ASB, Tabung Haji Dan KWSP (Konvensional Dan Syariah) – Mana Yang Terbaik?

Saya amat suka membuat perbandingan side by side antara ketiga-tiga platform ini kerana ia jelas menunjukkan platform manakah yang paling tinggi dalam memberikan dividen dan seterusnya kita boleh membuat perancangan dan strategi yang teratur dalam membuat pelaburan.

Perlu kita tahu bahawa simpanan dan pelaburan tidak sama, tetapi 2 platform, selain dari KWSP ini boleh dijadikan simpanan dan pelaburan secara serentak.

3 ciri pelaburan dan simpanan yang bagus:

1. Liquidity – mudah untuk dicairkan / dikeluarkan pada bila2 masa

2. Return tinggi – melebihi simpanan di bank sudah mencukupi

3. Tiada appreciation/depreciation – harga tidak terikat pada satu unit atau nilai satu unit sama nilai nya dengan ringgit – tidak berubah sepertu unit trust.

Dua platform iatu ASB dan Tabung Haji hanya boleh dilabur oleh golongan Bumiputera manakala KWSP pula adalah untuk caruman hari tua bagi semua golongan.

Saya menerima satu soalan dari Non Bumi mengenai peluang mereka melabur ni platform seperti ASB. Off course, mereka tidak boleh tetapi berpeluang mendapatkan dividen yang setara dengan ASB dengan membuat sedikit adjustment kepada caruman KWSP, sebagaimana yang saya pernah highlightkan di halaman facebook saya:

Perbandingan antara ketiga-tiga platform dibawah ini adalah bagi 6 tahun yang sudah:

Amanah Saham Bumiputera – ASB.

Platform pelaburan diatas adalah yang paling stabil sekali dan terdapatnya jaminan oleh kerajaan.

Saya amatlah menggalakkan agar orang ramai penuhi tabung-tabung di platform pelaburan diatas terutamanya ASB – bagi bumiputera sebelum memulakan pelaburan di platform yang lain seperti Unit Trust.

Ini adalah kerana pulangan yang tinggi dan stabil – dan stabiliti inilah yang menjadikan pelaburan ini berisiko rendah. Mana-mana pelaburan yang bersiko rendah patut dijadikan main dalam diversify kan portfolio pelaburan kita, terutama kepada mereka yang konservatif dan tidak mahu mengambil risiko kepada pelaburan yang lebih bersiko tinggi seperti unit amanah.

Nampak dari gambar diatas bahawa ASB lah yang paling konsisten dan juga agak tinggi dalam memberikan dividen kepada pelaburan kita. Walaupun tak setinggi pada tahun-tahun sebelumnya, at least ia lebih bagus daripada platform sedia ada yang lain. So boleh jadikan ASB ni sebagai ‘main’ dalam portfolio pelaburan kita.

Selepas kadar di ASB mencukupi (bergantung kepada tahap penerimaan risiko pelabur) baru lah boleh beralih kepada platform yang aggressive seperti Unit Trust.

Anda perlu tahu okay terdapat Unit Trust yang berisiko rendah tetapi ia memerlukan amaun pelaburan yang amat tinggi supaya ia nampak berbaloi dan lebih relevan.

Tabung Haji

Selepas mengalami kerugian yang besar sejak dari beberapa tahun yang lepas telah memberikan dividen yang amat rendah bagi tahun 2018 iatu sebanyak 1.25% sahaja tanpa bonus. Ini adalah rekod yang paling rendah dalam masa 6 tahun dan ini menjadikan TH bukan lah platform bagi pelaburan yang setara dengan ASB.

Sebenarnya, TH bukan lah platform pelaburan sebagaimana tujuan asal penubuhan nya adalah untuk menguruskan duit bagi bakal haji. Tetapi dek kerana setiap tahun TH berikan dividen yang hampir sama dengan ASB maka ramai orang terlupa yang TH bukanlah organisasi pelaburan.

Tambahan pula, hibah yang diberikan oleh TH sejak dari tahun 2014 adalah bercanggah dengan Akta Lembaga Tabung Haji 1995 sehingga menyebabkan agensi itu mengalami defisit RM4.1 bilion (1)

KWSP – Konvensional Dan Syariah

Of course KWSP tidak boleh dilabur dengan menggukan tunai tetapi ia boleh dijadikan sebagai panduan atau benchmark dividen bagi platform yang lain seperti ASB dan Tabung Haji.

Kepada mereka yang sudah menukarkan KWSP mereka kepada shariah, maka dividen untuk KWSP syariah adalah 5.9% kurang 1.6% sahaja daripada KWSP non syariah iatu 6.15%.

Seperti yang saya dah sebut sebelum ni, untuk mendapatkan dividen setara ASB, non Bumi boleh menggunakan KWSP ini sebagai cara untuk melabur dengan meningkatkan jumlah caruman dari 11% kepada jumlah yang diinginkan.

Apakah Cara Yang Terbaik Untuk Melabur?

Tapi macam mana nak kasi pelaburan ini mantap? Kalau nak mantap kenalah ada strategi dan strategi itu adalah dengan membuat diversification.

Jika fund manager (funf manager ni termasuklah fund manager ASB, TH, LTAT, KWSP, KWAP dan juga Unit Trust) perlukan banyak syarikat dalam portfolio pelaburan mereka, traders saham perlukan beberapa stok untuk menjadikan pelaburan mereka selamat maka anda juga sebagai pelabur biasa juga harus pelbagai kan platform pelaburan anda.

Untuk maklumat lanjut boleh baca post saya di bawah ini.

Rujukan:

  1. https://www.sinarharian.com.my/article/7645/BERITA/Nasional/TH-tanggung-rugi-RM46-bilion-akibat-saham-susut-nilai

Azmarnizam Omar
Licensed Financial Planner
eCMSRL/B8401/2018
013 3330595
azmarnizam@gmail.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

× Pertanyaan? Whatsapp je!