5 Sebab Anda Harus Ambil MORATORIUM

Sejak moratorium diperkenalkan sejak dari tahun lepas, saya menerima banyak pertanyaan adakah perlu kita ambil atau tak.
Sehingga moratorium yang kedua ni pun masih lagi ada yang berkira-kira untuk mengambilnya.

Selain dari moratorium terdapat lagi beberapa bentuk peluang yang boleh kita manfaat kan dan untuk kita rebut peluang ini sepertu iSinar, iCitra, BPN, GKP dan lain-lain lagi.
Moratorium dan iSinar/iCitra ini bukanlah bantuan direct dari kerajaan tetapi adalah inisiatif dari kerajaan sebagai pilihan untuk mereka yang betul-betul memerlukan.
Bantuan direct dari kerajaan adalah seperti BPN, GKP, diskaun TNB dan banyak lagi yang tak perlu kita fikir dua kali untuk mengambilnya.

Di sini saya nak fokus kan kepada moratorium dan iCitra ini.
Saya nak kongsikan 5 sebab atau golongan yang saya perlu ambil moratorium tak kisah lah jika terdapat lagi pada masa akan datang bentuk peluang semacam ini, anda tak perlu fikir panjang lagi jika anda termasuk dalam 5 golongan ini.

Saya juga telah videokan perkongsian ini seperti video youtube dibawah ini.

KATEGORI 1
Kategori 1 adalah individu atau mereka yang mempunyai cash flow atau aliran tunai yang TIDAK MENCUKUPI.

Maksud nya, lepas gaji tolak dengan segala perbelanjaan, tak ada langsung lebihan.

Tak kisah lah samada sebelum pkp atau selepas pkp, tak mempuyai lebihan untuk tujuan saving.
Maka golongan macam ini digalakkan untuk mengambil bantuan ini.
KATEGORI 2
Kategori 2 adalah mereka yang MEMPUNYAI HUTANG dengan FAEDAH atau interest yang TINGGI.
Hutang yang mempunyai interest paling tinggi dari segala hutang adalah hutang CREDIT CARD.
Tahukah anda interest atau bunga untuk kredit kad INI adalah 18% setahun?
Interest yang jenis macam ni lah yang kita nak kene kill dulu.
Jika tidak, anda akan selama-lama nya berada dalam kesempitan wang.
Jadi Jika anda mempunyai hutang jenis ni, ambil lah moratorium dan settle kan segala hutang kredit kad anda.
Jangan la pulak anda AMBIL MORATORIUM dan TERGUNA duit ini pada perkara yang lain.
Ingat! Terus saja allocate duit tu untuk bayar terus hutang kredit kad anda tu.
KATEGORI 3
Kategori 3 adalah mereka yang tidak mempunyai tabung kecemasan selama 3 bulan pendapatan.
Kategori individu jenis ni tak punyai masalah dengan cash flow dan anda mempunyai sedikit lebihan untuk simpanan atau tabungan.
Walau bagaimana pun, anda tak mempunyai simpanan yang ideal iatu gaji selama 3 bulan bagi tujuan tabung kecemasan.
Contoh: Jika anda mempunyai gaji sebanyak RM5 ribu, maka anda harus mempunyai simpanan bagi tabung kecemasan sebanyak 3 bulan iatu RM15 ribu ringgit.
Maka mereka dalam kategori ini digalakkan untuk mengambil bantuan ini.
KATEGORI 4
Kategori ke empat adalah mereka yang TIDAK MEMPUNYAI PERLINDUNGAN PENDAPATAN & PERUBATAN.
Perlindungan pendapatan atau perubatan yang dimaksudkan adalah takaful atau insuran.
Kerajaan juga ada beri bantuan perlindungan mySalam terutama nya kepada golongan B40.

Ya itu lah salah satu usaha kerajaan untuk memperkenal kan takaful atau insuran kepada rakyat malaysia.

Ada orang tanya, penting ke perlindungan takaful ni?
Penting juga jika anda ditimpa musihah seperti kemalangan,
kematian atau pun sakit yang berpanjangan maka anda aken menerima pampasan yang berdasarkan pekej dan caruman yang anda buat.
 
Jadi dengan duit ini lah ANDA gunakan untuk kesinambungan hidup ANDA atau pun keluarga ANDA jika kita ditakdirkan meninggal dunia.
Manakala perlidungan perubatan pulA jikalau anda ada, kos perubatan ditanggung oleh pihak takaful tanpa ANDA keluarkan duit saving ANDA, jadi ANDA masih lagi ada saving.
Jadi bagi kategori jenis ni, anda amatlah digalakkan untuk ambil.
KATEGORI 5
Kategori 5 adalah untuk mereka yang tidak terlibat dengan kategori 1-4 yang saya sebut kan sebelum ini

Ini adalah kerana terdapat juga golongan yang tak terlibat seperti nombor 1 hingga 4 tetapi nak jugak ambil.

Itu tiada masalah kerana anda boleh gunakan untuk tujuan:
1. Kecemasan
2. Faktor liquidity.

Untuk faktor kecemasan adalah kerana ketidakpastian pada masa akan datang.
Kita mungkin senang buat masa ni, tapi tak tahu akan datang.
Mungkin kene buang kerja atau tiada lagi projek dalam bisness kita.
 
Faktor liquidity pula adalah SIMPANAN YANG senang untuk kita cairkan.
Ini khas untuk iCitra yang mana kita dapat RM5000 dari kwsp.
Bila kita dapat keluarkan duit iCitra tu, kita boleh gunakan bila2 masa sahaja berbanding jika duit tu berada kat kwsp.
Yang mana pada umur 50 TAHUN sahaja kita boleh keluarkan duit itu, dari akauan DUA manakala pada umur 55 untuk akaun 1.
Kita tak tahu apa akan terjadi pada pekerjaaan kita pada masa akan akan datang ni kan.
Lebih2 lagi pada masa pendemik covid ni, yang maana rata2 rakyat malaysia terkesan.
Ada yang kene buang kerja, ada yang dapat potongan gaji, untuk yang bisness pula ada yang tak ada projek dan tak banyak income.
 
Untuk kategori 5 ni, faktor yang paling penting adalah DISIPLIN.
Bila dapat sahaja duit NI, terus masukkan ke dalam saving atau labur ke instrumen yang reliable dan yang memberikan keuntungan lebih dari faedah pinjaman.
Perkongsian saya di atas hanya lah untuk panduan sahaja.
Agar mereka yang masih lagi berkira2 itu mempunyai keputusan yang tetap.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

× Pertanyaan? Whatsapp je!