Salah satu waktu yang terbaik untuk membuat pelaburan unit trust adalah selepas income distribution (agihan) atau dalam bahasa laymen nya adalah dividen. Kebiasaannya, selepas ID, harga akan drop dan menjadi murah.
Harga murah yang dimaksudkan disini adalah harga pada satu unit dana tersebut. Jika harga pada satu unit dah murah, maka unit yang akan diperolehi akan menjadi banyak pada kadar yang kadar nilai pelaburan yang sama. Hmm …faham tak?
Jadi, pada masa ini lah waktu yang sesuai untuk menyuntik dana bagi menambah pelaburan.
Fakta yang mengatakan bahawa adalah bagus membuat pelaburan sebelum dividen adalah kurang tepat, kerana realiti nya terdapat beberapa cas yang akan dikenakan dan ini menjadikan keuntungan menjadi berkurangan
Disini saya berikan contoh bagaimana dana-dana selepas ID ini, harga akan turun dan amat sesuai membuat pelaburan.
Saya hanya fokus kepada dana-dana yang bagi saya adalah yang terbaik sahaja bagi contoh ini kerana ianya adalah lagi berbaloi.
EASTSPRING INVESTMENT DANA AL ILHAM
Ex-Date: 24 March 2017
Re-investment Date: 24 March 2017
Financial Year End:
Net Income Distribution Rate: 3.57 sen/Unit
Cum NAV: RM0.7218
Ex NAV: RM0.6841
Graf di atas adalah menjukkan kejatuhan harga dalam range 1 bulan – Gambaran dengan lebih jelas dalam sebulan.
Graf di atas adalah menjukkan kejatuhan harga dalam range 1 tahun – Gambaran menyeluruh dalam satu tahun.
CIMB ISLAMIC ASIA PACIFIC FUND
Ex-Date: 27 March 2017
Re-investment Date: 27 March 2017
Financial Year End:
Net Income Distribution Rate: 4.50 sen/Unit
Cum NAV: RM0.7898
Ex NAV: RM0.7448
Graf di atas adalah menjukkan kejatuhan harga dalam range 1 bulan – Gambaran dengan lebih jelas dalam sebulan.
Graf di atas adalah menjukkan kejatuhan harga dalam range 1 tahun – Gambaran menyeluruh dalam satu tahun.
Daripada sini, anda boleh melihat dengan lebih jelas serta mendapat idea bagaimana pelaburan selepas ID adalah waktu yang terbaik bagi anda untuk menambahkan pelaburan.
Jika advisor anda seorang yang bertanggungjawab, advisor anda sepatutnya akan mengumumkan tarikh agihan bagi setiap dana yang anda laburkan kepada anda, dan akan hold buat sementara bagi mendapatkan pelaburan selepas agihan.
Setakat ini, saya hanya paparkan dua dana terpilih sahaja dan saya akan update bagi dana-dana terpilih yang lain pada masa akan datang.