Jangan ambil CFP atau pun RFP jika anda ingin memasarkan produk islamik, ia merujuk kepada produk takaful dan jika tidak anda diharuskan mengambil lagi cert FP yang islamik.
Maksud saya, anda tidak dibenarkan memasarkan produk islamik seperti takaful kerana CFP adalah cert FP bagi konvensional. Sila baca lagi!
Saya Nak Juga CFP Kerana Nama CFP Lebih Prestige!
Jika anda mahu CFP dan memasarkan produk takaful, anda perlu ambil cert FP islamik seperti IFP atau Shariah RFP.
Sebelum ini kalau ada sesiapa (dikalangan orang islam terutamanya), yang sudah pun mempunyai CFP register FAR, maka mereka dibenarkan untuk mengambil exam Takaful Basic Examination (TBE). Maka selepas tu, mereka sudah boleh memasarkan produk takaful. Ini pandangan saya macam patching saja lah kekurangan yang ada pada FAR konvensional dalam membawa produk islamik.
Tetapi selepas mesyuarat antara AFA dan BNM pada 5 September 2019, BNM menasihati AFA bahawa semua FAR (CFP dan RFP) yang memasarkan produk takaful mewajibkan untuk mengambil kualifikasi Islamic Financial Planning seperti IFP atau Shariah RFP. Jadi tidak boleh lagi hanya TBE sebagai syarat untuk memasarkan produk takaful.
Ini terjadi kepada rakan saya yang memegang cert CFP dan ini adalah snapshot email yang diterima berkenaan hal di atas.
Jadi jika sesiapa yang plan nak ambil CFP tu, maka bersedialah juga untuk mengambil cert shariah FP. Atau pun ambil sahaja IFP atau Shariah RFP jika tak mahu membuang masa.
Macamana Jika Saya Dah Ada CFP, Then Nak Ambil Shariah RFP So Saya Dapat Pengalaman Dari Dua Badan FP Yang Berlainan
Sebagaimana yang telah saya jelaskan, CFP dan IFP di bawah FPAM manakala RFP dan Syariah RFP di bawah MFPC.
Jawapan kepada soalan di atas adalah boleh sahaja, so anda akan dapat cert CFP dan juga dari Shariah RFP.
Tetapi apabila hujung tahun anda dikehendaki membayar yuran keahlian sebanyak dua tempat, iatu di FPAM dan juga MFPC. Jadi kos nya adalah RM600.
- Yuran keahlian di FPAM adalah RM400.
- Yuran keahlian di MFPC adalah RM200, untuk ordinary member seperti saya. Di bawah ini adalah fee keahlian bagi MFPC.
Jika anda dah ada CFP, stay saja FPAM dengan mengambil IFP. So yuran keahlian setahun adalah RM400 sahaja.
Dan jika anda dah ada RFP, ambil sahaja Shariah RFP dari MFPC. Yuran keahlian setahun hanya RM200 untuk MFPC.
Saya Berminat Nak Tahu Dengan Lebih Lanjut
Jom join discussion telegram Financial Planner Malaysia <– Sila klik
Azmarnizam Bin Omar
Licensed Financial Planner
License Number: eCMSRL/B8401/2018
013 333 0595
azmarnizam@gmail.com