Lanjutan daripada berita persediaan persaran sebelum ini, aku nak kongsikan sedikit kisah seorang client baru-baru ni.
Beliau seorang Systems Engineer dalam bidang IT. Tabung persaraan bergantung semata-mata kepada tabungan KWSP. Kami dah lama sembang melalui WhatsApp dan FB Messenger diskusi tentang tabungan persaraan. Sembilan bulan berlalu, akhirnya minggu lepas kami berjumpa. Dan dia mintak full package presentation untuk perancangan persaraan.
Aku senyum je la. Pada hari perjumpaan, aku mula dengan soal selidik ringkas. Dan sebelum kami mula ada beberapa anggaran yang kami perlu persetujui terlebih dahulu.
- Umur 75 adalah anggaran jangka hayat lelaki yang dianggap munasabah dan diterima untuk perancangan ini. Dengan itu, matlamat perancangan ni adalah untuk merancang supaya hasil pelaburan, mampu untuk menampung kos belanja kehidupan dari umur 55 sehingga umur 75.
- Menerima pakai kadar inflasi yang dilaportan TradingEconomics “Inflation Rate in Malaysia averaged 3.65 percent from 1973 until 2016“. Disebabkan kekangan calculator, kadar inflasi dibundarkan kepada 4%
Parameter pengiraan keperluan tabung persaraan akan lebih mudah dan jelas bile dua perkara diatas dipersetujui. Aku mintak dia login i-Akaun KWSP, lepas tu:
- kirakan keperluan perbelanjaan hari persaraan (selepas umur 55) berdasarkan 2/3 pependapatan hari ini.
- kirakan anggaran jumlah simpanan KWSP dia pada umur 55 berdasarkan gaji sekarang.
Kesimpulan? Hasil kira-kira menunjukkan member aku short RM874,966.00

Kesimpulan kira-kira ni mudah sangat. Pada asasnya, kalau member aku ni bergantung kepada duit KWSP semata-mata (RM726,212.00), tabung persaraan ni hanya akan bertahan selama 102.35 bulan sahaja; bersamaan dengan 8 tahun setengah sahaja.
Ingat ye, ini aku baru tolong kirakan untuk tabung persaraan SA-URANG sahaja.
Tabung anak 13 orang nak masuk universiti belum kira lagi.
Tabung nak pergi haji belum kira lagi.
Tabung nak pegi pusing Europe lucky-beanie belum kira lagi.
Tabung nak adventure naik motor Ali Debit-Soon dari London ke Jemapoh belum kira lagi.
Soalan penulis kepada korang semua, “Berapakah RM yang ‘short‘ dari anggaran tabungan persaraan korang?”
M.K. Anwar Rangkuti, AFPM.
Penulis merupakan seorang Licensed Financial Planner dan website beliau boleh dilawati di www.tuanpenasihat.com
Pingback: Tentang Persaraan – Sudah Bersedia? - TuanPenasihat