5 Tips Kenalpasti Scammer Pelaburan

Saya sharekan juga di facebook saya mengenai usaha scammer menangguk di air yang keroh dan mengambil kesempatan melalui kesusahan orang lain di waktu yang kritikal ini.

Assalamualaikum.

Pelaburan RM400 Untung RM3000 Dalam 24 Jam!

Hari terima call dari seorang sahabat.
Dia terbaca satu…

Posted by Azmarnizam FAR FPR on Sunday, November 29, 2020

 

Saya share kan tip-tip untuk mengenal pasti syarikat tersebut adalah scam atau pun genuine. Berikut adalah 4 tip-tip syarikat scam:

1. Syarikat Tidak Berdaftar Dengan Suruhanjaya Sekuriti (SC) Dan Bank Negara
Kebanyakkan syarikat scam tidak berdaftar dengan SC. Garis panduan SC amat ketat dan mustahil syarikat scam ni boleh patuhi.
Yang pasti mereka akan pegang sendiri duit pelabur jadi mudah untuk mereka gunakan dan juga potensi untuk disalah gunakan juga adalah tinggi dan tiada jaminan jika ia berlaku.
Kita boleh check dari website SC syarikat-syarikat yang tak berdaftar dengan SC ni melalui link di bawah ni.
Bagi penerimaan deposit pula (mengutip wang dan dana), mereka seharusnya mendapatkan lesen dari BNM pula sebagaimana yang termaktub dalam Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA)

2 Syarikat Tidak Mempunyai Trustee
Syarikat yang ikut garis panduan dari SC harus lah mempuyai trustee. Trustee ini lah biasanya yang akan memegang duit pelabur-pelabur, bukannya syarikat tersebut.
Satu syarikat yang penah saya temui, bila ditanya oleh client saya adakah syarikat ni mempunyia trustee? Dengan tenang dia menjawab “Kami syarikat Bhd dan tak perlukan trustee”
Tak kisah apa jenis pun syarikat deal dengan duit pelabur, harus lah mempunyai trustee.
In case syarikat ini terkubur, maka duit tersebut masih selamat lagi dan boleh diperolehi dari trustee tersebut.
Jika tiada trustee, maka anggap halal sahajalah duit anda tu jika syarikat tersebut tidak dapat membayar balik.
Jika syarikat tersebut mempunyai trustee luar, maka ia juga tidal valid kerana hanya trustee yang didaftarkan oleh SC sahaja yang boleh dipercayai.
Trustee terbesar di negara kita adalah Amanah Raya dan trustee yang lain adalah seperti Maybank Trustee Berhad, HSBC Trustee Berhad dan banyak lagi.

3. Bagi pulangan Yang Tinggi Tak Masuk Akal
Biasa syarikat ni nak umpan mangsa dalah dengan offer keuntungan yang tinggi dah tidak masuk akal.
Sebagai contoh labur RM400 dan keutungan RM3000 dalam masa 24 jam. Tak ke tak logik nye?
Ye la kan, sekali pandang memang very tempting dan sangat menarik.
Tetapi keuntungan yang tak masuk akal ini adalah tidak logik dan dari segi agamanya pula, adalah tidak patuh syariah.
Keuntungan dari ASB dan Tabung Haji cukuplah untuk kita jadikan benchmark sebenarnya dan jika ada pun tinggi, hanya lah dalam 15% dan tidak lebih dari itu.

4. Syarikat Tidak Nyatakan Jenis Dan Bentuk Pelaburan Dibuat Dengan Jelas.
Dalam kes post saya di facebook, tidak diterangkan cara pelaburan dibuat dan jika adalah ia tidak dibuat dengan jelas.
Sepatutnya mereka terangkan jenis pelabura yang macam mana, adalah ia bentuk pelaburan ekuiti, hartanah, reit, emas, bond dan sebagai nya.
Dari situ kita boleh tahu akan keaslian pelaburan mereka dan kita bebas sebenarnya untuk bertanya dengan lebih lanjut mengenai pelaburan tersebut.
Tak risau ke kita kalau duit kita digunakan untuk aktiviti haram dan jugak keganasan?
Kalau kita terpalit, besar musibahnya beb!

5. Dapatkan Khidmat Nasihat Dari Perancang Kewangan
Skop Perancang kewangan amatlah besar dan kebanyakkan mereka mempunyai akses kepada banyak bentuk pelaburan.
Syarikat yang pelik-pelik bila mereka dengar, mereka akan teliti dan periksa dengan lebih lanjut, sebagaimana yang saya lakukan untuk sahabat saya di post facebook saya.
Asas kepada pelaburan adalah risiko yang mana kita harus tahu tahap penerimaan risiko kita.
Mereka yang lanjut usia, menghampiri pencen, mempunyai simpanan yang sangat terhad digalakkan untuk membuat pelaburan sedia ada yang mempunyai jaminan terutamanya jaminan dari kerajaaan seperti ASB, Tabung Haji dan sebagainya. Priority dan penuhi investment anda ditempat ini dulu sebelum diversify ke pelaburan yang lain2. Biasanya perancang kewangan akan bagi khidmat nasihat yang lanjut mengenai ini.
Pelaburan ilmu juga amatlah penting untuk mengelakkan kerugian. Kerana scammer ni sangat licik dan sentiasa berubah cara untuk memperdayakan orang ramai. Sebagai contohnya adalah scam macau – melalui cara mempedaya melalui phone.

Di bawah ini adalah satu contoh post saya berkenaan dengan syarikat yang menawarkan keuntungan yang tak masuk akal tinggi nya.
Dan saya galakkan agar kita belajar untuk memahami bagaimana ciri-ciri skim pelaburan scam ini sebagaimana yang saya terangkan di sini.
Saya amatlah galakkan untuk kita pilih pelaburan yang legit dan mendapat kelulusan dari pihak yang berwajib.

Tip yang saya kongsikan diatas adalah berdasarkan pengetahuan dan pengalaman yang saya ada. Terdapat banyak lagi tip-tip dari orang lain yang boleh diambil kira.
Yang mana selamat dan sempat diberi nasihat alhamdulillah tapi amatlah ralat jika saya sendiri terbaca dan tak dapat berikan khidmat nasihat kepada mereka yang terjebak ni.
Mereka yang terjebak ini bukan lah tamak tetapi hanya nampakkan peluang yang ada tanpa mempunyai ilmu mengenai pelaburan.
Yang pasti, syarikat scam ni terus menjadi favourite di dalam banyak lagi pilihan platform yang genuine ini.

Jadi please please please, bawak bertenang dalam buat keputusan dan rajin-rajin lah bertanya.

Azmarnizam Omar
Licensed Financial Planner
eCMSRL/B8401/2018
013 3330595

4 thoughts on “5 Tips Kenalpasti Scammer Pelaburan”

  1. Pingback: Private Trust Tipu? | Visikewangan

  2. Memang ramai yg bertanya tentang pelaburan dlm Preferred Trust ni. Ramai yg percaya ia adalah pelaburan yg genuine dan tak kurang juga yg percaya ia adalah scam.
    Kebanyakan yg melabur beri komen tentang dividen bulanan yg diterima dividen bulanan mengikut kadar yg dijanjikan…tapi yg kategori ni semuanya samada baru beberapa bulan menyertai skim ni atau yg bekum cukup 2 tahun tempoh pelaburan.
    Kalau boleh kita nak komen dari pelabur2 yg dah matang pelaburan mereka (2 tahun) dan dah dapat pulangan modal pokok.
    Apa yg saya difahankan, memang selepas 2 tahun pelaburan, investor boleh dapat semula modal yg dilaburkan. Tetapi ada pelabur2 lain yg mengatakan bahawa pulangan modal yg dilaburkan bukan dlm bentuk tunai, tetapi diconvert oleh sykt Preferred Trust ni ke dlm bentuk unit…pelabur yg nak duit cash kena jual unit ni (rasanya mcm unit saham amanah). Masalahnya unit ni kalau nak dijual dengan face value RM1 utk setiap unit biasanya tiada siapa yg nak beli. Pilihan ya ialah kena bagi diskaun harga unit ni di bawah nilai face valuenya….itu pun katanya tak ada sesiapa yg nak beli. So akhirnya pelabur simpan je unit yg dia ada tu. Akhirnya kalau dicongak kira jumlah pelaburan dan jumlah dividen yg diterima dlm tempoh 2 tahun, pelabur akan mengalami kerugian kerana pulangan dividen utk 2 tahun adalah kurang dari jumlah pelaburan yg telah dibuat. In case pelabur rugi dan buat laporan ke SC pun tiada tindakan undang2 yg SC boleh ambil ke atas sykt ni sebab sykt ni tak didaftarkan di SC….sebab tu la SC masukkan nama sykt pelaburan ni dlm senarai list red alert.
    So bagi yg dah melabur, sebaiknya pastikan akan dapat semula pulangan tunai ke atas jumlah pelaburan yg telah matang (2 tahun).

    1. Terima kasih Suhaimi atas pandangan dan perkongsian.
      Logik juga disitu.

      Kalau benar lah bagai dikata, ternyata ada masalah di situ.
      Pelaburan yang betul2 genuine bawah SC, kita boleh dapat balik duit kita secara cash pada nilai semasa no matter what.

  3. Saya dah dgr penerangan dari ejen dorang. Mmg x berdaftar di Malaysia tapi berdaftar dgn badan kerajaan Indonesia yg terlibat dalam perdagangan. Dan ini mmg sy check sndiri mmg wujud dan ada no izin di Indon. Projek2 pon ditunjuk, tgk skali trading chart.

    Saya mintak contoh yang dah abis jual unit, tgh jual unit pon dorang boleh bagi.

    Tuan bg cth company scam bg return cepat dlm masa 24jam. Tp company ni tak bg return secepat itu (ambik masa 4-6 tahun jgak lbih kurang mcm unit trust malaysia)

    Pasal berdaftar, byak jgak syarikat yg mmg berdaftar dgn SC malaysia buat scam.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

× Pertanyaan? Whatsapp je!