kalau saya senarai kan hanya lima.
Ciri- ciri ni boleh dijadikan panduan dan perkara yang pertama yang patut ditanya untuk satu-satu produk pelaburan tersebut.
Kalau agent atau syarikat tu tak mampu nak sediakan, something wrong dan sebaiknya semak dulu kat website SC samada produk tersebut termasuk dalam “Investor Alert List”