Malang Akibat Tidak Membuat Wasiat Terjadi Kepada Artis Terkenal Luar Negara Ini

Akibat tidak membuat wasiat, harta pusaka seorang artis terkenal luar negara berserabut dan masih tidak jelas samada waris nya berhak atau tidak memperolehi harta pusaka nya.

Lebih malang lagi, belum apa-apa duit untuk fee dan kos guaman yang bernilai USD5.9 juta telah diambil terlebih dahulu olehe Comerica Bank And Trust sebelum sempat waris-waris memperolehi nya.

Nilai USD5.9 juta ini sebenarnya tidak termasuk kos-kos lain yang masih lagi ‘pending’ yang berjumlah kira-kira USD2.9 juta.

Logo atau emblem yang selalu digunakan oleh Prince bagi melambangkan identiti beliau

 

Ini lah yang berlaku kepada penyanyi terkenal Prince.

Prince sebenarya tidak bersedia untuk mati, sebab tu dia kata dia tidak terfikir untuk ‘pergi’, semasa ditemubual oleh majalah terkenal Rolling Stones 2 tahun sebelum beliau meninggal dunia.

Prince atau nama penuh beliau Prince Rogers Nelson meninggal dunia pada 21 April 2016 keseorangan akibat ‘pain killer overdose’ terjatuh di lift rumah nya, Paisley Park Studio di Minneapolis pada umur 57 tahun.

Paisley Park kita dibuka kepada orang ramai. Ikut rekod tak sampai seratus orang pernah masuk ke rumah Prince ini kerana beliau terlalu privacy.

Harta pusaka Prince memang banyak, dianggarkan USD200 juta, tidak termasuk royalti bulanan yang mana sekarang dibolot oleh produksi muzik terkenal Sony. Terdapat juga hasil karya-karya beliau di dalam simpanan yang belum direleasekan lagi yang banyak ditemui di rumah nya di Paisley Park.

Berita mengatakan, royalti tiap-tiap bulan yang dibayar juga diperolehi oleh peguam-peguam ini, bukan adik-beradik Prince yang dapat selaku waris.

Malah, website prince.com pun adalah sebahagian dari harta pusaka Prince yang mana pemegang amanah berjaya memenanginya sebagai hak dari syarikat penyedia domain iatu Domain Capital.

Waris beliau menuntut harta pusaka adalah adik beradik beliau yang berjumlah 6 orang.

Kerajaan Persekutuan dan juga negeri juga mengatakan bahawa mereka juga berhak terhadap harta pusaka Prince ini.

Amat susah sebenarnya nak urus kan harga pusaka ini berbanding harta yang sudah mempunyai wasiat.

Untuk orang kaya dan banyak duit macam Prince ni, sudah tentu ramai yang nak ambil kesempatan menuntut hak masing-masing.

Jika Prince bijak, dengan duit dia yang banyak, dia sepatutnya mengupah konsultan bagi membuat wasiat beliau dan sudah tentu harta pusaka beliau dapat diberikan kepada mereka yang layak iatu adik beradik beliau.

Terfikir untuk merancang wasiat? Boleh hubungi saya dan saya akan berikan yang terbaik bersesuaian dengan kemampuan anda.

Rujukan:

  1. https://thegrapevine.theroot.com/lawyers-leach-millions-from-prince-s-estate-while-his-f-1825299916
  2.  https://www.washingtonpost.com/lifestyle/style/what-would-prince-want-two-years-later-his-estate-is-a-mess-and-his-legacy-unclear/2018/04/18/20136908-3ce9-11e8-8d53-eba0ed2371cc_story.html?noredirect=on&utm_term=.fec1194b2468
  3.  https://www.cnbc.com/2017/07/06/billionaires-who-wont-leave-their-fortunes-to-their-kids.html
  4. https://www.whalenpaprobatelawyers.com/last-wills-freddie-mercury/
  5. https://domainnamewire.com/2019/01/20/princes-estate-settles-prince-com-fight-with-domain-capital/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

× Pertanyaan? Whatsapp je!