Ni nasihat untuk pelabur – Secebis pendapat

Semalam sempat lah daku berjumpa dengan sahabat ku yang sekian lama tak ku jumpa.
Beliau sebelum ni ada buat pelaburan di ASB sahaja.
Beliau cakap “Aku nak stop lah pelaburan kat ASB, sejak dua menjak ni dividen sikit:

Daku cakap “Tak perlu stop lah, diversify je”
Dalam hati ku, dividen besau-besau yang kau dapat sebelum-sebelum ni kau tak nampak ke kikikiki.

Hakikatnya ramai orang labur tunggal – labur pada satu tempat je.
“Saya setakat ni simpan duit kat bank je”
“Aku simpan duit kat ASB je”
“Saya suka kat emas sebab emas cantik, jadi saya labur semua kat emas je”
“Saya invest 100% satu tempat ni, hari-hari dia bagi dividen 30%! Pakcik kayo”

Jap….istilah simpan kat bank tu betul lah, boleh lah kita panggil simpan.
Tapi kalau simpan kat ASB, memandangkan ia ada peningkatan amaun pada waktu-waktu tertentu maka ia boleh la dikatakan pelaburan.
Kalau kat emas, itu dah confirm pelaburan.
Kalau kat tempat yang bagi dividen hari-hari 30%, itu mungkin lebur bukan labur.

Apa-apa pun pelaburan, kita seelok nya letak kat tempat tu sikit, letak kat sini sikit.
Letak kat situ skit sini sikit tu la lah di namakan DIVERSIFY.

Nenek saya cakap “Don’t put all of your egg into single basket”, Karang pocah, pocah semuo!

Orang kaya macam Warrent Buffet buat dalam agihkan kekayaan nya, jadi kita ikut orang yang berjaya macam dia punya strategi. Cuma approach kita tak sama macam dia lah, yang mempunyai banyak duit.

Kita take advatage pada satu2 platform, dah jika loss pun at least ada platform lain yang selamat.

Bila cakap pasal loss ni, kat sini lah kita kene susun portfolio kita berdasarkan penerimaan risiko kita.
Contoh, kalau kita terlebur duit kita kat tempat scam, kalau kita loss kita tak kerugian jika ia mewakili 0.1% dari jumlah cash simpanan keseluruhan kita.

Off course lah, kalau ASB tu tempat yang paling stabil.
Jadi kita jadikan sebagai “base” pada tahap risiko pelaburan kita.

Maknanya, jika letak kat selain dari ASB, terdapat risiko di situ seperti pengurangan keuntungan, akibat dari risiko pasaran, risiko matawang dan juga charge perkhidmatan yang dikenakan (tersontot dalam scam another story)
Kalau kat ASB tiada charge perkhidmatan.
Charge ini lah yang menyebabkan pengurangan pada nilai pokok pelaburan kita.

Kalau kadar tu 3%, makan akan berlaku pengurangan kepada capital kita.
Contoh yang simple, kalau kita labur sebanyak RM100k, maka asas kepada pelaburan kita akan bermula pada RM97k, bukan bermula dengan 100k disebabkan oleh charge atau fee tersebut.

Ada ramai yang komplen “Tak bergerak pun pelaburan aku ni, sekarang masih lagi 100k”.
Eh kira dah untung lah tu, naik sebayak 3% – back to square, dah settle cover fee kira macam dah pulang modal la.

Sifat antara satu2 pelaburan tu lain.
Emas lain, saham lain, ASB lain, property lain dan juga tabung haji lain.

Kalau tengok ASB, ia takda unit appreciation/depreciation berbanding dengan saham.
Jadi kalau kita buat pelaburan di saham, kita akan dapat dua:
1. Income distribution (dividen) dan
2. Unit appreciation/depreciation.

ASB pula kita perolehi satu sahaja, tiada unit appreciation:
1. Income distribution (dividen)

Saham ni untung nya sebab ada ciri yang kedua tu iatu unit appreciation/depreciation.
Kalau appreciate tu kira untung lah tapi jika depreciate kita mengalami pengurangan keuntugan.
Dalam saham kita tak tahu bila akan naik dan bila akan turun, jadi strategi nya adalah kita letak dalam tempah yang sederhana dan panjang.

Ada orang bertanya, saham ni pelaburan ke?
Bagi saya, kalau main saham untuk long term tu kira pelaburan lah.
Dan kalau mereka yang buat trade saham, itu bukan pelaburan dalam erti kata yang sebenarnya.

Dalam perkongsian ni yang saya maksudkan pelaburan saham ni adalah yang berbentuk long term.

Selain dari saham ia juga terpakai pada unit amanah dan juta private mandate yang mana setiap unit mempunyai appreciation/depreciation dari segi nilainya

“Kalau gitu baik aku labur kan ASB je”

Kena ingat, terdapat banyak saham, unit amanah dan private mandate yang cepat naik dan untung berbanding ASB.

Sebab tu kita diversify kan pelaburan tu, dengan tu portfilio pelaburan kita akan nampak lebih mantap dan berstrategi.
Dan diversify ni kita harus berdasarkan kepada tahap penerimaan risiko masing-masing – berapa banyak nak allocate kat ASB? dan berapa banyak nak allocate kat tempat-tempat lain?

Tajuk diversify ni telah pun saya kongsikan pada post saya dahulu seperti dibawah:

 

Oh ya satu perkara yang paling penting adalah zakat, pelaburan kita yang perlu dizakatkan jika ia perlu dizakatkan.

Tapi, dalam kotak pemikiran saya ni kalau tak diversify pun ada juga advantage nya, iatu senang nak buat wasiat.
Pening jugak yer kalau nak listkan semua pelaburan kita yang bermacam-macam tempat ni.
Belum kira asset-asset kita lagi.

Tapi bab wasiat dan faraid ni adalah bab lain.
Ia ada kaedah dan solusi nya yang tersendiri.

Azmarnizam Omar
Licsensed Financial Planner
eCMSRL/B8401/2018
013 3330595

21Nov2021
12:00PM
Petaling Jaya

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

× Pertanyaan? Whatsapp je!