Dilema Kini Masyarakat Malaysia Dalam Membuat Sales

Dilema masyarakat Malaysia kini, terutama nya Melayu dalam membuat sales.

Post ini saya siarkan di facebook saya pada 16 Jun 2019

The Power Of Sales knowledge Yang Setiap Kita Harus Ada.

Sedikit pesanan untuk diri ini dan juga kawan-kawan yang lain.

Selalu aku nampak status kawan2 aku macam ni:

“Aku nak jual barang ni, kalau sudi beli la hehehehe” <– Ayat macam segan2 je nak menjual.

My fren…kau nak jual barang pun takut2 atau segan2, jual aje la terus terang. Ni sure takut orang kata “Kau dah takde duit ke?”
Stigma kebanyakkan orang Melayu, kalau kita menjual means ko miskin…ibarat maruah ko tergadai. Ada yang sanggup miskin nak nampak kita bergaya – “Bior pape, asal bergaye”

Apa masalah nya nak tambah pendapatan? Zaman sekarang ni zaman kita grab opportunity. Kalau kau tak rebut, orang lain akan ambik.
Malah orang asing telah pun rampas sedikit peluang rezki.
Orang asing ni, hatta kalau dia diberikan lesen takaful atau unit trust sure diorang akan all out sampai takde chance orang tempatan nak kaut rezki. Ye lah, diorang datang sini untuk kerja saja. Kita ada semua perkara yang nak diambil kira. Tapi itulah hakikatnya.

Ilmu sales ni dalam bahasa kasar nya adalah ilmu mengampu, ilmu bodek, ilmu kipas, llmu aircond, kalau kita bekerja, ilmu nak upkan diri kita supaya orang trust diri kita.
Ilmu sales ni tak diajar kat sekolah mahupun universiti. Ilmu mulut manis ni kalau power boleh jadi kencing manis dijadinya.
Patut ilmu macam ni diajar kat sekolah atau universiti sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Jadikan ia subjek akhir.

Korang jangan padang bende ni negatif. Even kalau kau bekerja dengan orang pun ko kene ada ilmu sales aka bodek ni.
Ko boleh ke pergi mengadap CFO, CEO, VP sesaje je untuk bertanya khabar? Kalau sampai tahap macam tu, ko nye sales skill power. Orang besar2 ni nak kasi dia kenal kita aje. Once kenal kita, senang semua kerja.

Ni belum lagi sales produk dan servis. Kalau ko buat sales, orang lari dari ko tu standard lah. Rejection is everywhere. Orang yang lari tu pun tak tentu lagi satu hari nanti dia akan buat sales jugak.
Sepanjang hidup aku, dah banyak contoh.

Orang yang bekerja – terutama yang kerja swasta kene jugak belajar sikit2 buat sales dan juga cipta pendapatan kedua..
Kalau kene VSS dah ada backup. Kalau tak ada, buta2 je VSS takde backup menjajor nak cari kerja balik.

Sememangnya, kerja swasta ni, anytime je nak kene buang. Makin lama ko bekerja makin liabiliti dikaca mata syarikat. Kita ni malukut ditepi gantang aje. Sampai masa dikikis nya melukut tu jatuh la kita. Sebab tu keje ada backup. Cuma kene make sure tak ada conflict of interests (COI).

Ko akan ada satu kelebihan besar jika ada ilmu sales berbanding orang yang yang tidak ada ilmu sales.

“Learn as much as you can about your product or services you represents, but always remember that a sales is 75% art of listening and salesmanship and only 25% product knowledge”

Azmarnizam Omar

Licensed Financial Planner

013 3330595

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

× Pertanyaan? Whatsapp je!