Preferred Unit Trust Fund June 2017

Jika ingin mencapai matlamat kewangan anda melaui pelaburan unit trust, maka perkara pertama yang harus ada dalam mindset anda adalah:
 – Pelaburan unit trust adalah pelaburan jangka masa sederhana dan panjang dan ini adalah jawapannya. (Sila lihat post saya disini mengenai diversify).
Dari situ, baru lah kita mendapat gandaan (compouding effect) dan dari situ baru lah matlamat kewangan kita tercapai.
Kemudian baru lah anda boleh pergi ke perkara kedua, iatu memilih dana yang terbaik bagi pelaburan anda. Tidak semua dana yang ada dalam market adalah yang terbaik, walaupun dalam jangka masa panjang, malah dia akan merugikan anda – wasting your time and energy.
Bak kata pakcik saya “Lebih baik biorkan saja duit tu dalam KWSP”
Perkara penting lain yang perlu diambil tahu adalah, kemana dana ini dilaburkan (asset allocation).
Sebagai contoh nya adalah CIMB Islamic Asia Pacific dan Eastspring Investment Dinasti Equity, kedua-dua dana ini mempunyai pelaburan (asset allocation) kepada syarikat Ali Baba. Kenapa fund manager memilih Ali Baba? Dari hari ke sehari fund manager akan follow up Alibaba ini.
Dan ini adalah yang terbaru:
http://www.thestar.com.my/news/regional/2017/06/10/ma-richer-by-rm119bil-in-just-one-day/
Dibawah ini adalah senarai dana yang saya kira adalah yang terbaik untuk dilaburkan buat masa ini.
Banyak lagi dana yang lain tetapi ini hanya lah personal opinion saya sahaja.
7 faktor mengapa saya menyenaraikan dana-dana dibawah ini dan saya tidak berhasrat nak share 7 faktor ni kat sini. Boleh berjumpa dengan saya secara face to face untuk saya menceritakan mengenai 7 faktor ini, selain dari saya advise mengenai dana-dana kecil yang lain, yang perlu diambil perhatian.

LOCAL FUND (MALAYSIA)
1. Affin Hwang Aiiman Growth
  • Equity
  • Kategori Aggressive (High Risk, High Return). For long term investment – manage the risk.
  • Investment Type: Diversify
  • 1 Year Return (Bloomberg 10 June 17) 12.64%. YTD Return 11.90%
  • Lipper Ranking: TBI
  • Lipper leader rating: Total Return: 4 Consistent Return: 4 Preservation: 3
Comment: Buat masa sekarang ini (10 Jun 2017), pelaburan keatas dana ini adalah baik, kerana dana ini baru sahaja declare divident. Dana ini boleh dijadikan sebagai diversify dan kedudukannya sekarang adalah sedang tinggi. Mempunyai potensi untuk naik lagi atas faktor PRU yang akan datang. Bergantung kepada kategori anda samada risk taker atau konservatif dan investment ini berbentuk jangka panjang (>3years).
2.PMB Shariah Aggressive
  • Equity
  • Kategori Aggressive (High Risk, High Return). For long term investment – manage the risk.
  • Diversify Investment
  • 1 Year Return (Bloomberg 10 June 17) 23.18%. YTD Return 11.90%
  • Lipper Ranking: 1st for 5 years in Malaysia Equity (Lipper 2017)
  • Lipper leader rating: Total Return: 5 Consistent Return: 5 Preservation: 1
Comment: Dana ini sememang nya jatuh pada tahun lepas dan kepada yang terus melabur kepada dana ini tahun lepas, mereka telah pun menikmati return nya sekarang ini. Ini adalah kerana dana ini telah mula uptrend sejak dari awal tahun 2017 lagi dan nampak akan terus lagi menaik. Tahniah diucapkan kepada fund manager dana PMB Shariah Aggressive ini.
3. Dana Makmur Pheim
  • Balanced Fund (Equity + Bond)
  • Kategori Low
  • For conservative / pensioner
  • Lipper Ranking: 1st in Mixed Asset Category
  • 1 Year Return (Bloomberg 10 June 17) 11.28%. YTD Return 9.12%
  • Lipper leader rating: Total Return: 5 Consistent Return: 5 Preservation: 2

Comment: Ini adalah dana “penyelamat”. Dana yang selalu dicadangkan kepada pelabur konservatif kerana dana ini adalah konsistent dalam memberikan return dan ia adalah ketegori Low Risk. Pelabur konservatif adalah golongan pelabur yang skeptikal, yang masih tidak faham dan ragu-ragu dengan pelaburan unit trust.

Pelabur konservatif juga adalah dalam golongan 50 tahun ke atas dan juga mereka yang sudah pencen. Golongan yang mempunyai modal yang banyak tetapi tak boleh menerima sebarang kerugian. Mereka ini adalah sesuai untuk melabur di dana seperti ini yang membolehkan mereka memperolehi income bagi setiap pelaburan mereka.

 

4. RHB Islamic Bond
  • Bond
  • Kategori Low – For Conservative
  • Investment Type: Main (for income investor)
  • Lipper Ranking: 1st in Islamic Bond
  • 1 Year Return (Bloomberg 10 June 17) 5.61%. YTD Return 2.85%
  • Lipper leader rating: Total Return: 5 Consistent Return: 5 Preservation: 3
  • Note: Min 100k capital amount for initial investment

Comment: Pengalaman saya dengan dana ini, kebanyakkan pelabur adalah dari jenis korporat dan ingin memperolehi return yang lebih daripada membuat simpanan di bank. Terdapat juga individu yang high net worth yang konservatif yang mahu melabur ni dana seperti ini. Minimum pelaburan adalah RM100k. Maka dana jenis ini adalah amat sesuai.
FUND OVERSEA (ASIA PACIFIC)
1.CIMB Islamic Asia Pacific Equity
  • Equity – Asia Pacific
  • Kategori Aggressive
  • Investment Type: Diversify
  • Lipper Ranking: 1st in Mixed Asset Category
  • 1 Year Return (Bloomberg 10 June 17) 11.28%. YTD Return 9.12%
  • Lipper leader rating: Total Return: 5 Consistent Return: 5 Preservation: 2

Comment: Dana alternatif/diversify kepada mereka yang mahu mencuba di dana luar (selain dari Malaysia) dan rantau Asia Pacific adalah yang amat sesuai.

Newly launched Fund
1. Eastspring Investment Islamic Small-Cap Fund (New)
 
Initial Offer Period: from 25 May 2017 to 14 June 2017
Asset Class: Equity
Sector: Small to Medium Companies
Geographical Allocation: Malaysia
Latest NAV Price: RM0.50
Syariah Compliance: YesMinimum Initial Investment: RM1000
Minimum Subsequent Investment: RM100
Minimum RSP Investment: RM100
Comment: Dana ini adalah attribute kepada dana sedia ada iatu Eastspring Investment Small-Cap Fund (PRUSCAP)
PRUSCAP ini adalah dana konvensional (Non Syariah) yang merupakan dana ranking nombor satu didalam kategori Small and Medium Fund (non islamic). Memandangkan fund manager ini  mengenendalikan dana ini sangat bagus dan prestasi dana ini sangat bagus dan terdapat high demand bagi dana syariah maka Eastspring telah melancarkan dana Eastspring Investment Islamic Small-Cap Fund.
Summary
Keynote:
Post Category: Technical
Past performance cannot indicate future return.
Walaubagimanapun, jika kita hendak memilih CEO takkan kita tak ambil kira mengenai past performance beliau? Maka past performance beliau adalah perkara pertama yang diambil kira. Begitu juga dengan kita sebagai pelabur.
Kemampuan dan tahap expertise fund manager ini sangat penting. Sebab itu lah kalau kita perhatikan, walaupun fund manager melabur dalam satu syarikat yang sama, tetapi fund manager yang expert tetap dapat membawa dana beliau dengan cukup bagus.
Bagi pelabur cash, fahami kapasiti dan tahap toleransi anda kepada kerugian terutama kepada fund kategori aggressive.
Azmarnizam Bin Omar
Associate Financial Planner
Phillip Wealth Planner
013 3330595
azmarnizam.osa@gmail.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

× Pertanyaan? Whatsapp je!