Menabung Lah Di Waktu Muda kerana…

Saya amat bertuah sebenarnya kerana dapat berjumpa dengan beberapa orang client saya yang masih lagi muda tetapi sudah pun mempunyai perancangan dalam menguruskan kewangan yang sendiri.

Saya amat kagum dengan mereka ini kerana di waktu usia muda, dia sudahpun mendirikan rumah tangga, mempunyai saving yang tetap dan mempunyai insuran sendiri dan keluarga.

Tidak mudah sebenarnya, baik untuk orang yang sudah berumahtangga atau pun yang masih bujang. Masing2 mempunyai alasan yang tersendiri.

Dulu saya bujang pun kurang sangat menabung. Start kerja ja dah mula fikir nak beli kereta. Mudah nak balik kampung katanya! Tambahan pula bila orang kampung nampak kita bawak kereta mahal, benchmark mereka akan kata kita orang kaya. Tak tahu yang kita struggle nak membayarnya!

Then beli pula kereta yang agak mahal. Mahal ni maksudnya komitmen kereta je dah merangkumi 55% pendapatan – ini adalah tidak bagus dari sudut perancangan kewangan.

Selain itu kebanyakkan background dan budaya keluarga kita kurang menitik beratkan mengenai saving terutama dari keluarga yang mempunyai pendapatan yang rendah. Bila keluarga pendapatan rendah, dia tak dapat pegang banyak duit. Bila kita tak pegang banyak duit macam mana kita nak belajar manage duit?

Kata Robert Kiyosaki, orang kaya lah yang paling banyak dapat mengajar anak dan generasi mereka dalam menguruskan kewangan. Ini adalah kerana mereka kaya dan mempunyai banyak duit untuk diuruskan berbanding orang yang tidak kaya. Terpulang kepada anda untuk mempercayai nya tetapi logik nya sememangnya ada disitu.

Ini belum lagi mereka yang bercampur gaul dengan kawan2 yang sememangnya mempunyai hobi yang membelanjakan duit.

Saya sendiri sebagai contoh nya, tidak mempunyai saving yang amat banyak dan saya bermula hanyalah pada umur saya 35 tahun. Kata orang never too late, so tak kira lah bila kita mahu menyimpan, sekurang-kurang nya kita ada hajat untuk menyimpan.

Walaubagaimana pun, orang yang menyimpan awal tetap mempunyai advantage.

Perbandingan Secara Graf

Andaian:

Simpanan sebanyak RM100 setiap bulan dengan 8% pulangan. Jika anda letakkan nilai ini didalam excel dan generate kan graf, baru anda akan dapat curve sebagaimana dibawah ini.

Berdasarkan pada graf dibawah ini, terdapat dua individu yang menyimpan.

Individe pertama adalah bernama Tim, yang telah membuat simpanan dari umur 10 tahun sehingga umur 25 tahun sahaja dan membiarkan duit dia disitu.

Manakala individu yang kedua adalah Sally yang telah memulakan simpanan pada umur 46 tahun.

Di sini terbukti bahawa Tim beruntung kerana mendapat nilai yang amat tinggi berbanding Sally disebab kan oleh awalnya Tim menabung.walaupun dia telah berhenti menabung pada umur 25 tahun. Compounding effect telah menjalankan tugas nye dalam melipat kali gandakan simpanan Tim.

Berbanding Sally, dia menabung bermula pada umur 46 dan melihat hasilnya pada umur 65 dengan jumlah perbezaan yang amat besar berbanding Tim. Perbezaannya adalah Tim melebihi sebanyak 297,200 berbanding Sally.

Bagus kan? Ini lah matematik dan ini lah yang dilakukan oleh orang kaya.

Dibawah ini pula adalah retirement plan dan estimation bagi 4 orang individu.

Saya rasa tak perlu saya terangkan dengan lanjut kerana gambar menerangkan 1001 maklumat.

So apa lagi, mulalah menabung pada waktu muda walaupun sedikit.

P/S: Banyak sebenarnya link kat luar yang membuat study saving diwaktu muda menguntungkan. Just google je!

Azmarnizam Bin Omar

Licensed Financial Planner

013 3330595

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

× Pertanyaan? Whatsapp je!