Tak rasa risau kah kita, di hari persaraan kelak kita masih lagi perlu bekerja.
Terutama nya kepada mereka yang bekerja di sektor swasta yang mana, mereka hanya mengharapkan pada simpanan pada kwsp sahaja.Belum lagi selepas ditolak dari akaun 2 terutamanya, bagi pelbagai kegunaan seperti pembayaran perumahan, deposit rumah pertama, kos pengajian dan lain-lain lagi.
Kata bijak pandai, bersara pada umur 55 adalah bersara paksa. Kerana jika anda nak bersara, tak perlu tunggu umur 55 baru nak bersara. Sepatutnya kita sudah boleh bersara awal, jika kita tahu bagaimana untuk mendapatkannya.
Kebanyakkan mereka yang masih bekerja diusia persaraan ini adalah kerana masih lagi mempunyai tanggungan dan juga keperluan kepada perubatan.
Perkara ini tak sepatut nya berlaku jika kita ambil langkah awal lagi iatu membuat persediaan bagi persaraan.
Perkara yang penting yang perlu kita lakukan adalah:
- Pelaburan ilmu. Pelaburan ilmu adalah sangat penting kerana dengan ilmu kita dapat laksana kan perkara2 dibawah yang saya tuliskan ini. Ini termasuk lah pergi ke seminar2, membaca buku mengenai kewangan dan jugak bisness.
- Rancang kewangan anda sejak awal lagi. Sekurang2 nya pada umur 40 sudah ada perancangan yang rapi bagi persediaan persaraan. Dengan cara ini kita akan bersara dengan gembira nya.
- Hentikan mencipta hutang baru – pada umur 40 terutamanya, hentikanlah membuat hutang baru seperti membeli kereta baru, ambil loan peribadi untuk pelbagai kegunaan seperti renovate rumah, buat bisness baru dan macam-macam lagi.
- Tambah income – Buat apa2 perkerjaan yang boleh menambahkan lagi income. Dengan income yang lebih ini baru lah boleh mencapai perancangan pada perkara 4 dan 5 dibawah ini. Join lah apa2 seminar dalam apa2 bentuk perniagaan asalkan bukan yang scam adan skim cepat kaya. Bagi saya, pekerjaan yang terbaik adalah dalam sektor perkhidmatan seperti advisor bagi pelaburan unit amanah, insuran, REN (Real Estate Negotiator), menjadi instructor/tenaga pengajar, perkhidmatan membuat web/desinger dan macam-macam lagi.
- Lipat gandakan simpanan anda – cara ini adalah dengan mambuat pelaburan/ investment
- Perlindungan/Insuran – ini sepatut nya awal2 lagi perlu kita ambil kerana di alam persaraan nanti kita tidak mempunyai bantuan bagi perubatan.
Banyak lagi perkara yang boleh dilistkan diatas tetapi pokok nya, buatlah apa persediaan bagi masa depan kita.
Azmarnizam Omar
013 3330595