ANALISA PERIBADI
Analisa bagi pelaburan unit amanah terbaik untuk kali ini hanya lah analisa berbentuk peribadi saya sahaja, berdasarkan kepada pemerhatian saya dan apa yang saya pelajari selama ini.
Suka saya highlightkan disini bahawa dana-dana yang tidak berada di ranking yang bagus dan yang tidak saya sebut kan disini tidak semestinya selama nya tidak bagus. Tidak meghairankan jika dana2 yang tidak perform ini akan bangkit dan perform semula dan mengisi ruang-ruang dikalangan dana yang perform. Ini semuanya bergantung kepada kepakaran dan kemahiran fund manager yang menguruskan dana-dana tersebut.
Jika terdapat kesilapan kepada result yang saya tuliskan sila beritahu saya.
PANDANGAN FUND MANAGER BAGI TAHUN 2016
Secara amnya, tahun 2016 adalah tahun yang agak mencabar bagi fund manager terutama bagi dana-dana yang top. Biasa lah kan, nak dapat top tu tidak sukar berbanding nak maintain ranking.
Semasa saya berada di Phillip Capital Investment Conference pada Jun 2016, rata-rata fund manager menyatakan ketidakpastian mengenai apa yang akan berlaku pada tahun 2016. Seperti tahun-tahun sebelum ini, kebiasaan nya mereka tahu apa yang perlu mereka lakukan bila terjadi perkara-perkara worst scenario ini. Tetapi pada tahun 2016, mereka masih lagi mencari formula terbaik dan bagi mereka ini adalah senario baru ini.
Maka pada tahun ini kita lihat bagaimanakah performance mereka setakat ini. Dari segi income distribution,
Untuk sinopsis pelaburan 2016, saya hanya fokus kepada dua sahaja iatu performance bagi 1 tahun dan performance bagi 5 tahun.
Fokus pada 1 tahun – 2016 adalah mahu menunjukkan betapa tahun lepas merupakan tahun yang kurang memberansangkan dan ini telah pun memberi kesan secara langsung kepada performance dana-dana kumulatif 5 tahun. Performance kepada 1 tahun ini adalah lebih kepada short term dan terdapat dana ini pada tahun yang ke 5 ia merosot dengan teruk dan kurang sesuai untuk dijadikan sebagai dana bagi pelaburan.
POST 2016 FUND PERFORMANCE RESULT
Dalam pada masa fund manager tidak tahu bagaimana akan terjadi pada tahun 2016, maka ini adalah hasil nya setelah berlalunya tahun 2016.
Sebagaimana preview saya bagi performance dana-dana tahun 2015, saya memilih dana-dana ekuiti Malaysia, Malaysia Income dan Equity Malaysia Small/Medium cap pada tahun 2016 sebagai rujukan bagi memilih dana yang perform. Walaubagaimanapun dana bagi kategori-kategori ini, tidak ada satu pun yang memberikan return yang positif kecuali 2 dana sahaja sebagaimana didalam gambar dibawah.
Sebaliknya, ekuiti-ekuiti selain dari Malaysia seperti Equity Asia Pacific, Equity Global, Equity Greater China, Bond Malaysia dan Mixed asset telah menunjukkan performance yang mantap.
Terdapat sebahagian yang mengatakan bahawa inilah masa yang sesuai bagi pelabur bertukar arah dari ekuiti kepada bond (memandangkan terdapat fund bond yang perform seperti RHB Islamic Bond), maka ini adalah analisa oleh penganalisis antarabangsa (untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya).
Jadi, ekuiti akan tetap menjadi pilihan pada tahun 2017, berdasarkan pada kajian yang dilakukan oleh penganalisis tersebut.
Oleh kerana fokus pada dana ekuiti Malaysia tidak memberangsangkan, maka saya masukkan sekali dana-dana lain seperti dana ekuiti global, ekuiti Greater China, Mixed Asset (Balanced Fund), Bond Malaysia dan Equity Asia Pacific di dalam list performance selain dari equity Malaysia dan Equity Malaysia Small & Mid Cap.
Ini adalah lebih fair dan lebih menyuluruh dalam pelabur membuat pemilihan kepada dana-dana yang ada di Malaysia.
Kesemua dana-dana ini adalah patuh syariah dan kebanyakkan boleh dilabur melalui KWSP.
FOKUS 5 TAHUN PERFORMANCE
Fokus pada 5 tahun adalah seperti biasa, iatu sebagai panduan atau guidelines bagi pelabur menilai prestasi dana-dana dalam jangka masa panjang dan ketahanan dana over the time, sesuai dengan pelaburan melalui kwsp yang boleh dilabur sehingga umur 55 tahun.
Terdapat dana-dana pada tahun lepas tersenarai tetapi tidak pada tahun ini. Sebab itu saya tekan kan bahawa tak semestinya yang perform pada tahun ini akan perform pada tahun seterus nya.
PMB Shariah Aggressive pada tahun lepas effect teruk, return pada tahun lepas 2016 adalah sebanyak 77.14% berbanding tahun sebelum iatu tahun 2015 return 111.62%. Ranking bagi satu tahun pada tahun lepas bagi PMB Shariah Aggressive jatuh ke tempat yang terakhir. Tetapi jika kita faham, ini lah sifat dana yang aggressive yang mana terdapat tahun yang mana income distribution nya tersangat tinggi dan pada tahun berikutnya adalah tersangat rendah (Volatility lebih dari 15)
Jadual diatas adalah list dana-dana serta cara bagaimana mahu membuat pelaburan iatu samada secara tunai atau melalui KWSP. Juga mengenai status dana-dana tersebut.
Return tertinggi pada tahun 2016 adalah dimiliki oleh Eastspring Investment Dinasti Equity iatu sebanyak 9.85%. Fund ini banyak membuat pelaburan di negara China dan Taiwan termasuk lah Ali Baba. Tidak ada perbezaan kepada ulasan saya pada post yang lepas pada perbandingan pulangan 2015 (Sila rujuk sini).
Tetapi apa yang saya highlight kan pada dana-dana yang berwarna merah adalah dana-dana yang perform dan mempunyai pulangan yang memberangsangkan, berserta dengan Volatility, Morningstar Rating dan Lipper Leader Rating yang amat bagus.
Sama seperti sebelum ini, dana-dana yang di highlightkan adalah dana-dana yang menjadi pilihan bagi penganalisis dana.
FOKUS 1 TAHUN PERFORMANCE
Tidak dapat dielakkan dari membuat ulasan mengenai dana-dana yang perform selama setahun sebagaimana yang telah dijelaskan di awal post ini. Bagi satu tahun iatu tahun 2016, Precious Metal Securities (sebelum ini AmPrecious Metal) memberikan pulangan yang sangat tinggi iatu 32.24%.
Biar sahaja lah gambar berbicara.
Dalam kategori bond, hanya dua dana sahaja yang menjadi pilihan iatu RHB Islamic Bond dan Libra Asnita Bond. RHB Islamic Bond termasuk dalam senarai top 11 bagi kategori 5 tahun dan 1 tahun. Walaubagaimana pun, Libra Asnita Bond mempunyai rekod Lipper Leader yang amat bagus berbanding RHB Islamic Bond dari segi preservation nya.
Tambahan lagi, Libra Asnita Bond mempunyai return tahunan yang lebih kukuh berbanding RHB Islamic Bond dimana RHB Islamic Bond pernah mencatatat negatif iatu pada tahun 2011.
Dana-dana yang berwarna merah itu adalah dana pilihan peribadi saya, setelah mengambil kira cumulative return, risiko-risiko seperti lipper leader rating, volatility dan morningstar rating dan juga pulangan setiap tahun dari tahun 2010 hingga 2016.
Pulangan setahun dana-dana dari gambar diatas dipilih adalah kerana ‘forecast’ yang menunjukkan dana ini boleh lebih maju. Semua ini adalah ramalan dari penyelidik professional hasil dari sentimen Amerika Syarikat – Polisi Donal Trunp dan juga sentimen Brexit. Trump yang manaikkan keyakinan dunia kepada peningkatan ekonomi AS dan Brexit yang menjadikan rantau Eropah tidak stabil dan pelabur dari Eropah bertumpu ke tempah yang lebih stabil seperti Asia Pasifik.
REKOD PELABURAN PELABUR KEPADA DANA TERPILIH
Gambar dibawah adalah rekod pelaburan bagi salah seorang pelabur saya yang mempunyai pelaburan di world fund seperti contoh Aberdeen Islamic World Equity Fund (Class A) telah mendapat keuntungan dari mula dia membuat pelaburan. Perhatikan disini, tahun 2016 adalah tahun yang kebanyakkan dana masih belum kukuh tetapi dana Aberdeen ini telah pun menampakkan pulangan.
(Sila klik pada gambar untuk yang lebih besar)
Juga kepada CIMB Islamic Asia Pacific Equity Fund, dana ini telah memberikan return pada masa tidak sampai setahun dan dana ini mempunyai potensi untuk terus perform berikutan kepada sentimen Brexit seperti yang saya tuliskan di atas.
RINGKASAN
Diringkaskan bahawa dana-dana terbaik yang saya SYORKAN, saya sortkan dibawah ini. Ini adalah berdasarkan kepada performance dan risiko yang mana kedua2 ciri ini telah dicapai oleh dana-dana dibawah ini.
Fund Malaysia (Equity)
- Public Islamic Opportunity Fund
- Eastspring Investment Dana Al Ilham
- Kenanga Syariah Growth
Fund Asia Pacific (Equity)
- CIMB Islamic Asia Pacific Equity
- Manulife Investment Shariah Asia Pacific
Fund China Based (Equity)
- Eastspring Investment Dinasti Equity
Fund Global/US (Equity_
- Aberdeen Islamic World Equity (A)
- Amoasis Global Islamic Equity
Fund Mixed Asset (Bond + Equity)
- Dana Makmur Pheim
- Eastspring Investment Dana Dinamik
Fund Bond (Bond Only)
- RHB Islamic Bond
- Libra Asnita Bond
Bergantung kepada kapasiti, selera dan risk tolerance anda dalam memilih dana-dana di atas. Walaubagaimana pun, diversify adalah yang terbaik.
- Low risk, low return
- For conservatives people, sceptical with unit trust
- Retiree, pensioner and people age 50 above
Segala informasi yang saya share disini adalah semata-mata untuk membantu para pelabur membuat pemilihan yang terbaik untuk pelaburan mereka cuba untuk mengelakkan dari share perkara yang terlalu teknikal.
Perlukan bantuan dalam memilih dana yang terbaik bagi pelaburan anda? PM saya di 013 3330595