Perasan tak nilai duit 10 sen pada zaman sekarang ini boleh dikatakan hampir tiada.
Sampaikan anak saya nampak pun buat tak kisah je.
Lain halnya jika duit 50sen diatas lantai, berebut mereka mengambilnya.
Boleh dikatakan, nilai duit 10 sen sekarang ibarat nilai duit 1 sen pada tahun 1980an.
Ia adalah nasib yang sama menimpa kepada duit 1 sen dahulu semasa saya masih kecil tetapi masih juga boleh mendapat sebutir gula2.
Dan kini ia berlaku kepada duit 10 sen.
Apakah maksudnya ini?
Ini adalah sebenarnya wajah INFLASI.
Nilai duit memgalami susut nilai.
Nilai duit pada tahun ini tidak sama nilai barangan pada 10 tahun yang lepas.
Senang kata, dengan nilai yang sama, kita takkan dapat jumlah kuantiti barang sama antara sekarang dan 10 tahun yang lepas.
Sebab tu anda jangan berbangga jika anda lihat duit anda dalam akaun bank beratus2 ribu kerana setiap tahun nilai nya akan menurun.
Jika nilai duit mengalami susut nilai akibat inflasi, sebenarnya terdapat cara untuk menjadikan nilai duit ini kalis inflasi.
Ini lah yang dilakukan oleh para opportunist/kapitalis untuk deal dengan masalah inflasi ni kerana mereka faham bagaimana sistem kewangan ini berjalan.
Mereka tidak akan izinkan kehilangan walaupun sedikit wang.
Kebanyakkan orang-orang kita just ignore saja dengan masalah inflasi ni. Bagi mereka tak ada apa2. Sedangkan mereka mengalami kerugian dari tahun ke tahun.
Masalah ini jugalah yang saya hadapi semasa membuat perancangan persaraan (Retirement Plan) bagi client saya seperti didalam graf dibawah ini.
Jika mengambil kira infasi 2.5%, maka simpanan bulanan adalah RM2,655. Jika tanpa mengambil kira inflasi, maka simpanan bulanan hanya lah RM1,268. Banyakkan?
Perkiraan dengan inflasi 2.5%
Perkiraan tiada inflasi.