Bagaimana LIPPER FUND AWARD Membantu Kita Dalam Membuat Keputusan Memilih Unit Trust Terbaik?

Bagaimana LIPPER FUND AWARD Membantu Kita Dalam Membuat Keputusan Memilih Unit Trust Terbaik?Apa kepentingan nya Lipper Fund Award ni kepada industri Unit Trust Malaysia?

Salah satu cara untuk kita mengetahui dana-dana yang terbaik adalah dengan merujuk kepada Lipper Fund Award, selain dari merujuk kepada sumber-sumber yang telah saya postkan sebelum ini.

Kerana, disinilah kita dapat menilai bagaimana Fund Manager membuat kerja, membuat keputusan, tahap kemahiran dan kecekapan dalam menguruskan dana-dana Unit Trust Malaysia ini.

Maka, dari ini kita akan tahu dana-dana ini punya performance pada masa akan datang. Ini adalah salah satu dari mekanisma untuk kita menilai performance dan prestasi sesuatu dana pada masa sekarang ini dan juga pada masa akan datang.

Ok lah, kirakan analogi nya begini lah. Lipper Fund Award ni kan saya katakan ibarat macam Oscar Award. Kita tahu akan Steven Spielberg punya hasil kerja, yang mana jika filem yang beliau terbitkan mesti bermutu tinggi.

Begitu juga dengan Lipper Fund Award ini, jika seseorang Fund Manger itu mendapat award sudah tentu lah dana-dana yang beliau kendalikan bermutu tinggi juga.

Tergamak kah anda memilih sesuatu dana yang tiada rekod pencapaian yang bagus, tanpa memilih dana yang telah mandapat award?

Untuk posting kali ini, saya hanya mahu share kan sahaja maklumat yang dikeluarkan dari The Edge pada minggu ini.

Semoga post ini bermanfaat.

Untuk pergi ke website Thomson Reuters Malaysia, sila klik pada gambar dibawah.

Untuk melihat secara detail list dana-dana yang telah dimenangi dalam The Edge Thomson Reuters Lipper Fund Awards 2017, sila klik pada gambar dibawah.

Untuk dana-dana yang telah dilistkan, saya hanya fokus pada dana Islamik sahaja.

List dana-dana ini telah pun saya sharekan pada post yang lepas iatu disini.

Dari post saya yang diatas, anda boleh membuat pilihan dana mana yang bersesuaian dengan kehendak anda dan tahap risiko yang anda miliki. Semua dana-dana yang disebutkan adalah yang terbaik dan terhidang untuk anda miliki.

Selamat Melabur!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

× Pertanyaan? Whatsapp je!