Isu Cyrptocurrency Bitcoin – Haram?

Bitcoin dari kaca mata financial planner.
Sebagai seorang financial planner, tidak lah saya kisah dengan apa pun platform pelaburan yang dilakukan, asal kan ia adalah sah dari segi agama dan undang2 malaysia semua nya baik – atas dasar diversify your wealth.
So dengan cara ini anda tidak sahaja bergantung kepada satu platform yang mungkin akan menyebabkan anda mengalami risiko kerugian.
Salah satu platform yang orang ramai anggap sebagai platform pelaburan adalah bitcoin atau in generalnya cryptocurrency.
Ini memandangkan ramai client saya yang menceburkan diri dalam arena bitcoin ini.
Hangat orang memperkatakan mengenai bitcoin sejak kebelakangan ini. Yang pasti bila ramai orang memperkatakan, semakin popular bitcoin dan seterusnya semakin tinggi nilai bitcoin.
Paling last yang saya check adalah minggu lepas iatu nilai 1 bitcoin adalah bersamaan dengan RM37k, kini nilai nya semakin bertambah kepada RM43k. Ini adalah berkat kepada popular nya bitcoin ni – lol
Bitcoin itu Investment?
Saya rasa masih ramai orang confuse kerana mereka menganggap membeli bitcoin sama macam membeli saham. Ini termasuk lah saya pada mula nya.
Bitcoin adalah currency kerana nama nya pun adalah cryptocurrency.
Ada orang kata, beli bitcoin macam kita beli emas sebab nak mewujudkan bitcoin mereka kena melombong then baru lah bitcoin tu diperolehi.
Tapi sebenarnya tidak, bitcoin bukan commodity kalau tak, tidaklah ia dinamakan cryptocurrency sebaliknya cryptocommodity.

PAda asas nya bitcoin ni dicipta untuk memudah kan transaksi dan ia dilakukan secara digital tanpa ada kerenah birokrasi bank dan ejensi  kerajaan yang lain.
Bergantung kepada niat anda untuk apa anda beli bitcoin:
1. Jika anda membeli atas tujuan untuk transaksi – tukaran bitcoin kepada barang ini tidak lah menjadi masalah kerana itu lah tujuan sebenar ia dicipta.
2. Tetapi dari trend nampak kecenderungan orang ramai membeli kerana mahukan keuntunggan hasil dari bticoin appreciation. Beli pada harga murah jual pada harga tinggi dan ini dikatakan haram (2). Ini adalah kerana, turun naik kepada nilai bitcoin itu adalah bergantung kepada supply and demand dan ini terdapat kecenderungan kepada spekulatif di sini. Orang kata bitcoin bagus, dan ia menjadi viral maka demand akan tinggi seterus nya nilai semakin tinggi.

Jika ini lah keadaan nya, maka ia tidak ubah seperti main forex.

Jika kita bermain forex hukum nya haram kerana terdapat unsur gharar dan currency tidak bersandarkan pada apa2 medium atau commodity. Sebagaimana Ustaz Zaharudin Abd Rahman pernah katakan.
Saya ambil contoh jika kita beli saham TNB, maka kita tahu bahawa TNB menyediakan perkidmatan tenaga elektirk sebagai medium perkhidmatan kepada orang ramai. Sama juga jika kita beli saham Sime Darby, kita tahu bahawa Sime DArby punyai sektor property dan plantation sebagai sandaran – commodity.
Tetapi semua ini tidak ada pada currency mahupun cryptocurrency.
Satu perkara yang para pembeli bitcoin harus tahu adalah, jika mereka mahu tukarkan kembali kepada ‘fiat money’, mereka harus disiasat atas AMLA oleh Bank Negara Malaysia (3).
Perkara kedua adalah, masih tidak banyak lagi merchant yang mahu menerima bitcoin ni lagi, maka jika tidak banyak lagi maka apa guna beli bitcoin, jika tidak untuk jual pada harga yang tinggi?
Ada kemungkinan juga jika terdapat merchant yang menerima bitcoin, maka mereka akan mengenakan charge terhadap servis pertukaran keatas bitcoin tersebut. Sama lah macam kita menggunakan kad kredit ketika membeli barang atau perkhidmatan.
Scam Bitcoin
Dua cara untuk anda memperolehi bitcoin:
1. Adalah dengan cara membeli bitcoin tersebut mengikut harga semasa.
2. Adalah dengan cara melombong. Aktiviti melombong ini lah yang memerlukan kos yang tinggi, kerana anda harus ada miners atau apa yang dinamakan RIG.
Rig ini hanyalah sebuah komputer biasa yang mana jika untuk tujuan aktiviti melombong, anda harus mengeluarkan kos terutama nya grafic card kerana cpu yang ada pada grafik kad ini lah yang mempercepatkan lagi aktiviti melombong berbanding komputer yang mempunyai grafik kad biasa.
Maka disinilah scam pun tercipta. Kepada mereka yang tidak mahu melombong sendiri, maka anda boleh sub kan kerja-kerja tersebut kepada orang tertentu dan salah satu nya adalah Bitclub Network.
BitClub Network
BitClub Network dikatakan skim pyramid atau MLM atau Ponzi Scheme.
Sila baca link ini untuk detail https://99bitcoins.com/anatomy-bitcoin-scam-bitclub-network-analyzed/#prettyPhoto
Dan juga link ini http://kipicommunity.org/bitclub-network-review/
Apa yang saya perkatakan diatas adalah aktiviti bitcoin seeloknya dilakukan oleh sendiri dan mengikut platfom yang betul, bukan bergantung pada party yang lain dan terjerumus kepada scam atau MLM. Kerana bentuk aktivity yang berselindung disebalik bitcoin ini aadalah scam. Selain dari BitClub Network adalah Kodinar – Pitiscoin (1) yang telah pun diserbu oleh Bank Negara.
Walaubagaimanapun, crytocurrencies ini harus lah digunakan bagi perkara yang positif  iatu medium exchange sesuai dengan ciri2 nya yang amat bermanfaat kepada pengguna nya, rather the kita menganngap nya macam aktiviti forex mahu pun aktiviti scam dan MLM.
Apa2 pun kita tunggu sahaja lah BNM regulate kan nya pada tahun depan.
Untuk bacaan lanjut:
1. https://www.thestar.com.my/business/business-news/2017/11/29/koperasi-dinar-dirham-premises-raided-over-suspected-illegal-deposit-taking/
2. https://www.facebook.com/muamalat.my/posts/1551952238220853
3. https://www.thestar.com.my/business/business-news/2017/11/22/converting-of-cyptrocurrencies-to-come-under-anti-money-laundering-law/
4. https://www.thestar.com.my/business/business-news/2017/11/22/allow-cryptocurrency-usage-but-ban-its-use-as-speculative-tool/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

× Pertanyaan? Whatsapp je!