Setiap pelaburan datang bersama dengan risiko. Oleh itu, sebelum membuat pelaburan, perkara pertama yang harus difikirkan adalah RISIKO, terutama perkara yang melibatkan wang.
Risiko ini secara am nya terbahagi kepada 3. Iatu rendah, sederhana dan tinggi.
- Risiko rendah adalah seperti simpanan di bank, pelaburan amanah saham (ASB, ASN), fixed deposit, money market etc.
- Risiko sederhana adalah seperti pelaburan ke unit amanah/unit trust (Equity), hartanah etc
- Risiko tinggi adalah seperti pelaburan emas, forex, stock trading etc.
Untuk pelaburan unit amanah atau Unit Trust pula, risiko-risiko nya adalah:
- Risiko harga jatuh.
- Risiko tiada penama
- Risiko service charge
- Risiko ejen atau penasihat berhenti
- Risiko harga jatuh – Jika harga jatuh, pelabur akan mengalami kerugian – JIKA PELABUR MEMBUAT TINDAKAN MENARIK DIRI DARI PELABURAN. Tetapi kerugian disini hanyalah on paper sahaja (realistic loss/return) , anda tidak akan rugi jika anda tidak menarik diri dari melabur terlalu awal. Pelaburan unit amanah adalah pelaburan jangka sederhana dan panjang. Over the time, anda pasti akan mendapat untung. Tetapi dengan syarat, anda harus tahu fund mana yang perform, yang mempunyai rekod yang cemerlang dari segi return (ROI).
- Risiko tiada penama – Risiko jika tidak diletakkan penama bilamana jika berlaku kematian, duit2 tersebut akan disekat buat sementara waktu. Biasa nya, pelabur akan dibertahu mengenai penama ini oleh advisor. Dengan adanya penama ini, semua pelaburan akan mempunyai penjaga bagi memastikan duit tersebut dapat diamanahkan kepada orang-orang yang layak untuk dibahagikan mengikut instrument2 yang ada seperti faraid etc. Kalau anda simpan duit dalam bank, ada tak penama? Satu perkara yang harus kita fikirkan
- Risiko sales charge – Jumlah wang yang anda labur akan berkurangan kerana ada nya sales charge. Sales charge ini berbeza-beza mengikut fund dan juga samada cash atau EPF. Sales charge untuk pelaburan cash adalah diantara 5% – 6% mengikut fund dan sales charge untuk pelaburan epf adalah sebanyak 3%.
- Risiko agen atau advisor berhenti – Risiko disini hanyalah tidak ada khidmat nasihat dari advisor. Wang pelabur tetap selamat. Biasa nya uplink advisor yang berhenti yang akan take over. Jika pelabur mahu membuat pengeluaran, boleh berjumpa dengan uplink tersebut atau pergi direct ke agensi yang kita membuat pelaburan tersebut.
Terdapat banyak lagi risiko-risiko lain seperti risiko inflasi, risiko liquidiy dan lain-lain lagi tetapi yang saya list kan adalah yang paling ramai orang perkatakan.
Tahu kah anda, risiko-risiko sebagimana disebut diatas sebenarnya boleh di kurang kan atau di manage.
Cara-cara untuk mengurang kan risiko pelaburan boleh anda lihat disini.
Untuk mendapatkan konsultansi dan khidmat nasihat mengenai pelaburan, sila hubungi saya Azmarnizam Omar 013 3330595