Satu kelebihan yang diperolehi oleh pelabur unit trust adalah single license investment.
Single License Investment adalah satu lesen yang membenar satu sesebuah institusi kewangan dan pelaburan mewakili, mempunyai akses dan memasarkan sebilangan dana-dana dari institusi Pelaburan yang lain.
Dengan erti kata yang lain, insitusi ini mempunyai dana dia sendiri tetapi dia mempunyai lesen untuk mamasarkan dana-dana third party iatu dana2 dari institusi lain.
Ia juga dikenali sebagai IUTA.
“Institutional UTS Adviser” or “IUTA” means a corporation registered with FIMM and authorised to market and distribute unit trust schemes of another party.
Bayangkan lah jika anda dapat menikmati buah yang terbaik dari pokok yang berlainan. Bukan setakat buah sahaja, jenis buah yang berlainan juga anda dapat nikmati.
Dibawah ini adalah keratan akhbar online yang berceritakan mengenai Single License ini. Sila klik pada gambar untuk redirect ke site akhbar tersebut.
Salah sebuah syarikat yang diberi lesen oleh Suruhanjaya Sekuriti dan berdaftar dengan FIMM bagi mendapatkan akses ke berpuluh fund di Malaysia adalah Phillip Mutual di bawah Phillip Capital.
Anda boleh rujuk kepada website Phillip Mutual di sini bagi melihat dengan lebih lanjut mengenai dana-dana 3rd party yang dikendalikan oleh Phillip Mutual.
Antara fund house (UTMC) yang Phillip Mutual mempunyai akses adalah:
- Aberdeen Islamic Asset Mgt Sdn Bhd
- Affin Hwang Asset Management
- Amanah Mutual Berhad
- AmanahRaya Investment Management Sdn Bhd
- AmInvestment Service Berhad
- BIMB Investment Management Berhad
- CIMB-Principal Asset Management Bhd
- Eastspring Investments Berhad
- Franklin Templeton Asset Management
- Inter-Pacific Asset Management Sdn Bhd
- KAF Fund Management
- Kenanga Investors Berhad
- Libra Invest Berhad
- Manulife Asset Management Service Berhad
- Maybank Asset Management Sdn Bhd
- MIDF Amanah Asset Management Berhad
- Opus Asset Management Sdn Bhd
- Pacific Mutual Fund Berhad
- Pheim Unit Trusts Berhad
- PMB Investment Berhad
- RHB Asset Management Sdn Bhd
- RHB Islamic International Asset Mgmt Bhd
- TA Investment Management Bhd
- UOB Asset Management (Malaysia) Berhad
Antara kelebihan SLI berbanding bukan SLI adalah:
- Akses Kepada Dana – Berpuluh dana dibawah satu payung. Ibarat macam one stop centre. Maknanya, anda mempunyai pilihan kepada banyak dana. Dan mempunyai peluang mendapat dana yang terbaik antara yang terbaik,
- Transparency – SLI lebih telus berbanding non-SLI kerana, dengan berpuluh2 dana yang ada, maka pemilihan yang terbaik dapat dibuat oleh pelabur itu sendiri atau dengan bantuan adviser tanpa bias dan pilih kasih.
- True diversify – Diversify kepada dana-dana yang berlainan fund house adalah yang terbaik berbanding diversify kepada dana-dana kepada satu sahaja fund house. Pada kebiasaan nya, satu fund house mempunyai beberapa sahaja dana yang terbaik. Jadi diversify yang terbaik ada pada SLI kepada fund2 manager yang berlainan.
- Exposure – Pelabur mempunyai peluang melabur kepada dana-dana yang melabur ni ekuiti di dalam dan luar negara. Dengan ini pelabur dapat diversify kan pelaburan dari fokus kepada dalam negara kepada fokus kepada luar negara, in case jika ekonomi dalam negara tak berapa memberangsangkan. Pelabur juga mempunyai exposure kepada dana yang berasaskan emas (Precious Metal), Komoditi (Minyak dan sumber semuajadi lain), Bond, Hartanah (REIT) dan banyak lagi.
- Single Advisory – Satu advisor sudah cukup untuk mewakili beberapa dana yang terpilih. Tidak memerlukan ramai advisor pelaburan untuk satu2 dana.
- Switching Facility – SLI menyediakan kemudahan switch antara dana di fund house (UTMC) yang berlainan pada kadar yang amat minima dan terdapat sebahagiannya secara percuma sahaja. Bagi yang bukan SLI, maka switch antara fund hendaklah dikeluarkan terlebih dahulu sebelum pergi ke dana pada fund house yang berlainan.
- Sistem Yang Sofistikated – Sistem bagi advisor mahupun pelabur bagi melihat kesemua dana-dana yang telah dilaburkan pada satu platform sahaja. Bagi Phillip Mutual, FAME adalah sistem yang diberikan kepada semua secara percuma.
Dibawah ini adalah status lesen yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) kepada Phillip.
Anda boleh rujuk kepada link di sini.
Kesimpulan.
Untuk pelaburan yang lebih luas dan lebih transparency, adalah amat bagus jika anda memilih institusi Single License Investment (SLI) / IUTA sebagai tempat untuk anda mendapatkan khidmat nasihat dan membuat pelaburan anda seterusnya.
Dengan pemilihan ini, keuntungan dapat dimaksimakan dan risiko dapat dikurangkan disebabkan oleh banyak nya dana-dana yang terpilih yang tersedia untuk anda dan yang lebih penting adalah ia mengikut apa profil, kapasiti dan selera anda.