Private Mandate – DDNK

Private Mandate DDNK atau nama lengkap nya DDNK US Private Mandate fund merupakan private mandate global.
Saya rasa ramai dah tahu DDNK ni adalah Datuk Dr Nazri Khas, CEO bagi InterPac Asset Management.

Bagi pelabur cash yang ingin diversify pelaburan ke 100% US maka private mandate ini adalah yang sesuai kerana kebanyakan dana unit trust yang ada tidak 100% pelaburan kepada US sebalik nya bercampur-campur dengan pelaburan di tempat lain juga seperti di Eropah.

Sebagai seorang financial planner, saya galakkan untuk pelabur diversify pelaburan anda ke lain kategori, lain geografi dan lain type of asset.
Ini termasuk lah ke private mandate DDNK ni dan juga asset lain seperti emas dan real estate.

Dan yang paling penting adalah, anda harus tahu tahap penerimaan risiko anda sebelum membuat pelaburan – samada anda termasuk dalam kategori konservatif, moderate atau aggressive.

Dari situ lah baru anda boleh buat keputusan terhadap mana-mena pelaburan.

Saya tak dapat mengelak dari memberikan komen kepada private mandate DDNK ni memandangkan ramai yang bertanya kepada saya mengenai “Private Mandate” setelah mereka search dan terjumpa dengan blog saya ni.

Oleh itu saya summarize kan maklumat berkenaan dengan DDNK US Private Mandate sebelum anda membuat pelaburan kepada dana ini.

Berapakah Minimum Pelaburan?
Minimum pelaburan adalah RM50k dan tiada maksimum pelaburan.

Ke manakah pelaburan DDNK US Private Mandate ni difokuskan?
Ia memfokuskan kepada saham shariah di US dan secara detailnya adalah technology index of Nasdaq Composite Index. Sila lihat video di bawah ini untuk mengetahui secara detail mengenai Nasdaq.

Berapakah Tempoh Pelaburan?
Dana ini direka untuk pelaburan jangka panjang. walaubagaimana pun tiada lock in period bagi membuat pengeluaran.

Berapakah prestasi dana ini secara keseluruhan?
Secara keselurahan prestasi YTD 2020 adalah positif, meskipun di kala wabak pendemik Covid19 melanda.
Keuntungan dana ini adalah bergantung kepada ‘timing’ entry semasa membuat pelaburan.
Pelabur baru mungkin akan mengalami penurunan “NAV” disebabkan oleh fee yang dikenakan.

Apakah risiko terhadap pelaburan dana ini?
Pelabur hendaklah faham dengan risiko berkaitan dengan “capital market” dan mereka tidak menjamin amaun return yang tepat kerana mereka aim lebih kepada momentum dan pertumbuhan capital berbading pendapatan atau nilai pelaburan (value investing)

Berapakah benchmark/penanda aras return bagi dana ini?
Benchmark pulangan pelaburan adalah 6% tetapi Datuk Dr Nazri Khan dan team dengan kemahiran yang ada percaya boleh memperolehi lebih dari banchmark.

Ke syarikat manakah dana ini dilabur?
Sebahagian dari kawalan risiko, mereka percaya pelaburan kepada saham syarikat besar US seperti Apple, Facebook, Nvidia dan Microsoft terbukti syarikat well established yang mempunyai potensi untuk berkembang dan berdaya maju.

Apakah fee-fee yang terlibat dalam membuat pelaburan?
Terdapat 3 fee:
1. Sales Charge – 5%. Pelabur akan dikenakan sekali sahaja bagi setiap capital injection.
2. Management fee – 1.5% per annum. Fee untuk setahun bagi keseluruhan portfolio pelaburan.
3. Performance fee – 20% bagi setiap keuntungan. Jika pelabur mendapat keuntungan RM20k sebagai contoh, InterPac Management akan mengutip sebanyak RM2k, jadi dari keuntungan RM10k pelabur akan memperolehi RM8k.

Bagaimana saya mahu tahu status pelaburan saya?
Pelabur akan menerima status pelaburan melalui statement yang diberi secara berkala setiap bulan. Di situ anda akan dapat melihat transaksi buy and sell dan jumlah capital serta keuntungan.

Boleh saya access pelaburan saya secara online?
Tidak boleh buat sementara ini dan insyallah akan datang akan terdapat access kepada pelaburan secara online.

Bolehkah saya melabur menggunakan EPF seperti unit trust?
Tidak boleh buat sementara ini.

Boleh kah saya mengeluarkan pelaburan saya separuh atau mengambil untuk dan biarkan capital?
Boleh, tiada masalah. Duit withdrawal anda akan dimasukkan direct kepada akaun bank anda.

Saya kurang suka dengan Nasdaq atau saya sudah mempunyai private mandate DDNK, adakah alternatif kepada Private Mandate DDNK yang melabur kepada Global juga?
Ada. Alternatif kepada ini adalah Private Mandate Quant Global.

Saya berminat untuk menjadi ejen sah kepada Private Mandate DDNK ini. Bagaimana cara nya?
Untuk Private Mandate DDNK ni, anda harus mengambil lesen MR yang dikeluarkan oleh SC.
Untuk maklumat lanjut mengenai MR, sila klik SINI
Selepas itu baru lah anda boleh daftar sebagai MR di InterPac.
Sila whatsapp saya jika berminat untuk MR ini untuk mengetahui secara terperinci.

Ringkasan Pelaburan Private Mandate DDNK

Disclaimer: Past performance is not necessarily indicative of future results. All investment carry risk, and all investment decisions of an individual remain the responsibility of that individual. There is no guarantee that this Private Mandate Fund will result in profits or that they will not result in losses. All investors are advised to fully understand all risks associated with any kind of investing they choose to do.

Lagi info Private Mandate bagi mereka yang nak Membuat Diversify Mencari Alternatif Melengkapi Portfolio Pelaburan dibawah ini..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

× Pertanyaan? Whatsapp je!