Pelaburan Unit Trust Terbaik 2015 – 2016 – Preview

(Update terkini Unit Trust Terbaik 2016 -2017 di SINI)

Tahun 2016 akan berakhir tidak lama lagi, maka saya sorotkan kembali pelaburan unit trust yang terbaik di Malaysia pada tahun 2015. Disebabkan terlalu banyak fund unit amanah yang ada, maka saya hanya fokus kepada 10 sahaja yang terbaik berdasarkan kepada annualised/kumulatif pulangan atau return selama 5 tahun berturut-turut.

Cumulative return atau pulangan kumulatif adalah bermaksud

cumulative return is the aggregate amount an investment has gained or lost over time, independent of the period of time involved.

Dengan bahasa melayu mudah nya adalah total/jumlah pelaburan yang diperolehi terkumpul berkadar kan tempoh masa.

Mengapa saya pilih 5 tahun sebagai panduan? Ini adalah kerana:

  1. Jangka Masa Pelaburan – Pelaburan Unit Amanah adalah pelaburan jangka sederhana dan panjang. Ini adalah perkara asas atau fundmental yang perlu pelabur tahu.
  2. Daya Tahan Dana Berkadaran Masa – 5 tahun performance secara kumulatif yang bagus adalah cukup bagi dana tersebut membuktikan bahawa dana tersebut mampu bertahan lama pada masa akan datang. Pada fakta apa lagi yang kita perlu sandarkan melain kan kepada prestasi dana tersebebut selama 5 tahun.
  3. Keupayaan Fund Manager – Fund Manager yang terbaik adalah berdasarkan kepada dana yang beliau kendalikan mampu untuk memberikan pulangan seberapa tinggi dalam masa seberapa lama yang boleh.

Untuk para pelabur yang berminat, 10 dana adalah lebih dari mencukupi sebagai rujukan dan boleh gunakan maklumat ini bagi diversifykan pelaburan anda.

Sebenarnya 3 atau 4 dana sudah mencukup dan yang terbaik bagi membuat diversification tersebut, walaubagaimanapun ini adalah bergantung kepada total wang yang anda mahu laburkan. Jika ianya tinggi, maka lebih dari 5 adalah perlu. Dan yang paling penting yang harus difikiarkan adalah, bagaimana anda allocate kan asset anda.

10 Dana Terbaik – Berdasarkan Kepada 5 Tahun Cumulative Return

Membuat perbandingan kepada dana2 yang ada secara kumulatif selama beberapa tahun adalah salah satu cara bagi pelabur mengenalpasti kan mendapatkan idea apakah dana2 yang sesuai untuk dilaburkan. Cara ini adalah cara yang selalu pelabur lakukan kerana cara ini pantas dan ringkas.

Dibawah ini adalah maklumat yang saya perolehi dari Lipper Fund Table The Edge.

Annualised Return Unit Trust as of Dec2015

Bagi 5 tahun, 3 dana yang terbaik adalah:

  1. PMB Shariah Aggressive – Pulangannya adalah sebanyak 111.62%
  2. Eastspring Investment Dana Al Ilham – Pulangannya adalah sebanyak 87.34%
  3. PMB Shariah Growth – Pulangannya adalah sebanyak 81.48%

Dengan maklumat diatas, secara langsung anda tahu dana mana yang harus difikirkan bagus bagi membuat pelaburan.

Walaubagaimana pun, faktor pemilihan tersebut harus diambil kira dengan maklumat yang lain iatu seperti volatility fund tersebut, rating bagi fund2 tersebut dari segi Total Return, Consistent Return dan Preservation.

Dana, Syarikat Pengurusan Dana dan Kategori

Dari maklumat pulangan dana secara kumulatif di atas, saya sediakan maklumat terperinci mengenai syarikat pengurusan dan kategori. Kategori adalah maklumat mengenai kepada syarikan jenis manakah dana tersebut dilaburkan.

Bagi kategori small/Mediium cap, fund manager telah diberikan mandat untuk memilih syarikat yang agak kecil yang mempunyai paid up capital. Syarikat ini adalah seperti Top Glove, Kossan, MyEG dan lain-lain

Bagi kategori LargeCap pula, fund manager memilih untuk melabur kepada saham syarikat yang besar atau dikategori kan sebagai syarikat Blue Chip atau saham mewah. Syarikat ini adalah seperti Sime Darby, TNB, Telekom, Axiata dan lain-lain.

Top 10 Fund Categories 2015

Blended atau ramai dipanggil mixed asset merupakan satu kategori Balanced Fund. Secara ringkas nya, Balanced Fund ini mempunyai ciri pelaburan Bond dan Equity didalam nya. Oleh itu, Balanced Fund ini sentiasa stabil berbanding dana ekuiti. Untuk pelabur yang bersifat konservatif, Balanced Fund seperti Dana Makmur Pheim amatlah dicadang kan dan percentage kepada dana ini diletakkan sebagai majoriti.

Cara Bagaimana Hendak Melabur Ke Dana Tersebut

Unit Trust Investment Method And Status

Boleh katakan semua dana yang dilistkan di atas boleh dilabur menggunakan tunai dan epf kecuali Public Islamic Opportunities, dia boleh dilabur menggunakan cash tetapi dana ini telah pun ditutup.

Dana Terbaik 6 Tahun (2009 – 2015) – Perbandingan Pulangan

Setiap tahun, jumlah pulangan yang diberi oleh setiap dana adalah berlainan. Terdapat pada tahun yang mana kebanyakkan dana mengalami pulangan yang teruk tetapi masih ada dana yang dapat memberikan pulangan yang positif.

Disini lah letak nya kemahiran dan kepandaian fund manager. Kemahiran dan kepandaian mereka dalam memilih syarikat mana kan yang mampu memberikan keuntungan walaupun di waktu tahun yang gawat.

Kita lihat contoh disini, pada tahun 2014, Eastspring Dana Al-Ilham, Dana Makmur Pheim dan Public Islamic Opportunities Fund masih dapat memberikan pulangan yang positif walaupun dana-dana yang lain memberikan pulangan yang negatif.

Top 10 Best Annual Return Unit Trust Malaysia

Ini adalah fakta perbandingan return atau pulangan diantara dana-dana yang perform selama 6 tahun sejak 2009 hingga 2015.

Kita lihat sebagai contoh, agihan bagi PMB Shariah Aggressive pada tahun 2015 adalah sebanyak 41.26% tetapi pada tahun 2014 adalah -7.91. Untuk kita counter balik kerugian pada tahun 2014, kita seharusnya mempunyai dana Eastspring Dana Al-Ilham kerana pada tahun 2014, Dana Al-Ilham memberi agihan sebanyak 7.20% dengan itu keuntungan dan kerugian dapat diimbangkan semula.

Sebab itu lah penting nya diversify didalam pelaburan kerana dengan diversify kita akan dapat situasi yang sentiasa tidak rugi.

Graf Perbandingan 5 Unit Amanah Terpilih

Dari graf di atas, kita dapat melihat dengan lebih jelas lagi trend naik turun bagi dana, dan saya ambil 5 dana terpilih sahaja kerana jika terlalu banyak maka akan kelihatan sesak dan akan berlaku kekeliruan.

Beberapa Key Point daripada jadual perbandingan pulangan fund diatas, dari tahun 2009 hingga 2015:

1.Fund yang TIDAK PERNAH memberikan pulangan NEGATIF selama 6 tahun berturut-turut:

  • Eastspring Dana Al-Ilham
  • Dana Makmur Pheim

2. Dana-dana yang mendapat top 3 ranking

  • Eastspring – 4 kali
  • CIMB Islamic Small Cap – 3 kali
  • Public Islamic Opportunities – 3 kali
  • PMB Shariah Aggressive – 2 kali
  • PMB Shariah Growth – 2 kali
  • Kenanga Syariah Growth – 2 kali
  • Affin Hwang Aiiman Growth – 2 kali
  • Dana Makmur Pheim – 1 kali
  • Kenanga Islamic – 1 kali
  • RHB Dana Islam – 1 kali

3.Dana-dana yang pernah mendapat ranking nombor 1 annual return

  • Eastspring Dana Al-Ilham – 2 kali (Tahun 2012 dan 2014)
  • PMB Shariah Aggressive – 2 kali (Tahun 2013 dan 2015)
  • Public Islamic Opportunities – 1 kali (Tahun 2009)
  • Kenanga Syariah Growth – 1 kali (Tahun 2011)
  • CIMB Islamic Small Cap – 1 kali (Tahun 2010)

4. Dana yang tidak pernah memberikan pulangan kurang dari 7% dari 2009 -2015

  • Eastspring Dana Al-Ilham

5. Dana-dana yang paling banyak memberikan pulangan 10% keatas

  • Eastspring Dana Al-Ilham – 5 kali
  • Public Islamic Opportunities – 5 kali
  • Kenanga Syariah Growth – 5 kali
  • PMB Shariah Growth – 5 kali
  • RHB Dana Islam – 5 kali
  • CIMB Islamic Small Cap – 5 kali

6. Dana-dana yang paling banyak memberikan pulangan 20% keatas

  • Public Islamic Opportunities – 3 kali
  • Kenanga Syariah Growth – 3 kali
  • PMB Shariah Growth – 3 kali
  • Affin Hwang Aiiman Growth – 3 kali
  • CIMB Islamic Small Cap – 3 kali
  • RHB Dana Islam – 3 kali

7. Dana-dana memberikan pulangan 30% keatas

  • PMB Syariah Growth – 3 kali
  • CIMB Islamic Small Cap – 3 kali
  • PMB Shariah Aggressive – 2 kali
  • Eastspring Dana Al-Ilham – 1 kali
  • Public Islamic Opportunities – 1 kali
  • Kenanga Syariah Growth – 1 kali
  • Affin Hwang Aiiman Growth – 1 kali
  • Kenanga Islamic – 1 kali

8. Dana-dana memberikan pulangan 40% keatas

  • PMB Shariah Aggressive – 2 kali
  • Eastspring Dana Al-Ilham – 1 kali
  • Public Islamic Opportunities – 1 kali
  • CIMB Islamic Small Cap – 1 kali
  • Affin Hwang Aiiman Growth – 1 kali

9. Dana-dana memberikan pulangan 50% keatas

  • Public Islamic Opportunities – 1 kali

Fund Volatility Dari Lipper Leader Rating

Sebelum anda memilih dana-dana diatas untuk pelaburan, elok lah jika saya list kan ciri2 dana tersebut yang boleh diambil kira sebagai maklumat penting juga.

Ciri Dana Unit Amanah Risiko

Lipper Leaders - Total Return

Lipper Leader - Consistent Return

Lipper Leader - Preservation

Each fund is ranked against its peers based on the metric used (such as Total Return or Expense), and the highest 20% of funds in each peer group are named Lipper Leaders, the next 20% receive a rating of 4, the middle 20% are rated 3, the next 20% are rated 2, and the lowest 20% are rated 1.

Bagi pendapat saya, preservation adalah daya tahan atau imuniti daripada kesan ekonomi negara kepada dana tersebut. Lihat PMB walaupun pulangannya tinggi tetapi terdapat tahun yang mencatatkan rekod negatif yang tinggi. Tetapi rugi juga jika tidak melabur di tempat yang mempunyai preservation 1 kerana return nya sangat lah tinggi. Oleh itu, saya telah sebutkan bagaimana cara mengatasi masalah ini disini.

Dalam kebanyakkan dana diatas, Eastspring Dana Al-Ilham, Public Islamic Syariah Growth dan Kenanga Syariah Growth mendapat ranking 5 dan 4. Maka ketiga2 dana inilah yang boleh diambil kira sebagai pemilihan untuk pelaburan.

Sebenarnya banyak pilihan untuk kita membuat pelaburan kepada unit-unit amanah ini. Kelebihan yang ada pada unit amanah ini banyak telah dibincangkan disini.

Jadi, apakah pilihan anda dalam memilih dana seperti diatas?

Jika anda memerlukan bantuan dalam memilih dana yang terbaik bagi pelaburan anda, boleh PM saya di 013 3330595

*Untuk tahun 2017, saya akan rumuskan dana-dana pilihan yang terbaik selepas genap setahun iatu bermula 1/1/2016-31/12/2016 penyata keluar.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

× Pertanyaan? Whatsapp je!