Bersediakah Kita Untuk Bersara?

Baru-baru ini saya berjumpa dengan seorang rakan saya yang merupakan seorang client saya juga yang telah balik ke Malaysia selepas bekerja di negara jiran selama setahun lebih.
Disebabkan oleh PKP maka ia membolehkan dia bekerja dari rumah iatu di Malaysia.

Tetapi baru-baru ni saja lah dia resign sebab rasa tak sanggup nak balik ke negara jiran untuk bekerja semula di pejabat.
Nampak macam ada trauma lah seoah-olah macam serik.
Lalu saya bertanya lah dia kenapa dia tak balik, kata dia rasa macam tak sanggup nak bekerja sehingga pukul 12 malam tiap-tiap hari dan start pergi kerja pagi keesokan hari nya. Life kat sana terlalu penat dengan bekerja macam tak ada lain lagi dalam hidup selain dari bekerja seteruk tu.
Kata dia lagi, warga sana ada yang bekerja sehingga umur 70 tahun. Maknanya, bekerja pada umur 70 tahun ke atas tu adalah perkara biasa.
Kalau kat negara kita Malaysia ni, umur 70 tu standard dah lama pencen dan bersedia untuk kita beramal ibadat.
Tetapi melalui pemerhatian saya, negara kita ni tampak menuju ke arah tu.
Jika ini berlaku, ia merupakan disaster lah pada saya.
“Tabungan persaraan tak mencukupi” ni satu faktor utama sebab tabungan ni selalu kita kacau. Tabungan yang saya maksudkan kat sini adalah tabung KWSP.

Kita pun maklumkan, KWSP ada dua akaun. Akaun 1 dan akaun 2. Akaun 2 ni banyak kaedah untuk kita memohon pengeluaran. Dari perumahan, belajar, allocate untuk haji, i Lestari dan macam-macam lagi.
Tapi yang terbaru ni saya agak tidak selesa kerana akaun 1 yang selama ni tak pernah dikacau tapi kali ni dikacau – iatu melalui -i-Sinar.
Takpe lah kan untuk mereka yang memerlukannya, tapi impak nye itu lah, ada kemungkinan kita akan terus bekerja sehingga lanjut usia.

Perkara ni lah yang selalu financial planner bangkit kan dan jadi subjek yang penting dalam ilmu financial planning – iatu retirement plan.

Saya just hightlight kan dan nak ambil contoh 3 pengeluaran yang dibenarkan baru-baru ni seperti:
1. i-Lestari – Pengeluaran RM500 selama setahun. RM6000
2. i-Sinar – Minimum pengeluaran adalah RM10k dan mereka yang layak akan mendapat 10% dari akaun 1 dan ini terhad maksima sehingga RM60k sahaja.
3. Pengurangan caruman pekerja dari 11% kepada 9%

 

Saya nak tahu berapa jauh sangat kah impak 3 perkara diatas terhadap persaraan kita.

Saya buat perkiraan ni dengan menggunakan application saya iatu di app.visikewangan.com.
Andaian saya adalah:
1. Pendapatan pencen yang saya kehendaki – RM5000/sebulan
2. Umur pencen – 55
3. Tempoh pencen – 15 tahun (umur 70)
4. Inflasi 3%
5. Termasuk juga simpanan, pelaburan, saham, EPF, unit trust etc
6. Dan lain-lain yang kurang penting dalam perkiraan ini

Hasil nya adalah persaraan yang saya kehendaki tak mencukupi.
Short selama setahun 3 bulan. Maknanya, dana simpanan saya boleh bertahan sehingga umur 68 tahun 7 bulan sahaja

Apa jadi kalau saya ambil i-Sinar?
kalau saya ambil 10%  akaun 1 kwsp melalui program i-Sinar, dana saya bertahan hanya sehingga 13 tahun sahaja. Short 2 tahun. Maknanya ngam2 umur 68 duit habis

Apa jadi kalau saya kurangkan caruman KWSP saya dari 11% kepada 9%?
Dana boleh bertahan sehingga 12tahun 8 bulan, iatu umur saya 67 tahun 3 bulan

Bagaimana jika saya amil i-Lestari?
Bagaimana pulak kalau saya ambil ketiga2 nya sekali iatu i-Lestari + i-Sinar + 9%?

Apa tindakan saya? Dan apa yang saya cadangkan kepada client?
1. Lanjutkan umur pencen dari umur 55 kepada umur 56 tahun atau
2. Tempoh pencen saya kene pendekkan iatu 14 tahun (umur 69)
3. Tambah pendapatan supaya saving jadi banyak.

Not bad lah kan, saya kira saya boleh buat dengan cara ke 3 sebab saya takrela rasanya nak lanjutkan umur persaraan dan nak kekal kan dana persaraan saya mencukupi sehingga umur 70 tahun.

 

Saya pun tak lah plan untuk pencen duduk lepak saja kerana saya masih nak buat aktiviti jana pendapatan cuma secara leisure saja.

Tapi semua tu dengan syarat jika saya sihat dan mempunyai perlindungan takaful.

Anda bagaimana pula?
Jika nak saya kirakan berapa jumlah dana persaraan saya, just whatsapp saya dibawah ini.

Azmarnizam Omar
Licensed Financial Planner
013 3330595

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

× Pertanyaan? Whatsapp je!