DIVERSIFICATION DALAM PELABURAN UNIT TRUST/AMANAH – PENTING!

Selamatkah Pelaburan Unit Trust/Unit Amanah Anda?

Satu mekanisma bagi meminimakan risiko dan memaksimumkan keuntungan adalah DIVERSIFY.

Dan berita baik nya adalah – diversify ini ada pada pelaburan unit trust anda.

Ini dinamakan diversified portfolio.

Terlalu banyak para bijak pandai membicarakan mengenai diversify ini. Salah satu yang popular adalah quote mengenai “Dont put all of your egg in one basket” iatu, jangan letakkan pelaburan anda disatu tempat sahaja, sebalik nya pelbagaikan.

Jangan tak tahu, diversify ini juga diamalkan dalam kerjaya kewangan!

Ramai yang membuat kerja sebagai penasihat pelaburan  dalam waktu yang sama membuat Takaful/Perlindungan. Ini dinamakan diversify of job.

The Power Of Diversification

Dont put all egg in one basket

Tanggungjawab diversify ini bukan hanya terletak pada fund manager, tetapi juga tanggungjawab anda sebagai pelabur.

Tanggungjawab fund manager adalah berkisar kepada dana yang beliau kendalikan sahaja. Fund Manager memikul tanggungjawab bagi memastikan fund yang beliau kendalikan sentiasa mendapat keuntungan setiap tahun.

Dengan duit pelabur yang ada, Fund Manager akan memilih apa syarikat yang pasti akan mendatang kan keuntungan dan sudah tentu syarikat yang dipilih bukan sekadar satu, malah berbelas2 syarikat.

Maka dengan ini, dana yang anda labur selamat dan kebiasaannya akan mendatangkan keuntungan.

Tanggungjawab pelabur pula adalah biasa nya berkisar kepada kebijaksanaan dalam memilih dana dan dana yang terbaik sahaja patut dipilih untuk dilaburkan. Oleh itu, pelabur harus berpegetahuan dan lengkapkan diri dengan ilmu pelaburan unit trust ini.

Dibawah ini adalah beberapa jenis diversification yang harus ada, yang menjadikan dana unit trust yang anda labur lebih selamat lagi menguntungkan.

1.Fund Asset Allocation Diversification (Fund Manager Role)

Eastspring Dana Al Ilham Top Holding

Ini adalah satu contoh dana dimana jika kita lihat dibahagian Top Holding nya, terdapat syarikat2 seperti TNB, Axiata, Sime dan IHH. Sebenarnya banyak lagi tetapi hanya 5 terbesar sahaja yang dilistkan oleh Bloomberg.

Syarikat2 ini lah duit para pelabur dilaburkan dan jika kita lihat, pada tarikh hari ini iatu 21 December 2016 syarikat seperti TNB dan Sime mendapat keuntungan manakala syarikat IHH dan Axiata mengalami kerugian.

Disini kita nampak bagaimana syarikat tersebut backup sesama sendiri iatu bila satu rugi, satu akan untung makan ini lah dinamakan diversification yang mana jika kita laburkan pada satu tempat sahaja, risiko kerugian tidak dapat dielakkan.

2. Diversify on Fund (Investor Role)

Power Diversify Of Fund Malaysia

Sebagai pelabur, anda tidak digalakkan untuk melabur pada satu sahaja dana, sebalik nya labur lah kepada 2 atau 3 dana.

Ini adalah sudah mencukupi dengan syarat, dana yang anda pilih harus lah mempunyai rekod agihan/return yang memberangsangkan.

Sila lihat di sini untuk dana-dana yang bagus untuk dilaburkan.

Cuba lihat list dana di dalam jadual diatas. Jika anda memilih satu sahaja dana, sebagai contohnya PMB Shariah Aggressive, maka anda akan mendapat negatif -7.91 pada tahun 2014, seterusnya anda akan mengalami sedikit kekurangan keuntungan.

Jika anda memilih dua dana, iatu PMB Shariah Aggerissive dan Eastspring Dana Al-llham, maka jika anda mengalami penurunan pada tahun 2014 bagi dana PMB iatu -7.91 maka dana Eastspring telah menjadi backup anda dengan memperolehi 7.20%.

Ini belum lagi jika anda memilih 3 dana untuk dilaburkan, maka ketiga2 dana tersebut akan backup each other.

Ini lah konsep diversify yang dapat menguntungkan anda sebagai pelabur selain meminima kan risiko kerugian.

Satu lagi konsep diversify yang harus dipraktikkan adalah Diversify dengan jangka masa sederhana dan panjang.

3. Diversify thru asset allocation.

Setiap satu dana mempunyai pro and cons nya. Dana2 ini mempunyai ciri2 seperti volatitility dan preservation.

Bergantung kepada profile pelabur, jika pelabur itu muda dan faham dengan pelaburan unit amanah, maka dia digalakkan untuk melabur lebih kepada dana yang aggressive. Contoh Equity Fund.

tax-model-strategies

Jika pelabur itu skeptikal dengan pelaburan unit amanah dan bersikap konservatif, makan allocation untuk pelaburan nya harus lah dilebihkan kepada dana yang stabil dan kurang aggressive. Contoh: Mix Asset Fund.

diversification_assetmix

Diatas ini hanyalah satu contoh asset allocation bagi pelaburan secara am.

4. Diversify Over Medium And Long Term

Melabur dalam jangka waktu tertentu adalah salah satu bentuk diversify.

Visikewangan Compouding Effect

Semakin lama anda melabur, semakin selamat akan pelaburan anda dan semakin tinggi return atau pulangan yang anda perolehi. Ini adalah disebabkan oleh compounding effect.

Sila lihat kepada rajah disebalah mengenai kepentingan compounding kepada pelaburan Unit Amanah.

Untuk pelaburan Unit Amanah, jangka waktu yang sesuai adalah janka sederhana dan panjang. Jangka masa pendek juga boleh dilakukan dengan syarat, amaun pelaburan anda harus lah tinggi, mungkin memerlukan RM500 ribu ke atas dan memerlukan beberapa strategi.

5. Dollar Cost Averaging.

Dollar Cost Averaging (DCA) juga merupakan salah satu bentuk diversify. Penting tak penting lah DCA ini sehinggakan Warren Buffet berkongsi pengalaman beliau dengan DCA ini melaui quote di bawah ini.

If you investdin a very low cost index fund where you dont put the money in at one time, but average in over 10 years you’ll do better than 90% of peopple who start investing at same time – Warren Buffet

Visikewangan Warren Buffet DCA

Cerita mengenai DCA ini amatlah panjang dan saya kepilkan video ini sebagai maklumat mengenai DCA ini.

Sila PM 013 3330595 untuk sesi runding cara. Sila Email azmarnizam@visikewangan.com.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

× Pertanyaan? Whatsapp je!