7 Mitos Mengenai Pelaburan Unit Trust

Beberapa mitos yang selama ini ramai orang fahami mengenai pelaburan Unit Trust

1. Melabur di unit trust dijamin rugi /untung – Tidak semestinya rugi dan tidak semestinya untung. Melabur di unit trust adalah salah satu bentuk DIVERSIFY, dan ia nya bergantung kepada jenis dana yang anda laburkan. Dengan diversify, risiko pelaburan unit trust anda dapat diminimakan dan keuntungan dapat ditinggikan. Sila baca di sini bagi post saya mengenai diversify. Anda juga kena pastikan dana yang anda labur kan itu adalah berkualiti, berprestasi tinggi dan mempunyai rekod pulangan (return) yang mantap. Salah satu cara untuk melihat dana tersebut bagus atau tidak adalah dengan melihat BENCHMARK. Jika dana tersebut dibawah benchmark, maka dana tersebut secara am nya tidak mantap dan patut fikirkan untuk labur ditempat lain.

2. Pelaburan Unit Trust dan Pelaburan Amanah Saham adalah sama – Ia adalah serupa tetapi tidak sama. Dari segi pulangan / return (ROI ) adalah tidak sama – Pulangan Amanah Saham (Seperti ASB) adalah hampir tetap dan konsisten, tetapi pulangan unit amanah adalah tidak menentu. Walaupun tidak menentu, dalam jangka yang tertentu – 5 tahun contoh nya, pulangan unit trust adalah lebih tinggi. DENGAN SYARAT, dana unit trust yang anada pilih adalah yang mempunyai rekod pulangan yang tinggi. Disini adalah cara untuk melihat dana yang mempunyai pulangan yang tinggi. Unit trust bukan lah pesaing kepada amanah saham ASB dan tabung haji, tetapi dia adalah pelengkap/melengkapi antara satu sama lain kepada pelaburan anda. Anda perlukan ASB dan Tabung Haji ini, bagi simpanan jangka pendek (tabungan emergency dll) – secara khusus nya.

3. Jangka Waktu Pelaburan Unit Trust Adalah Pendek – Ramai yang menjangkakan pelaburan unit trust adalah pelaburan jangka pendek. Mereka cenderung juga samakan nya dengan pelaburan ASB atau Tabung Haji. Mereka kecewa setelah setahun, hasil nya tiada. Suka dinyatakan disini bahawa pelaburan unit trust adalah pelaburan jangka masa pelaburan unit trust adalah sederhana dan panjang. Sekurang-kurang nya 3 tahun bagi anda melabur dan bagi anda mengetahui performance satu-satu dana unit trust. Secara asasnya, pelabur harus tahu apa objektif pelaburan unit trust ini. Contoh objektif yang common adalah untuk persaraan, untuk education anak-anak, untuk mengerjakan haji, untuk menbayar hutang dan lain-lain. Jika mahu dalam jangka yang pendek, pelabur sepatutnya melabur di amanah saham atau tabung haji, dan diversify kan sedikit di unit trust mengikut keupayaan kewangan yang sepatut nya. Selain itu, jangka masa panjang ada adalah perlu kerana compounding effect yang mana semakin lama pelaburan anda adalah semakin untung. Walaubagaimana pun, terdapat juga cara bagi mendapatkan return jangka masa pendek, tetapi ia memerlukan jumlah simpanan yang cukup besar.

4. Spot Waktu Sesuai Untuk Melabur – Melabur di unit trust bukan macam anda bermain saham. Dan melabur di unit trust tidak bergantung pada keadaan ekonomi.  Ada orang kata “Sekarang ekonomi tengah teruk, jadi tak sesuai untuk melabur”. Fakta ini adalah salah. Jika ekonomi tidak elok, maka ini adalah waktu yang sesuai untuk melabur kerana harga pada satu unit dana adalah sedang murah, jadi kita akan mendapat unit yang lebih. Melabur di unit trust tidak ada punyai waktu yang sesuai – semua waktu adalah sesuai untuk anda membuat pelaburan. Yang penting nya dalam melabur ini adalah KONSISTEN. Dengan konsisten ini lah yang orang cerdik pandai dalam pelaburan gelar kan ‘Dollar Cost Averaging’ (DCA). Sila lihat post saya mengenai DCA di sini.

5. Melabur sebelum dividen – Pendapat mengatakan bahawa adalah masa yang terbaik melabur dikala dividen menjelang tiba adalah kurang tepat sama sekali. Realiti nya, melabur selepas dividen adalah masa yang terbaik kerana harga bagi satu unit telah jatuh selepas diumumkan dividen. Tambahan pula, terdapat kos-kos yang lain yang akan dikenakan jika melabur disaat dividen akan diagihkan.

6. Saiz Dana (Fund Size) sesuatu unit amanah penentu prestasi – Tidak semestinya. Besarnya fund size (jumlah terkumpul duit pelabur dalam satu-satu dana) adalah tidak berhubung kait dengan keuntungan yang akan diperolehi oleh pelabur. Hakikatnya, terdapat banyak dana yang memberikan pulangan yang sangat tinggi kepada pelabur yang mana saiz dana nya dibawah 100juta. Contoh yang terbaik adalah seperti Dana Makmur Pheim. Fund size nya kurang dari 50juta tetapi ia konsisten dalam memberikan pulangan yang tinggi kepada pelabur dalam jangka waktu yang lama. Jadi yang penting nya adalah, apakah dana-dana itu bole bagi kepada kita sebagai pelabur? Jika secara rekodnya, pulangan nya tainggi, tak kira lah besar mana saiz dana, ia di kira berpestasi tinggi

7. Unit Trust yang popular adalah yang paling perform – Juga tidak semestinya. Popular sesuatu unit trust tidak memberi kesan terhadap keuntungan pelabur. Ia hanya popular sahaja tetapi keuntungan diberikan pada kadar yang telah diberikan. Senang kata, yang untung jika unit trust popular hanya lah memberi keuntungan kepada pemilik syarikat pelaburan tersebut. Realitinya, banyak unit trust yang berdaftar ni negara kita yang mempunyai return yang tinggi. Sebagai contohnya, Eastspring Dana Al Ilham, PMB Shariah Aggressive dan banyak lagi, memberikan return yang tinggi secara kumulatif (5 tahun) nya. Ini tak termasuk lagi dengan unit trust yang membuat pelaburan di luar Malaysia seperti CIMB Islamic Asia Pacific Fund, Aberdeen Islamic World Equity Fund dan lain-lain lagi. (Sila lihat disini bagi dana-dana unit trust ini)

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

× Pertanyaan? Whatsapp je!