Apakah Sektor Yang Terbaik Pada Tahun 2019 Yang Kita Boleh Manfaat kannya?

Jika kita kaji sejak 100 tahun yang lalu, dimulai dengan tahun 1920an, saham sektor yang mendapat permintaan tinggi adalah sektor keretapi.

Diikuti oleh saham sektor industri kereta iatu tahun 1950an iatu selepas Henry Ford mereka cipta kereta.

Diikuti pula dengan saham sektor penerbangan pada tahun 1960an – 1970an. Seterus nya saham industri penyiaran pada tahun 1980an – 1990an.

Dan sehingga lah pada zaman ini iatu saham sektor teknologi sedang mendapat perhatian yang tinggi.

Trend-trend untuk saham ini biasa nya akan memegang dalam jangka masa yang agak panjang, mungkin berlarutan sehingga lebih dari 5 tahun sebelum sektor lain yang mempunyai keperluan dan demand yang tinggi pada masa itu mengambil alih.

Infografik dibawah ini adalah senarai 50 syarikat terbesar di dunia.

Kelihatan sektor teknologi mendominasi senarai syarikat terbesar dunia ini.
Dan trend ini dijangkakan akan berlanjutan untuk 10 tahun yang akan datang, seiring dengan berkembang pesatnya, keperluan dan permintaan terhadap teknologi dengan segala teknologi terkini seperti AI, Big Data, IOT, Analytics, Electric car, driverless car, virtual reality eh, dan banyak lagi.

Saham yang in high demand juga adalah dalam sektor teknologi maka dengan saham yang terlibat secara tak langsung (seperti pengeluar cip dan processor) pun mendapat keuntungan.

Jadi untuk diri kita, bagaimana kita mahu manfaatkan Sebab itu, salah satu cara memilih dana unit trust yang terbaik adalah dengan memilih dana yang mempunyai aset allocation yang tinggi kepada sektor teknologi dan kita harus bijak dan tahu memilih dana2 tersebut.

Namun, kebangkitan sektor teknologi ini ada keburukannya. Cuba lihat pada infografik di bawah.

Dibawah ini adalah infografik senarai 20 syarikat teknologi gergasi terbesar di dunia.

Dua perkara sahaja yang nak highlightkan.

1. Hanya dua negara sahaja iatu US dan China dalam list 20 yang mewakili syarikat teknologi di dalam dunia.
Maka tidak hairanlah berlakunya trade war antara US dan China. Ini telah memberi kesan yang buruk kepada ekonomi dunia pada tahun 2018.
Ini dapat kita lihat dengan kurangnya dividen yang diberikan oleh ASB dan juga Tabung Haji. Dana-dana unit trust juga mencatatkan rekod negatif terutamanya dana dari Asia Pacific, China dan juga global.

2. Teknologi akan mengakibatkan pengurangan tenaga kerja manusia. Ini tidak dapat dinafikan dengan bermulanya automation, proses menjadi semakin singkat kerana tiada lagi campur tangan manusia untuk mengendalikan sesuatu proses.
Satu contoh yang simple adalah, bagaimana kita ‘unblock’ line telefon bimbit kita dengan hanya membuat pembayaran melalui internet dan ianya mengambil masa beberapa minit sahaja berbanding pada zaman dahulu, ia mengambil masa satu hari disebabkan oleh ‘human intervention’.

Salah seorang tokoh perniagaan yang berfikiran jauh adalah Sir Richard Branson yang mengatakan bahawa akan datang tiada lagi kerja 9-5 dan 5 hari seminggu. Ini adalah disebabkan oleh teknologi yang mengambi alih kerja manusia. (1)

Salah satu solusi kepada ini yang dikatakan oleh Sir Richard Branson adalah dengan Universal Basic Income-UBI(2) dan ini memerlukan campurtangan dasar kerajaan dalam melaksanakan UBI ini.

Sesungguhnya, teknologi ini menguntungkan manusia dan juga merugikan manusia.
Bergantung kepada diri kita samada mahu catchup dengan perubahan atau tidak. Samada mempergunakan atau dipergunakan!

Rujukan:
1. https://www.cnbc.com/2018/12/13/richard-branson-the-9-to-5-workday-and-5-day-work-week-will-die-off.html

2. https://www.upi.com/Top_News/World-News/2017/08/17/Richard-Branson-says-universal-basic-income-important-as-tech-reduces-jobs/3091502944603/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

× Pertanyaan? Whatsapp je!